After I read this, terus delete entry-entry yang ada gambar anak-anak aku. Nasib baik lar tak banyak sangat entry yang citer pasal family aku kat dalam blog ni. Sometimes kita tak tahu siapa sebenarnya yang kita add as a friend sama ada di dalam blog, facebook, instagram, twitter, keek dan banyak lagi. So, berhati-hatilah sebelum kita add seseorang tu yerk! Boleh jadi friends yang kita add adalah salah seorang pemangsa pedofilia (betul ke ejaannya?) iaitu seorang yang suka mengumpul gambar kanak-kanak sebagai pemuas nafsu seks. Eeeiii...takut kan?
Berlaku di luar negara, seorang ibu berasa sangat terkejut apabila melihat gambar anak perempuannya yang sedang tidur berada di dalam laman web porno. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan akses yang mudah apabila salah seorang dari friendlist telah menyebarkan gambar anaknya itu.
Bertindak sekarang sebelum perkara yang lebih buruk berlaku di dalam keluarga kita!
Kat facebook memang aku tak suka approved friends yang aku tak kenal. Lebih kurang ada 100 lebih friend request kat facebook aku. Buat apa? Buat derk jer lar! So easy kan?
Kat instagram, aku cuma add untuk kaum perempuan jer. Says bye bye, ta ta ti ti tu tu to the boys yerk!
Kat twitter pula, aku jarang berbual kat situ meskipun aku aktif follow artis korea. Hahaha...yang penting bukan follow najib atau ahmad maslan!
Aku takde akaun keek. Lagi takut sebab orang luar negara ntah dari celah mana ntah boleh follow video keek kita tanpa batasan.
So, kalau anda sayangkan anak-anak anda, ataupun anda merasakan Malaysia ni sememangnya dah selamat bagi anda, just ignore this message.
Pesanan penaja ini disampaikan oleh iklan cap cap cap kipas udang!
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment