Video Of The Month

Monday 28 October 2013

Tutorial 3 - DIY Home Painting Techniques

Assalammualaikum...


Lama giler kan tak update blog?  Kemanakah ko menghilang?  Katakan lar...katakan lar...!!!


Tak ler menghilang ke mana pun.  Biasa ler kalo dah penghujung tahun ni, tentu aktiviti dipenuhi dengan exam anak2.  So, bila anak2 tgh exam, tak leh lar nak wat derk jer kan, of course ler I kena terlibat sama mengulangkaji pelajaran dgn depa sekali.  Kengkadang nak tgk setakat mana depa paham tentang apa yang depa belajar kat sekolah kan.  So, again...cuti sekolah bulan november ni akan dipenuhi dengan aktiviti mengajar diaorg tentang subjek yang depa lemah kat sekolah dan juga pendedahan subjek yang akan depa belajar bila naik sekolah nanti.  Fuhh...nampak mcm berat kan?  Relaks lar, just enjoy it, ok!


Ok, kali ni nak citer pasal home painting techniques, just do it yourself, babey!  Dari topik fashion kita beralih ke topik paintings plak!  Home paintings is one of my hobbies.  Dari ko membazir beli wallpaper yang mahal rabak tu, apa kata ko buat sendiri untuk mencantikkan umah tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.  Caranya begitu mudah sekali.  Kat ruang master bedroom, bilik budak2 dan ruang dapur semuanya aku cat sendiri dengan menggunakan technique span.  Lepas cat dah kering, hasilnya sangat menakjubkan!  Kecuali ruang hall jer, upah orang cat sebab luas sangat.


Di sini ada beberapa teknik yang korang bleh follow.  Just have a fun paintings your home!



Leather Wall Techniques.

-  pilih warna cat kesukaan anda.
-  cat kan dinding rumah anda seperti biasa.
-  tanpa menunggu cat kering, amik plastik bag atau apa jua plastik bag pun yang ada, tekapkan cat yang masih basah lagi di dinding.
-  Tekapkan selagi mana yang anda boleh supaya dapat menimbulkan efek seperti gambar di bawah.  Selamat mencuba!


Cat kan dinding mengikut warna kesukaan anda.  Ketika cat tengah basah, tekapkan dinding dengan plastik bag untuk memberikan kesan efek di dinding.  


Tekapkan plastic bag seperti ini.  Nampak tak hasilnya bila anda buat teknik macam ni?  Tunggu sehingga kering.  Hasilnya pasti super awesome!



Wall Stenciling Technique
Aku telah gunakan wall stencil teknik ni untuk menimbulkan efek yang berseri kat dalam bilik budak2.  Caranya senang jer!  

-  tetapkan corak yang anda suka.  contoh:  aku pilih corak flower+petals+clip art.  Mesti taip clip art tau supaya image kat goggle akan bagi gambar yang memudahkan untuk anda toreh.  Tak percaya, try buat lar!  Selain dari itu, anda bleh try goggle ballon+clip art, cartoon+clip art, autumn leaves+clip art, butterfly+clip art dan mcm2 lagi image yang anda suka.
- pegi kat goggle, click kat image
- besarkan image dan print
- amik cover plastik yang tebal.  kalo bleh guna cover plastik yang selalu budak2 buat cover folio projek tu kan.  cover plastik tu kan tebal sket, kalo hangpa guna yang nipis, nnti hasil corak stencil tak cantik.
-  lekapkan image yang dah print ke atas cover plastik.  Torehkan corak tersebut pada cover plastik.  Hati-hati yer sebab bila bab toreh menoreh dgn pisau ni mmg amat merumitkan tapi hasilnya sangat puas hati.
- sedia untuk cat wall stencil!

Lekapkan corak stencil pada dinding.  gunakan berus atau span untuk menhasilkan corak stencil ini dengan kemas.  Jangan gunakan roller cat tau.  Hasilnya nanti tidak kemas dan corak stencil akan menjadi tidak cantik.


Contoh corak stencil yang superb!

    
      
  Antara corak stencil yang anda boleh lekapkan kat dinding.  Kalo mcm ni, senang lar nak toreh sket kan kat cover plastik tu nanti.



Fuhh...corak dia memang susah giler nak toreh tu.  Apa-apa pun hasilnya memang menakjubkan!



Stencil guna marker paint jer!  Itu untuk corak yang mudah dan tidak terlalu rumit.



Pelbagai corak kita boleh buat teknik stencil ini.  Terpulang pada kreativiti memasing.



Rough Rag Technique
-  cat dinding seperti biasa.
-  ketika cat tengah basah, amik kain atau apa jua jenis kain yang kesat dan kasar, tekapkan di dinding seperti gambar di bawah.  jangan gunakan kain yang lembut seperti chiffon.

Applying the first color glaze
tekapkan kain seperti begini yerk!



Anda juga boleh gunakan teknik seperti ini.


hasilnya nanti akan jadi macam ni yerk!  like wallpaper, isn't it!


DIY Painting Techniques
Selain dari itu, ada gak teknik yang lain anda bleh gunakan.  Contoh seperti gambar 1 :  lilitkan tali pada roller cat anda dan cat kan di dinding anda seperti biasa.  Gambar 2 :  gunakan sponge mandi anda yang tak digunakan lagi, tekap cat, buangkan lebihan cat pada kertas atau kain dan tekapkan cat di dinding anda seperti biasa.  Gambar 3 :  hah, yang tu aku tak tau apa yang dia gunakan untuk teknik cat mcm tu.  mcm skrap simen jer kan?

Sponge technique.


teknik sponging bergantung pada jenis sponging yang digunakan dan teknik yang digunakannya.



ini adalah salah satu teknik sponging.  buangkan lebihan cat di sponge dan tekapkan di dinding seperti ini.



Dry Brush Technique
-  catkan dinding anda seperti biasa.
-  ketika cat tengah basah, amik berus cat yang kasar dan garitkan perlahan-lahan di dinding seperti gambar di bawah.  
-  buangkan lebihan cat di kertas atau di kain perca.  pastikan berus cat sentiasa kering untuk menimbulkan efek seperti gambar di bawah.


efeknya akan jadi macam ni yerk!


so simple dan jimat belanja kan!


bleh juga menggunakan brush seperti ni.  ko pakai berus jamban pun bleh, selagi bleh mendatangkan efek corak kat dinding ko.



Ko nak cat kat pintu pun boleh guna teknik dry brush painting.


Rectangle Technique
-  catkan dinding seperti biasa.
-  kali ni tunggu cat sehingga kering.
-  lukis rectangle pada dinding anda dan plasterkan seperti gambar di bawah.  plaster ni bertujuan supaya bentuk rectangle yang hendak dicat tidak comot dan menimbulkan efek corak yang lebih kemas lagi.


lepas dah dapat bentuk rectangle yang dikehendaki, plasterkan, dan gunakan teknik sponging untuk hasil efek yang lebih menarik.


Actually, ni adalah teknik yang betul untuk mengecat dinding.



Ini adalah hasil efek dari teknik faux painting.  Teknik faux painting ini boleh digunakan dengan sponging, dry brushing dan juga rough rag.  Contoh teknik ini ada dipaparkan di atas yerk!  Faux painting teknik ini boleh menggunakan sehingga 2 hingga 3 color cat.  Hasilnya sangat menakjubkan, bukan?  Umpama kita berada di zaman era kemewahan alexandria iskandar, zaman babylon, mak lon, bapak lon, minyak telon....




Tekun betul pakcik ni buat teknik faux painting untuk rumah dia.  Berus yang dia gunakan tu macam berus bilik air jer kan?



Pastikan berus jamban tu bersih sebelum anda gunakan untuk membuat teknik faux painting ni yerk!




Pergh...!!  Awesome kan?  Teknik faux painting yang menggunakan 2 color.  Maroon dan white.



Teknik faux panting dengan menggunakan rectangle.  



Fuhh...gigih pompuan ni buat teknik faux painting.  Gabungan dua color krim dan nude color.




Ok, that's all!  Ikutkan projek bulan november ni pun aku rasa macam nak mengecat balik ruang hall aku dengan menggunakan teknik faux painting ni.  Orang kata, masuk rumah kalo tengok suasana rumah cantik, boleh menghilangkan stress, bukan?  Tapi kalo rumah ada anak kecik, selagi rumah tak tunggang langgang, memang tak sah kan?  Tunggu lar anak dah besar sket, baru lar ada hajat nak design and remake over rumah macam citer jepun tu hah, before and after.  Aku dan my laki memang suka giler tengok citer tu.  Kagum sangat dengan kejuruteraan orang Jepun bila depa renovate rumah.  Semua struktur dititikberatkan.  Ruang yang kecik diperbesarkan, ruang yang besar plak dipelbagaikan.  Haiyaa...ni rasanya macam nak hire org jepun jer suh remake over rumah aku ni hah!  

Selamat mengecat rumah anda!


Thank you for reading this entry....


4 comments:

n00na said...

Hocayy saya sgtttttt la suke dgn tips mengecat ala2 wallpaper ni.. mmg memberi inspirasi pd sy.. sy nak kena cat umh n bilik ni tp mls.. tp lps bc blog anda tetibe dtg aura nak mengecat la plak.. btw, problem dinding umh sy cat akan semacam luntur dan dinding jd kepul2 putih.. xtau nape.. sy gna cat nippon paint ritu.. before apply cat kaler pink sy dah cat base putih then bru cat pink.. sy cat pink ni sbb problem yg sma gak dinding kepul2 putih.. itu kulat ke? Sy xmo gna cat yg berminyak sbb nanti dah xleh gna cat biasa blk.. boleh advise x kat email sy fafss2405@yahoo.com. . Tqsm..

ck said...

Xcited plak nak remake over rumah gak..tq for the tips...

Unknown said...

pehhhhhh... sangat menepati apa yang saya nakkkk.. terima kasih banyak..
http://www.duniakecantikankesihatan.blogspot.com/

NINA FARHANA said...

tq sudi share..tengah cari idea nk diy wallpaper haha

http://ninafarhanawm.blogspot.my/2017/01/pengedar-sah-shaklee-salak-tinggi.html