Video Of The Month

Monday, 9 December 2013

Behind The Scene of My Wedding : " Tok kadi, saya nak kawin pepagi bute! "

Assalammualaikum...


*copy n paste from my notes.  this is true story of us



tepat pada 6hb sept 2004, hari yg dinanti-nantikn oleh aku dan suamiku.  kalo teringat tarikh ni, mesti kitaorg akan gelak sama-sama.  nak ikutkan dlm surat nikah dah tertulis tarikh nikah 7hb sept, appointmnt dgn tok kadi pun dh wat 7hb sept, then dua hari sebelum 7hb tu iaitu 5hb, aku dh call tok kadi tu kasi cnfirm kan balik dan remindkan dia yang aku nak kawin 7hb sept tu, nk dipendekkn citer, tok kadi ckp dia available waktu petang jer, pagi jadual penuh, nak nikahkan kat umah org kata nyer...nak dijadikn citer sebenarnya aku plan 7hb tu pagi nk wat nikah, tghari wat brsanding lak...abis kalo dh pagi 7hb tu tok kadi dah full dgn jadual nikah dia, cmnor lak dgn plan yg aku rancangkn ni..??  poning kepala aku ni dibuat nyer, kesian lak dgn rombongan sedara pihak lelaki yg dah brkmpung kat rengit, kalo diaorg tau nikah petang, mesti ramai yg dh mengeluh tggu lelama sgt...nak tak nak aku kena come up dgn idea cmnor nk buatkan majlis aku ni berjln lancar seperti yang dirancangkan.  aku tepon tok kadi tu, tanya dgn dia tak bleh ker appointmnt aku di up kan ke atas dlm jadual dia 7hb tu...tok kadi ckp tak leh sbb dia nak nikahkn org kat umah bkn kat masjid, kalo nikah kt masjid lain ler citer...otak aku trus ligat brpikir.

" tok, 6hb pagi2 buta available tak..? "
" kojap. tok check jadual dulu..."  hebat tak hebat tok kadi ni, popular sungguh!  rmai giler org amik 'service' dia nih!
" kul 10 pg saya ada appointmnt nikah kt umah org..."
" ok, kalo mcm tu tok..saya booking tok kadi kul 8 pg, bleh tak tok..??  tolong lar tok...kul 8 pg ek!"
" insyallah, bleh..."
" cnfirm ek tok, 6hb kul 8 pg tau, tok...!"  

aku lak yg trlebih excited nk nikah.  tak per ler, dh gatal nk kawin kan time tuh!

nak dipendekken citer, ada perubahan sket dlm planning majlis kawin aku nih, dlm surat nikah tulis 7hb tp nikahnya 6hb, tok kadi ckp xper, tarikh tu tak penting, yang penting nikah dgn rukun2nya tu mesti lengkap.  aku pun tepon mr. helmy (bakal suami masa tu) bgtau yang kita nikah pada 6hb pagi2 buta sebelum ayam brkokok.  mr. helmy tanya naper awal sgt, aku jwb senang jer, 

" sbb saya tak sabor2 nk kawin dgn abg...!"

sesuci pagi nan indah pada 6hb tu, tepat kul 8 pg, di masjid jamek batu pahat, dgn hanya sekali lafaz jer, aku sah mnjadi isteri mr. helmy...

tu ler kenangan anniversary kitaorg yg tak dopek nak dilupakn, nak celebrate pun tak tau yg maner satu..6hb ker 7hb, at last aku amik tarikh yang bertepatan dgn tarikh sewaktu kitaorg diijapkabulkn...6hb sept.  mesti tok kadi tu pening kpala layan request aku nih, nak ikutkn org lain mesti gelabah giler tunggu time nk dinikahkn, tapi aku lak yang mintak tok kadi tu suh dinikahkn cepat, xper perkara baik harus dipercepatkn ye tak??  aku dgn mr. helmy mesti gelak2 kalo tringat tarikh ni sbb aku tepon tok kadi tu smpai merayu2 nak mintak nikah awal pagi2 buta...nasib baik ler tok kadi tu kpala otak dia best!  

tok kadi, tok mmg trbaek lar...!!

Alhamdullilah, perancangan majlis nikah kami ketika itu sangat-sangat berjalan lancar, dihadiri dengan sanak saudara yang terlampau ramai dari belah pihak lelaki, manakala pihak aku hanya dihadiri oleh kaum keluarga jer.  My laki memang sangat popular dari kalangan saudara maranya.  Tu sebab masa majlis nikah aku, lebih kurang satu kampung datang dari Rengit.  Mostly, sedara mara my laki datang dari keturunan Bugis, walaupun my laki sebenarnya sepatah haram tak reti cakap Bugis.  Dan ada diantara saudara mara mereka yang dari golongan kaya raya tau.  Gilos tul!

Lepas abis majlis nikah, kaum keluarga aku ajak saudara mara pihak lelaki untuk datang ke majlis makan-makan kat rumah aku.  Yelar, orang dah satu batallion datang ke masjid, tak kan ler nak suh diaorang blah macam tu jer lepas abis majlis nikah!  Nasib baik lar masa tu, khemah dah siap didirikan, meja dan kerusi sumo dah siap susun atur, pelamin pun dah siap dinaikkan.  Lepas nikah, dapat lar kitaorg bergambar atas pelamin dengan sedara mara pihak laki.  Actually majlis bersandingnya dijalankan pada esok hari, 7hb seperti yang telah ditetapkan dalam kad undangan.  Cuma majlis nikah jer diawalkan sehari.  

Takper lar, janji semuanya selamat walaupun nampak mcm kelam kabut sket.  Syukran, alhamdullilah...




Thanks for reading this entry!

Fashion Chapter 17: Windbreaker jacket

Assalammualaikum...


Huk aloh!  Apa kejadahnya plak dengan windbreaker jacket ni?  Menatang apa ni?  Hahaha....sumo orang tak tau menatang apa tu windbreaker jacket kan..kan...kan!  Termasuk penulis blog ni hah!  Eden pun baru tau menatang ni hah!  Asalnya eden nak cari manly jacket kat shopping online.  Tertiba eden tertarik plak dengan design windbreaker jacket ni.  Terus eden google menatang apa lar windbreaker jacket dan jenis-jenis style nyer.  Eden cuma tau nak cari jacket jer!  Tanpa membuang masa mak limah yang sedang khusyuk menggoreng pisang, terus eden upload entry tentang windbreaker jacket ni khas untuk korang semua dan juga untuk rujukan eden di masa akan datang.

Windbreaker jacket is a very light jacket, one you would wear on a rainy/windy day even if it was warm outside, to not be miserable.

Mung paham ke tak?  Tak paham lagi?  Ok, baca ni plak...

A windbreaker jacket more likely a thin outer coat designed to resist wind chill and light rain, a lighter version of a jacket.  It is usually of light constructions, and these days characteristically made of some type of synthetic material.  It sometimes includes a hood.  The term 'windbreaker', used primarily in North America and Japan, is actually a genericized trademark, originally used by the John Rissman.

Ok...ok...windbreaker jacket ni amat sesuai lar sangat dipakai pada waktu sejuk atau cuaca yang berangin macam musim hujan sekarang ni kan.  So, even kat Malaysia ni takde turun salji pun, kita masih boleh memakainya jika kita pergi ke tempat kerja atau ke tempat-tempat yang berair cond jer.  Jemu lar kalo korang dok asik pakai blazer jer kat tempat kerja kan.  So, apa kata kita tukar penampilan kali ni.  Oh, kalo korang nak dressing pakai jacket ni pergi dinner company pun ok gak, takde saper pun nak marah, nak saman.  Buat muka poyo jer, gerenti orang tak berani nak sound nyer!

Aku suka design windbreaker jacket ni sebab ianya sangat-sangat menutupi aurat, labuh hingga ke punggung, tidak jarang, dan tidak lar terlampau ketat sangat hingga mengikut bentuk badan.  Ianya amat sesuai dengan citarasa fashion aku sebab kalo nak ikutkan cuaca sekarang, aku pun tak tahan dengan cuaca sejuk dan tempat yang berair cond lelebih lagi sekarang dah musim hujan kan.  Memang mengigil sampai ke hujung jari.  Masa aku menaip entry ni pun, tempat aku masih lagi dibasahi dengan hujan renyai-renyai.  Sejuknya kat sini toksah nak cakap lar, tapi kat Korea lagi sejuk giler kan?  Aisshh, sempat lagi nak selitkan korea plak tu!

Ok, jom kita terjah macam mana nak style dengan windbreaker jacket ni.




Celebrity style.  Bayangkan lar kalo korang pakai jacket ni masa pergi company dinner ker atau pergi majlis reunion kelas korang.  Oouu...oouuu...bayangkan lar, bayangkan lar!!  



Oh, smart giler windbreaker jacket ni.  Arghh...ni rasanya macam tak sabor-sabor nak beli jer! 




Dari jenis material kain yang tebal.  Sesuai lar kalo pergi ke tempat yang cuacanya sejuk beku tapi tak sesuai kalo pergi ke peti sejuk lar.



Military windbreaker jacket.  Masyallah, fabulous giler seyh!




Ini ialah ootd untuk cuaca sejuk.  Tapi kalo korang nak pakai ootd ni masa nak pergi beli ikan kat pasar pun bleh gak.  



Celebrity style in black color.  



Celebrity style in block color.



Which one of the jacket that you like most?



Ini bukan windbreaker jacket.  Ini ialah trench coat.  Tapi cutting nyer lawa kan.  Aku tak berapa minat sangat part yang berbulu kat hoodie tu.  Alergik kalo bulu tu masuk lubang hidung, mesti terbersin-bersin.



I can see a little puff  there at her shoulder.  Nice!  



Ni trench coat.  Tapi designnya sangat .  Perincian diberikan pada bahagian pergelangan tangan dan kolar coat tu.  



Oh, so sweet jacket in pink color!



The original design windbreaker jacket.



Ok, aku confius design ni sama ada windbreaker jacket atau trench coat.  Ikutkan design kedua-dua jacket ni lebih kurang sama jer.  Maybe material kain yang membuatkan kedua-dua design ni yang berbeza kot.  Apa-apa pun design jacket kat atas ni memang THORbaik...!!!



Boleh juga selitkan scarf di leher kalo tak nak unbotton jacket tu.  




Which one of design jacket that you prefer?



Oh, ni ialah rider jacket, but I like her style.  



Oh, comel nyer ada small ribbon kat belakang pinggang jacket tu!  



Lawanyer cutting belakang jacket ni! 



Celebrity styles.  Admire her styles.  Gorgeous!



Kalo jual jacket labuh mcm ni, memang aku beli ar!  Tak kira lar gedobos ker janji tutup aurat!  Jual kat butik memang mahal giler, lebih kurang Rm100 lebih.  Kena pandai cari kat shopping online baru boleh jumpa yang bawah dari RM60.  



Ni pun lawa gak cutting belakang jacket ni walaupun it is just simple design but yet it's still feminine.  



Harga windbreaker jacket ni, aku tengok kat shopping online cuma RM40 jer!  Giler ar!  Kalo putih, cepat kotor.  Kalo hitam, nampak mcm witch plak kan!  



Oh, hitam dan pink?  Memang sangat THORcomel!



Cutting dan color yang menarik ni lar yang buatkan hati memberontak nak beli jacket ni tau!  Jom kita terjah shopping online sekarang!  


" Apa?  Baju ni untuk orang muda jer ker?  Tak lar, dari anda pakai t-shirt berlengan pendek sampai nampak muscles kat lengan anda, I think it's better anda dressing macam saya. "



Windbreaker jacket kembang setaman kata ko!!  Bukan kata jiran sebelah umah ko... 



I like fluffy puff at her shoulder!  



Ada dua styles yang anda boleh gayakan sama ada mahu match kan dengan pants ataupun dengan maxi dress.  



Boleh juga dipadankan dengan seluar bercorak kalo tak mahu pakai jeans atau seluar slack.  Jangan tak pakai seluar, udah ler yerk!  THORkeluar bijik mata tu kang!



Anda juga boleh menggayakan dengan jumpsuit.  Tak tau jumpsuit tu menatang apa?  Google jer lar, cik kak oii!!  Jangan bodoh sombong nanti Tuhan marah.  Jangan suka suki kutuk orang dressing macam ala2 makcik, asalkan orang tu menutupi aurat, tu sudah cukup bagus.  Yang penting, jangan bertabaruj, jangan pakai ketat2, jangan keluar rumah pakai selendang asal bolot rambut jer dah sudah.  Tak baik...berbalik lar kamu ke jalan yang benar. 



Ada dua style yang anda boleh follow jika anda mahu match kan dengan scarf.  I prefer style yang kiri.



Dah dapat pencerahan tentang style jacket ini?  Tidak kah terasa melonjak hati untuk memilikinya?  One day...one day erynz.  You can have it.  Dahulukan perbelanjaan budak-budak nak naik sekolah ini.  Nasib baik duit yuran sekolah rendah dan sekolah agama dah diketepikan awal-awal.  Baju, kasut sekolah, beg, stationery semua dah lengkap beli.  Tinggal tunggu nak bayar yuran dan buku tulis budak-budak jer.  Syukran, alhamdullilah....



Thanks for reading this entry!