Musim exam akhir tahun sudah pun berakhir. Cikgu-cikgu sudah mula mengedarkan result markah paper exam pulak. Jika dapat markah rendah, jangan putus asa, cuba lagi yerk! Learn from the mistakes.
Tapi kekadang, kita sebagai ibu bapa memang sentiasa mahukan terbaik untuk anak-anak. Kita selalu mengharapkan keputusan yang terbaik dari anak-anak hasil susah payah kita menghantar mereka ke sekolah dan mendidik mereka di rumah.
Kadang-kadang, anak tu baru jer masuk sekolah tadika pun, baru jer masuk darjah 1 pun, kita dah push dia macam-macam suruh buat latihan ulangkaji. Untuk apa? Untuk mengharapkan anak itu mendapat keputusan cemerlang dan kemudian boleh lar nanti post kat facebook dan gebang kat semua orang, dengan membawa maksud....
Tersirat.
" Terror tak anak aku. Dapat cemerlang seyh. Anak ko hade? "
Tersurat.
" Alhamdullillah, anak saya dapat keputusan cemerlang hasil dari ulangkaji sama-sama. "
Come on lar...! Kita tak perlu nak menunjukkan dan membandingkan anak kita dengan anak orang lain. Anak ko pandai, anak aku tak pandai, anak dia lagi lar tak pandai. Buat apa nak membandingkan tahap kepandaian seseorang anak itu walaupun anak itu masih lagi di tahap tadika ataupun tahap sekolah rendah. Learning process should be fun. Not to push harder. Cuma ada sesetengah dari kita ni terlalu dahagakan sangat dengan puji-pujian. Takde orang puji anak kita pandai maka tak best lar kan? Cuba kalo anak ko dapat markah B or C, ada ker ko nak post kat facebook? Takde kan? Mesti ar malu anak kita dapat markah rendah. So, budaya menunjuk-nunjuk markah anak kita kat facebook ataupun dikatakan riak tersembunyi ni, memang dari dulu aku kurang gemor sikit. Of course ler niat kita nak berkongsi dengan kawan-kawan kita, nak tunjuk juga yang anak kita pun pandai, tapi aku fikir ianya tak perlu. Macam nak berlawanan plak. Ko nak tunjuk markah anak ko, aku pun nak tunjuk gak markah anak aku. Ayoyo mat yo...anak ko baru jer tadika, baru jer sekolah rendah, nak bangga kan apa? Lain ler anak ko terus jadi doktor, jadi engineer kan. Masa tu ko nak bangga tahap gaban pun, orang tak kisah. Wahai ibu bapa, perjalanan anak kita untuk menempuh hidup sebagai seorang pelajar masih lagi jauh dan berliku-liku.
Habis, kalau result anak kita tak menepati ramalan kita, bagaimana? Kita harapkan dia dapat skor A dalam subjek tu tapi sebaliknya dia dapat skor C plak? Perlukah kita memarahinya dan mengherdiknya? Bila kita semak balik kertas exam tu, semua soalan dah pernah buat masa ulangkaji bersama. Tapi kenapa anak itu boleh dapat markah yang teruk plak?
Begini lar Tuhan nak menguji kita.
Belum ada rezeki. Sebaliknya, berilah mereka kata-kata semangat untuk jadikan kesilapan itu sebagai pengajaran. Dan bukannya dengan memarahi mereka.
Good job, Hanie! Walaupun jawapannya kubus, at least ko tau perkataan kubur. Ini sangat sesuai bagi peringatan kepada orang yang suka riak sembunyi ni. (mak ko tak dapat nak tahan gelak bila tanda buku latihan ulangkaji ko ni, Hanie oii...!)
Aku dulu pun masa sekolah rendah boleh dikatakan tahap bebal separa mampos. Aku bukan lar di kalangan budak yang pandai masa sekolah rendah dulu. Duduk pun di barisan belakang untuk mengelakkan dari terkena soal oleh cikgu. Markah exam hanya cukup-cukup makan jer. Janji aku tak dapat "E". Tapi bila masuk sekolah menengah, aku tak tau kenapa tiba-tiba aku boleh jadi orang pandai dan berjaya menempatkan diri di dalam kelas pertama. Aku berjaya mendapat pangkat 1 dalam SPM dan dapat panggilan ke UiTM Shah Alam, first batch.
Begini lar Tuhan mahu menguji kita.
Diberikan kegagalan agar kita belajar dari kesilapan itu sendiri. Di dorong dengan usaha dan tawakal kepadaNya, maka sebuah kejayaan itu akan menjadi lebih manis.
Kita tak tau sejauh mana kemahiran dan potensi anak kita. Jika anak kita gagal dalam satu subjek, tak semestinya dia gagal dalam kehidupannya. Mungkin dia ada kemahiran yang tersirat di dalam bidang yang lain. Yang penting, jangan mencemuh mereka. Jangan pernah jemu mendidik mereka. Mereka masih lagi memerlukan sokongan dan dorongan kita sebagai ibu bapa untuk menaikkan semangat mereka untuk lebih berjaya lagi di masa hadapan.
Peperiksaan ialah satu tahap yang diukur mengikut permarkahan. Sebaliknya, kita tidak tahu tahap keupayaan anak-anak kita berfikir. Sejauh mana imaginasi mereka, logikal, ideologi dan pemahaman mereka tentang persekitaran mereka. Semua itu adalah learning process. Dan kita sebagai ibu bapa harus berhati-hati dan mengawal tindak tanduk mereka.
Aku mahu berkongsi cerita. Yang mana mungkin boleh menaikkan semangat para ibu bapa bila menghadapi situasi anak mereka tidak mendapat keputusan cemerlang seperti yang diharapkan.
Aku ada seorang kawan. Kawan satu sekolah menengah. Aku tak rapat dengan dia tapi aku kenal dengan dia. Dia bukan lar pelajar yang pandai. Duduk pun di kelas sains tambahan. Tapi sekarang ni dia sudah jadi pengusaha dan pengeluar produk kopi herba. Dia ada kilang dia sendiri. Aku bangga dan yakin kerana SPM bukan penentu ukuran kejayaan hidup kita. Sebaliknya pilihan kerjaya apakah yang sesuai untuk kita. Adakah kita mahu makan gaji atau mahu menjadi pemberi gaji?
Ada lagi seorang kawan aku satu sekolah menengah. Dia ni lagi lar duduk di kelas yang paling last sekali. Aku tak berapa kenal dia tapi aku ada add dia kat facebook. Hobinya memang tiap-tiap hari kat sekolah dok melepak jer. Dapat result SPM gagal pun boleh tersenyum girang. Lepas abis SPM, dia amik kursus kat Giatmara. Bermula dengan business kecil-kecilan, sekarang ni dia sudah jadi seorang businessman yang berjaya. Oh, dia buka business repair aircond and engineering. Sekarang sudah pakai kereta besar, jenis frontier tu. Sesuai lar dengan kerja-kerja dia bawa peralatan berat. Dulu masa sekolah, bukan main malas lagi. Dapat fail pun boleh huhahuha lagi. Tapi siapa sangka rezeki dia sudah ditakdirkan menjadi seorang businessman yang berjaya. Yang penting dia tak makan gaji, malah dia beri gaji lagi pada pekerja dia.
Moral of story, jangan terlalu push anak-anak kita dan mengharapkan result mereka sentiasa baik. Kadang-kadang, kita kena bersedia untuk menerima segala kemungkinan. Belum ada rezeki. Tuhan sentiasa mahu menguji kita. Yang penting, sentiasa berikan mereka sokongan dan dorongan.
I am always said to Adam Izz and Hanie....
" Make a correction and learn from the mistakes. "
Takde lar nak herdik dan nak ugut kalau tak dapat result terbaik, maka tak dapat apa-apa pun. Come on lar...it's a learning process. It's a just a number! Tak perlu nak taksub sangat. Baru sekolah rendah lagi kan.
I agree. Words and ideas can change your life, change the world.
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment