Video Of The Month

Wednesday, 28 May 2014

Hargai Sesuatu Rezeki...

Assalammualaikum....


Based on true events.


" Siapa nak ikut mak pergi niaga esok? "

" Saya...!!! "  Hampir serentak kami berempat menjerit.  Kebiasaannya cuma aku dan tiga orang adik-adik aku jer yang selalu menjadi sukarelawan peneman emak pergi berniaga menjual sarapan pagi.  Pepagi buta okay!  Fajar belum menyingsing lagi, gelap-gelap pergi menolak gerai kecil buatan abah yang menyara kami sekeluarga.

" Alah, asyik Kak Erin jer yang ikut!  Mak...Acha lar pulak! "
" Dah ko tido mati, orang baling bom pun ko tak reti nak bangun! " tepik aku.
" Mak...adik tak pernah ikut lagi. " rayu adik bongsuku dengan muka manja.
" JR lagi lar tak pernah ikut, mak.  JR bangun tido jer, tengok mak dah balik rumah! "

" Dah...dah...kalo nak ikut, tidur awal malam ni.  Siapa yang bangun awal, dia lar yang dapat ikut. "  Muktamad kata mak aku.  Tapi yang selalunya bangun awal pagi ialah aku lar.  Aku paling senang nak bangun tanpa dikejutkan.  Tau-tau jer dah terbeliak mata tengok mak aku tengah bersiap-siap untuk pergi berniaga.

Awal pagi, sebelum abah pergi ke tempat kerja menaiki motor 'vintage' dia, abah akan membawa barang-barang berniaga yang berat bersamanya ke tapak gerai kami di hujung jalan.  Kemudian, mak akan mengekori dari belakang dengan berjalan kaki sambil membawa bakul yang berisi plastik untuk membungkus makanan.  Bermakna mak hanya membawa barang yang ringan sahaja dan yang berat akan dipikul oleh abah dengan menaiki motor.  Setiap hari.  Begitulah rutin mak dan abah untuk menyara kami lapan beradik.

Aku selalunya menemani mak berniaga setiap pagi bila hari cuti sekolah.  Melalui lorong-lorong jalan berdekatan dengan kedai-kedai terbiar sambil diekori anjing-anjing liar yang berkeliaran memang sangat menakutkan.  Aku risau dengan mak aku yang setiap hari seorang diri melalui lorong tersebut di awal pagi.  Tapi apakan daya, aku cuma hanya dapat menolong bila hari cuti sekolah jer.

Setiap pagi, setiap hari, kami berniaga nasi lemak, mee hoon goreng, mee goreng, kue teow goreng dan sedikit kuih-muih.  Alhamdullilah, selalunya jualan kami memang habis dijual.  Pelanggan kami kebanyakkannya terdiri dari pekerja-pekerja kilang.  Mereka sangat sukakan sambal mak yang memang tip top.  Kalo beli mee goreng, mereka akan minta sambal yang banyak.  Mak tak cukup tangan melayani pelbagai karenah pelanggannya.  Aku pulak hanya tukang amik duit jer dari diaorang.  Hahaha...maklum lar masa tu kecik lagi, baru darjah 3 atau 4 agaknya.  Meskipun begitu, mak memang cepat dan tangkas membuat kerja-kerja dia.  Aku hanya membantu apa-apa yang patut.

Selepas jualan kami habis dijual, baru lar adik-adik aku JR, Acha dan Adik terkedek-kedek berjalan kaki sampai ke tapak gerai kami.  Baru bangun tido katanya.  Mak terkejut lalu memarahi mereka.  Sebab mereka bertiga masih kecil dan terlalu berani sangat berjalan kaki melalui lorong-lorong kedai yang terbiar dan sunyi tanpa ditemani sesiapa.  Kalo dah bangun tido, duduk diam-diam kat rumah, tunggu mak balik, sudah lar.  Tapi aku tau, niat mereka baik.  Mereka cuma mahu menolong mak walaupun diaorang terlajak tidur.  

Di depan tapak gerai kami ada sebuah jeram yang airnya jernih, bersih dan sejuk pulak tu.  Maklum lar awal pagi kan.  Ditambah pula dengan kitaorang yang masih belum mandi lagi lepas bangun tido.  Memasing semua muka dan rambut macam serabai jer.  Aku hanya sempat berkumur-kumur dan basuh muka jer pagi tadi sebelum keluar rumah.  

Aku pun tak tau dari mana puncanya jeram tu.  Mungkin datang dari air bukit atau gunung yang berada di belakang taman perumahan kitaorang.  Yang pastinya sumber airnya memang bersih.  Tak keruh pun.  Pasirnya lembut macam pasir di pantai.  Air mengalir tenang dan tidak terlalu deras sangat.  Itu lar punca air untuk mak membersihkan bekas-bekas makanan yang habis dijual.  Sementara mak tengah mengemas saki baki barang-barang jualan, kami berempat amik kesempatan untuk berendam di dalam jeram.  Brrr....sejuk giler airnya!  Riuh rendah suara kami bermain air di jeram awal pagi itu.  

" Dah sudah...mak dah nak balik ni!  Tolong angkat barang-barang cepat! "

Menjinjit kami berlari keluar dari jeram dalam kebasahan.  Balik ke rumah dengan baju basah kuyup.  Tapi mak tak marah pun.  Mungkin dah faham dengan tebiat anak-anak dia yang macam The Croods tu.  Mungkin mak dah terbiasa dengan kebiasaan kitaorang sebelum balik ke rumah mesti berendam dulu kat jeram tu.  Sampai kat rumah, kitaorang tak boleh masuk terus ke dalam rumah, kena tahan, duduk kat luar rumah, tunggu turn masuk ke bilik air untuk mandi bersihkan diri.  

Selesai sudah aktiviti menjual di waktu pagi, mak mula sibuk memasak untuk makan tengahari pula.  Bila waktu malam, mak sibuk kat dapur buat kuih-muih dan persediaan untuk jualan esok pagi.  Waktu cuti sekolah jer aku dapat tolong mak.  Hari yang lain mak gigih buat sendiri.  Kadang-kadang abah tolong mak gentel buat kuih.  

Begitu lar hari-hari seterusnya.  

Mencari rezeki untuk menyuap makan kami sekeluarga.  Sikit pun mak abah tak mengeluh.  Dan kami, sikit pun tidak pernah meminta yang bukan-bukan.  

Dari kecil kami sudah dididik untuk menghargai sesuatu rezeki yang ada di depan mata kami.  Tak kira lar besar atau kecil mana rezeki itu datangnya.  Bersyukur lar dengan apa yang ada.  Mak dan abah cuba memberi setakat mana yang mampu.  Jika tidak mampu, faham-faham lar sendiri dan kami lapan beradik tidak pernah meminta di luar kemampuan mereka.

Dan sikap itu lar yang aku terapkan pada Muhammad Adam Izz, Nur Farahanie dan Nur Farah Humairah.  

Adam Izz dan Hanie sudah pandai dapat membezakan kemampuan untuk memiliki sesuatu barang yang diingininya.  Bah kan aku mengajar mereka jika inginkan sesuatu, belajar mengumpul duit sendiri untuk mendapatkannya.  Maka mereka pun gigih mengumpul baki duit belanja mereka di sekolah.  Rasa puas terpancar di wajah mereka apabila berjaya mendapatkan benda yang mereka idamkan hasil usaha mereka sendiri.

Bukannya aku tak mampu untuk membelikan mereka sesuatu tapi aku tak mahu mereka terlalu manja dengan meminta.  Jika mahukan sesuatu, maka usahakan lar sendiri.  Supaya mereka belajar menghargai sesuatu....







Thanks for reading this entry!




No comments: