Video Of The Month

Wednesday 17 September 2014

Tutorial 9 - DIY Beauty Hacks That Is So Genius!

Assalammualaikum...


Haah...nak dengar citer kelakar spontan tak?

Selalunya aku akan buat countdown kalo ada cuti sekolah.  Punya lar tak sabor-sabor nyer nak cuti sekolah ni, mak nyer lagi excited dari anak sebenornya.  Bukannya apa pun...

Cuti sekolah ni lar masanya untuk aku meluangkan aktiviti yang aku suka buat, contoh nyer tengok korean drama sampai lewat malam, aktiviti menjahit, mengemas rumah dengan sebersihnya, menyusun atur barang-barang.  Percaya lar, bila minggu budak sekolah, aku takde masa dan tak sempat nak buat semua tu.  

Tapi...

Aku boleh ter 'miss' plak cuti sekolah bulan 9 ni.  Muahahaha...camnor pulak jadi macam tu?  Boleh dikatakan aku tak tau menahu langsung yang bulan 9 ni ada cuti sekolah.  Aku rasa, baru jer bulan lepas dah cuti hari raya seminggu kan.  Tertiba ada pulak cuti sekolah yang datang menyusul.  Perghh...cuti sakan lar budak-budak yerk!

Puas tanya kat akak aku yang kerja cikgu tu, nak confirmkan betul-betul cuti sekolah bulan ni.  Bayangkan lar, Adam dan Hanie pun tak tahu cuti sekolah minggu ni.  Cikgu pun bukannya nak bagi surat ke tak.  Sibuk dengan isu UPSR bocor tu kot.  Hahaha...yang penting, mak nyer awal-awal dah lompat bintang!

Ok, kali ni kita nak buat entry beauty hacks plak!  Yippie...!!  Siapa yang tak nak cantik kan?  Semua nak cantik.  Tapi biarlah kita cantik di depan suami bukan di depan kaum yang bukan muhrim dengan kita.  Entry fashion akan menyusul selepas ini.  Tengah susun gambar yerk!  Harap bersabar...




Keep Lipstick Off Teeth - 40 DIY Beauty Hacks That Are Borderline Genius
Gincu melekat di gigi?  Jangan risau...gunakan jari anda untuk hilangkan kesan gincu pada gigi.  
Aku memang tak suka pakai gincu.  



White Eye Shadow Makes Eyes Stand Out - 40 DIY Beauty Hacks That Are Borderline Genius
Color eyeshadow yang terang dan bling-bling boleh menaikkan seri mata anda sebenarnya.



Use Mascara as Eye Liner - 40 DIY Beauty Hacks That Are Borderline Genius
Kehabisan eyeliner?  Gunakan mascara dan berus liner untuk membuat eyeliner di mata anda.  Senang bukan?  Jangan guna color magic hitam or marker permanent hitam sudah lar yerk!  Eh, boleh jer kan kalo nak guna?



Apply Concealer in a Triangle Shape - 40 DIY Beauty Hacks That Are Borderline Genius
Actually ni cara sebenar untuk meratakan foundation di muka anda.  Hahaha...aku selalu buat yang spots tu.  Ooo..macam tu ghupernya yerk!



Make Your Own Gel Eyeliner - 40 DIY Beauty Hacks That Are Borderline Genius
Liner instant!  Bakarkan pencil eyebrow kat lighter.  Dah boleh jadi pencil eyeliner plak!  


Set Lipstick to Last - 40 DIY Beauty Hacks That Are Borderline Genius


Get Longer, Fuller Lashes with Baby Powder - 40 DIY Beauty Hacks That Are Borderline Genius
Cara untuk kekalkan lipstick di bibir anda ialah dengan menggunakan bedak baby.  Pakai lipstick macam biasa.  Amik tisu dan lekapkan pada bibir anda.  Tabur dan ratakan bedak baby ke atas tisu.  


Get a Cupid’s Bow Shape with Lip Liner - 40 DIY Beauty Hacks That Are Borderline Genius
Cara menyapu lipstick dengan betul pada bibir anda.  


Learn How to Contour Properly - 40 DIY Beauty Hacks That Are Borderline Genius
Cara yang betul untuk membuat kontra foundation pada muka.  Aku pun tak pernah lagi buat macam ni.  Foundation aku cuma 1 jenis color jer.  


Learn How to Create a Winged Look with Eye Makeup - 40 DIY Beauty Hacks That Are Borderline Genius
Kalo tangan tak mengigil macam parkison boleh lar buat liner macam ni kat atas mata korang.  


Get Fuller Lips with Eye Shadow - 40 DIY Beauty Hacks That Are Borderline Genius
Cara untuk mendapatkan bentuk bibir animasi 3D.  Letakkan sedikit eyeshadow bling bling ke atas bibir.  



Learn Where to Apply Perfume for All-Day Stay - 40 DIY Beauty Hacks That Are Borderline Genius
Gini caranya yerk macam mana nak kekalkan minyak wangi yang kita pakai.  Sebenarnya bergantung pada tempat mana yang kita semburkan.  Pernah tak orang sembur minyak wangi dalam kain?  Aku...aku...aku...tertiba gagap plak!


Apply Eye Makeup Like a Pro - 40 DIY Beauty Hacks That Are Borderline Genius
Cara yang betul untuk menyapu eyeshadow di mata.



Entry list menu bekal baru jer diupdate resepi one by one atas permintaan reader blog aku.  (eeeiiii...baiknye hati aku!)  Ada juga tambahan menu yang sangat mudah untuk korang buat breakfast pepagi buta.  Jika amalkan pemakanan yang sihat, sebenarnya breakfast amat penting yerk!  Jangan amik mudah dengan skip begitu jer.  Yang patut dikurangkan makan ialah waktu lunch dan dinner.  Terima kasih kerana sudi membaca blog yang masih 'muda' ni.  Insya Allah, apa-apa jua ilmu yang saya dapat, akan dikongsi bersama di dalam blog ni.  Follow lifestyle saya di instagram sebab saya jarang post di blog ni.  


Majulah imerynz.blogspot untuk negara

Kurangkan cadbury dalam pemakanan dan percakapan.

Mamak kat sebelah kedai aku dah tak sedap buat kue teow goreng.

Budak praktikal yang kerja dengan aku, telah diberikan nama Bonoi.  Aku tak tau nama sebenar dia.

Bapak mertua aku buka satu lagi cawangan business kedai makan.  Siapa nak kerja sila lar contact dengan beliau.

Impian aku ialah nak buat 6 pax kat perut aku.

Eh, kau dah kenapa kan??





Thanks for reading this entry!


No comments: