Artikel ini di copy and paste dari Facebook saya. Jom kita hayati nasihat di bawah ni. Semoga menjadi panduan untuk kita semua sebagai kaum muslimah.
MUSLIMAH yang berjubah.., berpurdah.., memang bukanlah jaminan menjadi MUKMINAH dan masuk Syurga,
Namun .. yang tak nak dan tak tutup Aurat tu lagi kompom masuk Neraka Allah.. Nauzubillah
Jadi... Yang dah tutup Aurat tu, tutup lah baik-baik dengan sempurna. Jangan plak nak bergaya seksi dan sakan di luar rumah dan melaram kat lelaki lain
Dan Muslimah.. Janganlah menganggap dengan hanya solat 5 waktu tak pernah tinggal, berpuasa penuh di bulan Ramadhan; segala amalan ibadat kita akan di terima Allah dan sudah memadai dan menjamin kita masuk ke Syurga Allah..!!
BELUM LAGI Wahai Muslimah ku.. JIKA...
Di luar sana rambut ikal mayang kita masih lagi terlerai,
dada putih berombak yang terdedah membuat mata-mata lelaki terpaku dan tergoda,
lengan tangan, betis dan kulit kaki halus yang tidak berbulu menjadi pusat pameran lelaki..
Jangan salahkan lelaki ajnabi atau pak imam yang mempunyai hati suci dan iman yang tinggi..
lagi boleh terpedaya, cair dan tergoda dari menahan jelingan dan godaan syaitan ,
di tambah pula tatkala di tiupkan nafsu syahwat yang membuak-buak di hati dan matanya bilamana di pertontonkan di depan mata wanita seksi berpakaian jarang, ketat dan menggiurkan..
ALLAHHU RABBI.. ALANGKAH RUGI nya Wahai Muslimat
Sesungguhnya Istiqomah dalam MUJAHADAH itu
SUSAH lagi SUKAR kerana
SYURGA ALLAH ITU INDAH..!
SYURGA ITU MAHAL HARGANYA..!!
OLEH ITU SAHABAT SEKALIAN.. TEGURLAH.. NASIHATKAN LAH..
Anak2 perempuan kita
Isteri2 kita
Saudara2 perempuan kita
Jiran2 wanita kita dan anak2 jiran perempuannya
Rakan2 sepejabat atau rakan2 membeli belah kita
Sahabat2 Muslimah kita semuanya
Marilah kita kembali kepada syariat Allah..
Tutupilah Aurat kita dengan sempurna
Sebelum di tutupi tubuh kita dengan 5 helai kain kafan..
Wallahualam..
Aku telah sampaikan..Ya Allah, mengikut kemampuanku
Sangat bertepatan dengan kandungan entry yang aku postkan sebelum ini. Malah setiap kali aku post entry, pasti aku ada menyentuh pasal hal ni bukan? Bahawasanya seorang wanita yang bekerja, jangan terlalu melawa sangat bila hendak pergi ke tempat kerja, padahal hakikat sebenarnya bila anda kat rumah, anda tidak pernah melawa untuk suami anda. Anda setakat dressing ala kadar jer. Tak kan lar nak pergi ke tempat kerja sikit nyer lawa, bling-bling, pipi kemerahan, mata bulat menikam kalbu tapi kat rumah dressing macam ala-ala bibik? Ini tidak adil bagi suami anda, bukan?
Kadang-kadang aku merasa sangat hairan.
Bagi kaum wanita yang cacat penglihatan (rabun lar, nok!), kenapa mereka tak mahu pakai spectacles ke tempat kerja? Malah sanggup pakai contact lens, semata-mata mahukan kelihatan seperti bermata biru, bermata coklat, bermata kelabu dan sebagainya. Tak cukup dengan itu, siap pakai bulu mata palsu lagi. Adakah dengan pakai spectacles ni akan mencacatkan penampilan bila anda bertudung? Takut bentuk muka nampak macam kelakar disebabkan penggunaan spectacles? Ini menunjukkan niat anda untuk pergi ke tempat kerja hanya lar untuk melawa. Maka ianya sudah jatuh haram di sisi Islam. Kalo kaum perempuan tu berniat hendak mencari rezeki yang halal dan membantu perbelanjaan suami, maka dia tidak kisah penampilan dia cantik ke tidak, asalkan selesa dan dia dapat menjalankan tanggungjawabnya. Betul ke tidak, nok?
Tapi zaman sekarang, mana ada orang nak dengar benda ini, nok! Kalo ditegur kang, terus diblok nyer! Tak pun buat derk jer pasal nasihat ustaz ni. Kengkonon terasa lar tue! Tang yang ini, ko tak nak share plak kat facebook. Tahan ko buat tak tahu jer kan? Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas kan? Kalo betul nasihat ini terkena kat diri anda kat luar sana, kaum perempuan yang sudah bersuami tapi masih berkerjaya, harap-harap dapat berubah sebelum terlambat.
Kadang-kadang aku merasa sangat hairan.
Ko bertudung litup. Kenapa tiba-tiba ko nak postkan gambar ko kat facebook yang menampakkan rambut ko kepada kaum ajnabi di luar sana? Dengan caption...
" Rambut dah panjang. Nak potong rambut lar..."
" Tengah bersantai di hujung minggu. "
" Me and my little bam bam. "
" Happy anniversary to us..." (dgn post gambar perkahwinan yang masa tu tak pakai tudung)
" Happy anniversary to us..." (dgn post gambar perkahwinan yang masa tu tak pakai tudung)
Motif?
Aduhai, tolong lar jangan buat macam ni lagi. Sebab awak tu dah berlaki. Kalo awak tu single mingle, memang lar ada ku kisah? Adakah anda terlalu kehausan dengan pujian dari kawan-kawan anda sampaikan anda mahukan mereka memuji dan memuja anda sebagai seorang yang cantik setiap hari? Suami anda tak pernah puji anda cantik ker? Sangat kesian. Because my husband always did. Cukup lar aku kekenyangan dek pujian oleh laki sendiri. Maka aku tak perlukan pujian dari ajnabi yang lain dan paksa orang suh 'likes' gambar aku kat facebook seberapa banyak yang mungkin. Korang mesti suka kan bila tengok jumlah orang yang 'likes' dan komen gambar ko setiap kali ko upload kat facebook. Kan..kan..kan? Tapi ada gak orang yang 'likes' gambar sendiri tau! Kepoyoan apakah ni? Sendiri post, sendiri likes?
Kadang-kadang aku merasa sangat hairan.
Ko pergi ke tempat kerja, sikit nyer berkerawang dan beads sana sini bagai. Tapi ko pergi bercuti dengan laki ko, mak aihh, apsal muka macam baru abis pantang jer nih? Patutnya ko bersyukur sebab ko dapat bercuti dengan laki ko dan anak2 ko. Tapi jangan lar dressing macam makcik yang baru balik dari kenduri rewang kawin, kak oiii! Even tak sempat nak makeup pun tapi jaga penampilan kita di depan suami. Nak dibandingkan dengan aku ni yang jarang pergi bercuti, asik busy handle business jer memanjang, but it's ok, as long as I can get along together with my husband everyday. I think, that's enough for me. That's why my husband knows the beauty and the ugliest me.
Moral of story, nasihat ustaz kat atas tu, bukan untuk amanat aku sahaja malah amanat untuk semua kaum perempuan yang di luar sana especially yang berkerjaya.
Not hurt feelings, ok! Take with open heart.
Thanks for reading this entry....!!
No comments:
Post a Comment