Video Of The Month

Tuesday, 20 May 2014

Fashion Chapter 24 : Guidance of Evening Dress for Muslimah Style

Assalammualaikum...


Entry ini pastinya membuat kaum wanita di luar sana tersenyum lebar dan mata terus melekat macam kena tampal dengan glue gun di depan monitor.  Ini guidance bukan sebarang guidance.  Ini guidance baru turun para sakti tujuh keturunan dari Gunung Ledang.  Ok, apa yang ko merepek ni, jang!  Awal-awal nak bagi tau yang guidance ini di upkan sebagai entry sebagai panduan untuk saya dan wanita di luar sana yang memerlukan contoh rujukan untuk muslimah evening dress yang lebih sopan dan tidaklah terlalu ketat dan menonjol dengan 'bonggol' sana sini.  Guidance ini sangat penting lelebih lagi bila melibatkan event yang memerlukan kita berpakaian cantik seperti dinner company, annual dinner, special event, dinner batch dan macam-macam lagi lar!

Siapa yang tak suka evening dress kan?  Memakainya umpama kita seperti diva popular.  Bukannya hari-hari kita pakai selalu untuk pergi ke kerja.  Sesekali untuk melaram memang tak salah tapi jangan sampai melupakan batas aurat kita yang perlu dijaga.  Kekadang, melaram punya pasal, sampaikan ada sesetengahnya sanggup pakai tudung singkat semata-mata nak nampak kan bling-bling kat dada.  Tak kurang juga yang masukkan tudung ke dalam baju.  Tak kurang juga yang cuba pintalkan tudung dan lilitkan bulat-bulat kat tepi tudung.  Tak kurang juga yang cuba menggayakan tudung ala-ala turban.  Yang sebaiknya, korang just show off jer lar evening dress tu, tak payah lar nak show off sekali bahagian dada korang kan.  Ada jugak tu yang sanggup pakai baju lace bling-bling yang jarang sampai ternampak tali coli.  Eh, hello?  Motif korang pakai tudung then pakai baju yang jarang tu?

So, aku rasa guidance ini perlu untuk aku dan sesiapa jer, in future ataupun boleh dibuat untuk tema baju raya or baju any occasion ker kan. Terpulang pada korang kalo nak ikut guidance ini.  Kalo tak suka, sila klik X kat atas tu.  Mudah kan?  Kalo ada yang rasa tak puas hati dengan entry ini, sila jangan segan-segan untuk komen di bawah dengan menggunakan nickname Anonymous untuk mengelak anda dari dimalukan.  Oh, aku baru perasan...Anonymous ni lebih kurang sama dengan perkataan Annoying kan?  Hahaha....

As usual, aku tak tekankan peranan tudung di dalam gambar-gambar di bawah ini.  Aku cuma tekankan design, the details, the colors, the drapping and keindahan busana evening dress.  Hopefully korang semua tahu kan, cara bertudung yang betul.  Walaupun evening dress ko lawa nak mampos, bling-bling batu bata, please lar jangan pakai tudung singkat hingga nampak 2 biji 'gunung' ko.  Ini dah kira 2 in 1.  Ko nak tunjuk dress ko lawa dengan disertai 'gunung' ko sekali!  Tak terasa malu ker bila kaum lelaki yang bukan muhrim melihat bahagian dada ko?  So, after reading this entry, hopefully kaum muslimah di luar sana, even nak melaram sekali pun dengan evening dress, tolong lar labuh tudung anda dengan sebaiknya.  Anda tak rugi apa-apa sebaiknya anda mendapat pahala kerana tidak membiarkan kaum lelaki yang bukan muhrim dari merenung bahagian dada anda.

Ok, jom kita terjah contoh-contoh guidance evening dress for muslimah style!




Abaya sekarang bukan lagi dok color hitam jer.  Lawa gak abaya in pastel color dan diberikan perincian di bahagian pinggang dan lining kat bahagian leher baju.  Perfect score!


Nak lagi rare, pakai lar tali ikat kain langsir untuk lilit bahagian pinggang anda.  Cantik dan sopan kan?  Cuba bayangkan kalo anda pakai tudung labuh, keindahan evening dress anda masih lagi terserlah.


Perghh...lawa giler design ni!  Kalo hangpa banyak duit, boleh lar tempah evening dress ni kat tailor.  Itu pun kalo tailor tak cerewet lar nak menjahitnya.  Lepas tu kan, berkadaran jer lar ko pakai untuk raya nanti.  Lagipun evening dress ni takde lar bling-bling sangat pun.  Suka sangat dengan design lengan besar tapi ketat kat bahagian pergelangan tangan.


Black is always safe color for the event.  Simple in modern design but you still looks fabulous in your own way.



I love this and I don't care if dalamnya ada inner coklat yang same color with the skin.  Better have a inner dari jarang nampak color kulit kan?



Oh, gosh!  I love this...I love this... and I love this!  Look at that design!  Stand in collar, baju ala-ala baju kurung or kebaya, then dia punya alunan skirt kembang nyer with the hemline and box pleat, memang ohsem lar.  Lepas tu, dia pakai seluar pulak!  It's not a leggings!  Hopefully, kita boleh pakai seluar yang labuh sket hingga ke buku lali.  Tapi design ni memang terbaik dari ladang!  Inspired betul dengan design ni!


Kalo anda pakai evening dress color hitam, sila lar buat muka ganas macam model ni.  Smilez...because you are fabulous!



Dress ni sangat comel.  But I prefer bahagian lengan dia tidak jarang.  Mix color dia sangat cantik dan sepadan, maroon - white - black.


Simple abaya in white color.  Sila jangan pakai kalo anda terasa anda makan dengan gelojoh sebab takut tertumpah kat baju kang naya jer!


Jubah plain with cardigan hemline yang labuh.  Simple and sopan.  Bagi yang tak suka bling-bling.


Aku inspired betul dengan design dress in blue color tu.  Mandarin collar then dia buttonkn dress yang kat luar tu macam ikat tali kasut jer!  Different but it's nice isn't? 


Aku suka abaya ini sebab bukaan tangan dia tak besar seperti yang selalu kita lihat kan.  Then tambahkan lining bling-bling di bahagian pinggang dan bahagian panjang tangan kita.  Walaa...!!


You are so beautiful!!  Inspired tak bila tengok model ini menggayakan skirt kembang and bertudung litup macam ni?  Sangat sopan bukan?  So, tak perlu over sangat sampai perlu memakai baju berkerawang yang jarang sampai nampak 'isi' di dalamnya.  Got it?




Beli kain bling-bling, then suh tailor jahitkan jubah straight line macam ni.  Then ikat lar dengan tali kapal.  Eh, bukan!  Dengan tali pinggang ar.  Nak gaya berbeza, ikat dengan tali ikat langsir.  Nak yang lagi rare, ikat dengan tali gantung.



Whoaa...mata akan tertumpu pada anda bila anda memakai outfit dress seperti ini.  Sambil anda berjalan, sambil itu alunan kain anda meliuk lentuk melawan derus angin.  Fuhh...terasa seperti nak buat maxi skirt design macam ni pulak!



I like her design maxi skirt.  I prefer kalo baju bling-bling tu dikeluarkan and then just lilitkan jer dengan belt halus.  Nampak sopan.  Of course ler kalo boleh tudung tu dilabuhkan juga.



Aku suka bila jubah ada drapping ni.  Bukan senang tau nak membuatnya.  Sebab tu tailor cas mahal kalo disuruh buat drapping ni.  Fuhh...rasa macam nak drapping jer atas kepala tailor tu! 


Gaya dia memang comel bila pakai tutu skirt.  Sekarang tutu skirt baru nak masuk trend kat Malaysia.  Yer, bukan budak kecik jer yang nak comel bila pakai tutu skirt.  Mak budak pun nak comel gak!  Ke tepi...ke tepi...bagi kat mak budak nak pakai tutu skirt pulak!


Design ni memang meletup kalo pakai kain dari sari India kan?  Fuhh...cantik giler lar baju ni!  Terasa nak buat design untuk baju raya tahun depan pulak!  Melampau betul ko ni!


I'm confius!  Macam mana dia drag kain tu terus letak kat bahu dia?  Then dia ikat dengan tali pinggang?  Oh, I'm confius but this design memang genius and lain dari yang lain.


Saya malu nak tunjuk muka saya.  Saya tunjuk dress saya jer lar!  Uikks, lawa color ni.  Pink shrimp paste?  Purple shrimp paste?  Akhirnya belacan juga dapat nama...hahaha!



Skirt kembang dengan box pleat memang menjadi pujaan hatiku untuk memakainya.  Buat sendiri pun boleh.  Berlambak tutorial kat youtube tu.  Bagi yang pandai menjahit jer lar.  Simple and modesty.



Daebak!!  A big ribbon kat tengah-tengah?  Tapi nampak macam comel kan dress ni.  Pastinya dress anda akan menjadi tumpuan dalam event tu nanti.  Awat hang pakai tudung macam alien ni , cik kak oii!!  


Wanna go date with me?  Cantik seyh dress kain lace ni.  But I prefer bahagian atas tak jarang lar.  Kalau boleh, keseluruhannya cover by inner.  Orang kata, Prada lace mahal.  Aku kata, kalo nak murah, pakai lar lace kain langsir.  Janji ada corak bunga dan berkain jarang.  Tak gitu?  


Ala-ala princess solehah.  Whoaa...cantik lar...cantik lar dress ni!  Teringin pulak nak pakai skirt kembang macam ni.  Harap kucing tak menyorok bawah skirt tu.


Suka lar dengan ropol-ropol kat pergelangan tangan dia dan kat bahagian dada.  Tapi kalo dah pakai tudung labuh, dah tak nampak pulak ropol kat bahagian dada tu kan.  Takpe lar...ko nak tunjuk ropol ker ko nak pakai tudung dengan elok?  Hahaha....



Evening dress inspired dari corak kulit buaya yang bergemerlapan.  Buaya pun takut nak tukar kulit color biru macam ni.  


Mana lar prom date saya tak sampai-sampai lagi ni.  Penat tau tunggu kat luar ni.  Sopan tak baju dress saya?  Sorry lar, saya tak suka baju bling-bling batu bata.  Makcik-makcik suka lar baju bling-bling tu.


Suka dengan details kat pinggang, leher dan pergelangan tangan dia.  Abaya putih memang nampak cantik dan suci.  Tapi aku tak suka sebab leceh nak menjaganya dan takut cepat kotor.




Mix and match for evening dress, ladies!  Take a note!  Love that dress!!  Arghhh...rasa macam nak menjerit kat telinga laki jer.



Beautiful.  Macam-macam gaya busana evening dress ini.  Tapi, kenapa yang ketat dan jarang jugak yang korang pilih?  Baru sekarang nak rasa menyesal kan?  



Mix and match dari rona color yang lembut.  Bling-blingnya cuma ada pada jaket jer.  Itu pun takde batu bata diamond yang berderet lip lap lip lap sana sini.



Kalo evening dress anda just a plain color, gemerlap kan dengan tudung, kasut dan beg dari rona color yang striking.  Pastinya anda akan menjadi tumpuan di malam event tersebut.


Love the design!  Semuanya complete tertutup.  Tinggal nak pakai tudung jer!
Paling sesuai, pilihlah tudung yang bercorak dan berlip lap lip lap.


 
Fuhh...cantik sungguh dress ni kan!  Walaupun baju wedding tapi boleh juga kalo kita cilok untuk jadikan evening dress.




Tak mengapa kalo evening dress tu takde lengan sebab anda boleh menggayakan dengan jaket or cardigan seperti di atas.  Mudah kan?


Print.  Tampal kat dahi.  Jumpa tailor, merayu-rayu suruh buatkan design macam ni untuk kita.  Kalo boleh, masakkan maggi untuk tailor tu sekali.  Yelar, banyak menjahit cepat lapor tau tak?  Look at that drapping!  Daebak!


Comel adik manis ni pergi event dengan dress yang simple macam ni.  Bling-bling sungguh maxi skirt dia tapi penampilan tetap tak over tau.  You are perfect!



Siap-siap pakai inner kalo dress tu jarang kat bahagian bahu dan tangan.  Perfect score!







Black and red is always magnificent!






Berikut ialah panduan mix and match evening dress yang boleh dijadikan rujukan untuk anda semua!



Ok, dah dapat idea how to dress up for the event?  Just follow the rules.  Please cover your chest first before you stylo with your dress.  Be a simple, be a fabulous, babey!



Thanks for reading this entry!




p/s :  jangan lupa untuk komen di bahagian bawah entry bagi yang tak puas hati dengan entry ni yerk!  Guna nickname Anonymous pun boleh sebab kat dalam list nama tu takde tulis Annoying kan or Korek Kundi, or Korek Hidung or something like that, bla...bla...bla!  






9 comments:

Unknown said...

tq..dh ada idea utk dinner..memandangkan tema thn ni lace hitam..dh beli lacenya tp de idea nk wat design apa..haha..nice..i pun xsuka yg ketat2 sgt..tudung mmg kena ttp dada..hoho..

sunny said...

I like everything bout it.huish...especially yg ada drapping2 tu.. cantik giler.

Anonymous said...

Kt mane nk cr baju2 cmni ye slain tempahan

Hanizah Abdul Hamid said...

Tq

Anonymous said...

Tq.... ade DH idea.... jimat n fabulous.

Anonymous said...

Nak no tel tailor yg gigih jahit drapping tu bole hehe...

Anonymous said...

woww!! i dah dpt idea untuk annual dinner company husband i..sgt2 fabolus,tak ketat,tak jrang dan mnutup aurat..hihi..tq much..

Erynz said...

oooo...tu gambar maybe dari model pengantin dari indonesia agaknya. tak tau gambar asal tu dari mana, tapi memang dari orang share dan share dan share.

Anonymous said...

kat mana nak dapat kan dress macam ni