Video Of The Month

Thursday, 28 May 2015

Happy Holidays, Guys!

Assalammualaikum....


Setelah sekian lama blog ni dikepam.

Hingga boleh menjadi jeruk walaupun aku tak minat makan jeruk.

Demi memperuntukkan masa berminggu-minggu bersama anak-anak untuk exam setengah tahun, akhirnya tiba lar masa yang dinanti-nanti.

Cuti...!!!

Apa yang penting, cuti 2 minggu ini akan ku isikan dengan menjahit baju raya untuk anak-anak, ganti puasa, aktiviti beriadah bersama family, midnight movies with family, tuition extra bersama mak ko, makan-makan dan shopping pra raya.

Berderet list movie suruh bapak ko download kat tab nanti.  Ngadap lar korang nanti tengok citer kartun kat tab.  Mak ko nak tengok korean drama kat tv.

Sabtu, 30hb Mei ni pun ada jemputan kahwin kat Kota Tinggi.  Jauh tu...kat tengah-tengah felda.  Mak sedara belah laki aku.  Tiap-tiap tahun memang kitaorang selalu raya kat umah depa.  So, memang wajip kena pergi lar jemputan kahwin tu.

Boleh lar cuti sekolah 2 minggu ni aku relaks kejap, tenangkan minda, tegangkan apa-apa yang patut.  Hampir sebulan aku mengawasi anak-anak mengulangkaji pelajaran mereka sama ada sekolah agama ataupun sekolah rendah.  Siapa yang ada anak yang bersekolah rendah, tau jer lar macam mana susah payahnya nanti.  Lebih-lebih lagi aku ni ada anak darjah 4 dan darjah 2.  Tak sia-sia mak ko belajar sampai universiti.  Walaupun mak ko tak kerja lagi, at least ilmu dia masih berguna lagi.  Tatabahasa, karangan, english, matematik, sains, baca jawi, lukisan semua mak ko reti buat.  Bahasa Arab jer mak ko fail!  Tapi takpe, dah ada kan kamus bahasa Arab, so kita refer jer lar kat situ.

Inilah orang kata...

Beauty with a brain.

Ppuihhh...!! Perasan!

Lastly, lets have a happy time with our kids and family on this school holidays!

Tak lama lagi nak puasa!  Yeayy....!!!

Cuti sekolah ni nak training Adam and Hanie puasa supaya depa tak mengelempek nanti bila masuk bulan Ramadan nanti.  





Thanks for reading this entry!





No comments: