Video Of The Month

Sunday, 11 May 2014

Fashion Chapter 23 : Hijab Fashion Week

Assalammualaikum....


Miss me?  Miss me?  Anyone?!


Ada yang kena hempok kepala tu kang!


Ok, bila masuk jer bulan May, first sekali yang aku reminder ialah cuti sekolah 2 minggu.  Hahaha...bukan mother's day, teacher's day or wesak day.  Jahatnya...!!  Yang banyak cuti jer ko ingat, yang cuti sehari, dipandang sepi.


And of course ler aku reminder kan sekali bulan Rejab.  Nak ganti puasa, nak buat preparation untuk pra persiapan raya, nak deco rumah, so nanti bulan puasa nanti aku just tumpukan untuk ibadat puasa jer.  Walaupun baju raya budak-budak dan bapak budak awal-awal dah siap, tapi aku still nak jahitkan baju jubah untuk Hanie dari lebihan kain pasang yang ada kat rumah tu.  So, bulan May ni adalah bulan yang hectic sikit di mana aku sibuk dengan exam week Adam dan Hanie, busy modified refashion baju-baju blouse, cardigan, tudung and full activity of jahit-menjahit.  Hah, laki aku dah order suh jahit seluar seteng dia untuk dipakai kat rumah.  Fuhh...main order jer tau!


So, kalo blog melopong, jangan tanya wei gu re...wei gu re!  Hahaha...that's korean language!


Siapa dah pernah pergi Fashion Show, sila angkat tangan!


Aku pun tak pernah pergi.  Aku cuma pernah tengok Victoria Secret's Fashion Show.  Oppss...!!  Dalam tv jer lar!  Aku pun tak paham.  Apa kejadahnya depa dok design gila-gila baju dan seluar dalam.  Menatang tu dok kat dalam kan, bukannya kat luar pun!  Bukannya nampak pun lace dan labuci yang ditampal kat menatang tu.  Adoiyai...!!  Tu pun laki aku berhajat nak beli brand tu untuk aku.  Caitt...!!


Siapa nak tengok Fashion Show khas untuk muslimah, sila angkat bulu kaki!


Just kidding!


Actually, aku tak kisah sangat pasal cara diaorang bertudung.  Setiap negara, memang berbeza cara mereka bertudung.  So, dalam gambar-gambar tersebut, aku cuma fokuskan tentang colors of fabric, details, design and texture.  Seboleh-bolehnya, kalo kita nak menggayakan sesuatu outfit, biarlah kita selesa dengan pemakaian tudung kita.  Dan memang sewajip-wajipnya, kita patut memakai tudung yang labuh hingga ke paras dada.  Ko nak tunjuk baju dinner ko yang bling-bling kat bahagian dada, maka ko sanggup bertudung singkat atau masuk tudung ke dalam baju.  Motif buat macam tu?  Adakah ko bertudung untuk menutup aurat atau sekadar menutupi rambut ko yang menggerutu?  Isk...isk...tak boleh lar macam tu kan.  Ramai kawan pun tak guna jugak kalo takde seorang pun yang boleh menegur ko yang secara terang-terangan membuat dosa, menunjuk bahagian dada kat orang yang bukan muhrim.  So, moral of story, pakai tudung mesti tutup bahagian paras dada.  Nak labuhkan hingga ke bahagian pusat pun boleh gak.  Ni bukan style ustazah jer yang pakai tudung macam ni.  Sepatutnya kita sebagai muslimah, sewajarnya wajip bertudung seperti itu.  Trendy...memang trendy gak, tapi penjagaan aurat jangan dilupakan yerk!


Jom kita tengok gambar-gambar Hijab Fashion Show yang aku rasa sangat sesuai dan praktikal untuk gaya muslimah yang sopan dan trendy.  Gambar-gambar fashion show ini mostly diadakan di luar negara especially kat Dubai, India and Indonesia.  So, tak dapat pergi fashion show tersebut, dapat tengok gambar pun jadi lar kan.  Mana lar tau, boleh menjadi inspirasi untuk design baju wedding ke, baju raya ker, baju company dinner ker kan.



Ronald V Gaghana "Elements", Jakarta Islamic Fashion Week 2013
I like this style.  Tu hari pergi kedai kain, ada belek-belek satu kain.  Coraknya memang lawa cuma kainnya jenis jarang.  Tak beli pun sebab takde idea nak buat apa dengan kain jarang tu kan.  After I saw this picture, baru lar timbul idea nak buat jubah inner kat dalam dengan cardigan labuh guna kain jarang tu.  Mesti nampak ohsem kan?  I kan suka kain yang berterbangan ditiup angin macam kat atas tu kan.  


Harry Lam, Jakarta Islamic Fashion Week 2013
Whoaa....cantik giler!


Ria Miranda 2013
Love this color!


Kamilaa "Occident Orient", Jakarta Islamic Fashion Week 2013
I like overall!  Dari atas kepala sampai ke kaki.  I think nak cari corak batik macam gini untuk buat blouse longgar.  I like this style!


Denny Wirawan, Jakarta Islamic Fashion Week 2013
Style ni kalo nak pergi dinner company memang stylo abis ar!  


Romantic Cotton by Nunik "Covered in Romance", Jakarta Islamic Fashion Week 2013
Simple.  Omputih ni kalo pakai apa-apa pun lawa jer kan?  Kita yang tengok ni pun rasa terjebak nak pakai macam gitu.


HIJAB
Oh my, I love this style!


Barli Asmara "B", Jakarta Islamic Fashion Week 2013
Comel giler style ni!  


The Tuareg, Jenahara On Indonesia Fashion Week 2013
Kekadang fashion hijab bagi fashion week adalah sangat pelik dan terlalu complicated untuk memahami motif designer buat fashion hijab macam gitu.  So, apa yang aku post kat dalam entry ni adalah fashion hijab yang kurang pelik dan boleh dicontohi untuk design baju.  Yang lelain semua macam over crowded dan serebeh jer.  


Jenahara
I'm very inspired of this style.


Laura & Medni - alaz
Russian fashion runaway



Rambu ramba.


I like this!  Simple.  Just black.


I love that color!!  Very the pastel.


Kemeja longgar dan labuh dengan palazzo.



Whoaa...!!  Mesti ada kain lebihan untuk tutup punggung.  I love that design!



Different.  Yeah, aku kan suka kain yang ditiup angin ala-ala macam The Matrix tu kan.



Mix and match.  Suka dengan matching color dia.  Sebab tu tempel kat sini untuk dijadikan rujukan.



See?  Pakai tudung labuh pun boleh stylo and trendy ker apa



Smart seyh!



Fuhh...eksotik sungguh design ni!



Alololo...comel jer kan design macam ni.  Macam jubah tapi disarungkan dengan blazer.  Fuhh...kreatif betul!



Kerajang sungguh mata aku bila melihat macam-macam design busana muslimah.  Kalo boleh, semua nak hantar design ni kat tailor suruh tolong buatkan.  Tapi ada sesetengah tailor tak nak buat sebab tak reti.  So, tak kan nak hantar kat Rizalman yer dak?



Ombre kalo kena matching color nya, it's ok for me.



Ni bukan busana muslimah tapi design nya memang ohsem lar!  Save color, black and white.  Tapi kalo black and gold mesti ohsem kan?



Aku tak minat color hijau.  Tapi sejak akhir-akhir ni suka plak color hijau.  Hijau macam ni pun cantik gak!  Sejuk jer mata memandang kan.



Auwww...comel kan design baju ni!!  It's pastel color!!  Is that ribbon or butterfly kat baju dia tu?  Ok, nak try buat jubah macam ni lar!



Indonesia kalo bab matchingkan color baju memang terror.  Very the classic.  Aku bukan penggemar color orange.  But this is kelabu dengan orange?  Very hippo tau!



Pastel color babey!  I like...!!




Modesty, simply and honesty.



Lawo pulak dia designkan lengan dia macam tu.  Ok, boleh copy and paste.  Nak buat jubah sendiri nanti, then design kat lengan tu nak buat macam ni lar.  Whoaa...daebak!!




Suka gile tengok dress ni!  Jangan tak tau, ada designer guna kain langsir tau untuk buat baju!  So, perlukah aku mencari kain langsir yang berkerawang untuk membuat dress yang super ohsem ini?  



Sajer tepek gambar budak ni sebab suka sangat dengan style dia.  Wait for me!  Saya sedang menuju ke arah itu!



Sekarang ini tengah minggu exam Adam dan Hanie.  So, berhenti kejap aktiviti menjahit.  Tumpukan perhatian untuk reverse subjek dengan diaorang.  After exam jer, baru ler aku sambung balik.  Baju raya aku tu ada nak dijahit details beads kat bahagian bahu.  Aku kan suka style lain dari yang lain.  Yang penting aku tak letak lampu kelip-kelip kat baju, sudah lar!  Then, nak jahit seluar baju raya laki aku lagi, seluar seteng dia lagi.  Fuhh...busy mengalahkan Hatta Dolmat tau!  


Ok, dah itu jer!  Tengah inspired ni, jangan kacau!


Thanks for reading this entry!


4 comments:

Milo Oat said...

salam..kak tumpang tanya mana akak jumpa inner labuh tu ye..saya mmg da lama mencari..tetibe akak ckp akak ade trjumpa.. akak boleh emel saya :milooat@gmail.com..btw..keep writing ye..saya suka baca blog akak even sbg silent reader je..

Erynemysha Helmy said...


Walaikummusalam...

oh pasal inner labuh tu, akak jumpa kat tempat akak, kat pasir gudang. kat online akak tak tau. akak pun blum tanya lagi harga dia baper, blum testing lagi labuh inner tu sampai mane. akak tgk sekali imbas jer! tapi akak tengok inner tu mmg lain dari inner yg selalu org jual tu. akak ingatkan just t-shirt plain yg labuh jer, tp rupanya inner. nanti akak tanyakan hrga dia baper, so awak boleh kirim jer lar dengan akak nnti.

thanks for reading my blog!


Anonymous said...

'Sajer tepek gambar budak ni sebab suka sangat dengan style dia'
Blh akak share x die punye blog address.. thanks

Erynemysha Helmy said...

Assalammualaikum...

Akak tak tau dia punya blog address, gambar ni diambil dari instagram. Tu saja yang akak tau, sorry ya!