Video Of The Month

Sunday, 2 November 2014

It's a November now!

Assalammualaikum...


Fuhh...lama giler kan aku tak update blog!  2 minggu bertapa disebabkan exam budak-budak ni hah!  Pulak tu exam sekolah agama boleh tersaing dengan exam sekolah rendah!  Bagai nak giler nak cover semua subjek.  Tapi nasib baik tiap-tiap hujung minggu cuti sekolah budak-budak ada buat latihan ulangkaji kan. So, takde lar kalo kita buat ulangkaji tu, terus blurr semacam jer.   Then, since cc ada budak praktikal yang jaga, aku jarang sekali dapat jaga cc.  Lagi menambahkan sawang kat blog aku ni.  Takpe, budak praktikal abis hujung bulan ni.  

Sekarang ni aku telah menambahkan satu lagi cabang kerja selain dari housewife dan businesswoman.  Kerja tersebut ialah hijabi fashion designer.  Aku design semua baju-baju yang aku teringin nak buat.  Kalo tailor cakap tak boleh nak buat, maka aku terpaksa buat dan jahit sendiri.  Tapi aku tak lar sehebat fashion designer yang lain.  Baru-baru nak bertatih.  Yang penting, design aku tidak lar seketat dan tidak mengikut alur bentuk badan ko!

Yeah...it's a November!!!

November Rain?

Sweet November?

Actually, birthday aku jatuh pada bulan November.  My laki pun November.  Then, Hanie pun in November gak!  3 orang nak kena sambut birthday bulan ni.  Tapi kita jimat lar beli satu kek jer terus!  Hahaha...aku pun tak update birthday aku kat facebook.  That's why aku tak notified kat kawan-kawan bila tiba hari birthday aku.  

Yeah, tak lama lagi nak cuti sekolah akhir tahun.  Boleh lar mak ko aktif men 'design' kan baju dan menjahit baju dengan rancaknya!  

Banyak entry nak publish sebenarnya tapi sebelum itu mestilah dijamin kualitinya.  Saya dengan ini, sekeras-kerasnya amat menitik beratkan kualiti mutu entry saya sebelum dipublish agar motif of the entry dapat disampaikan ke seluruh segenap umat manusia di dunia ini.  

Ko dah kenapa kan?

Tu lar akibatnya kalo dah lama sangat tak post entry dalam blog.

Ok, stay tune for the next update entry!

Thanks for reading this entry...



No comments: