Lama betul aku tak up entry kat blog ni. Lama bukannya pergi holidays, tapi sibuk dengan menjahit baju raya, kemas rumah pra raya, majlis tunang adik ipar aku dan macam-macam lagi lar. Hergh...cuti sekolah tak bermakna bagi aku sebab kerja-kerja rumah sentiasa ada dan menanti untuk dilaksanakan. Budak-budak jer lar dok relaks, tengok tv, main game, makan dan tido. Mentang-mentang baru abis exam lar katakan. So, aku bagi depa relaks sambil-sambil tu buat ulangkaji pelajaran.
Cuti sekolah 2 minggu ini memang aku tak plan nak pergi bercuti ke mana-mana pun. Sebabnya aku dah plan nak pergi bercuti lepas raya nanti. Tu jer lar cuti yang kitaorang ada. Almaklum ler orang business lar katakan. Cuti kitaorang tak sama dengan cuti orang makan gaji. Dah tentu cuti sekolah semua rates serta-merta naik mendadak. Tu yang malasnya nak pergi bercuti time cuti sekolah ni. Tak termasuk lagi dengan berasak-asak dengan orang ramai, dengan traffic jam lagi kalo pergi ke tempat yang selalu dikunjungi orang kan.
Paling best sekali ialah pergi ke Melaka lar tahun lepas. Masa tu pergi time weekdays. Orang tak ramai, takde traffic jam, pergi water park pun sunyi sepi. Puas giler main air bila orang tak ramai. Tapi masa tu aku pergi awal tahun, masa tu pun sekolah masih di awal pembelajaran, so kalo nak ponteng 1 hari pun takde masalah. Sekarang ni dah dekat nak pertengahan tahun, nak ponteng 1 hari pun terasa sayang sebab kat sekolah dah aktif dengan macam-macam aktiviti sekolah lar, surat pemberitahuan lar, macam-macam lagi lar. Tau-tau jer jenguk kat tingkap rumah aku, banyak kereta berderet kat depan sekolah. Dah tak pasal-pasal telefon office sekolah, tanya ada aktiviti apa kat sekolah.
Nasib baik lar anak-anak aku bukannya jenis melalak nak pergi berjalan ke sana ke sini. Anak-anak aku are just fine jer kalo duduk rumah time cuti sekolah. My kids are the best. They didn't ask for something to anything.
" Adam Izz, cuti sekolah ni Adam nak pergi ke mana-mana tak? "
" Tak nak lar. Ibu. Pergi jalan-jalan nanti banyak keluar duit. Kita jimat-cermat lar. Jangan membazir. "
Hahaha....punya lar baik niat ko, nak! Terharu ibu tau!
Insha Allah, nak...ada masa kita pergi berjalan. Pergi bercuti tu bila-bila masa jer boleh pergi. Ibu dan ayah tengah usaha nak abiskan bayar loan property kedai 2 tingkat ni. Lagi 3 tahun jer, nak. Abis 3 tahun, kita kumpul duit, kita bercuti ke luar negara terus. Ingat lar pepatah ini...
" Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian..."
Cuti 2 minggu ni pun aku sibuk hunting baju untuk majlis tunang adik ipar aku. Kalo boleh tak nak lar cover line dia. Kan orang ingatkan aku pulak yang bertunang. Aku nak pakai something nice and beautiful. Lagipun aku sorang jer menantu tunggal dan comel dalam keluarga laki aku ni, dah tentu lar aku antara yang paling sibuk tolong mak mertua aku nanti. Lepas ni aku bakal mendapat bakal ipar duai lar nanti. Title 'menantu tunggal' bukan menjadi hak milik aku lagi. 11 tahun oiii....aku pegang title tu tau!
" I'm the only one daughter in law in this family..."
Harap maaf. Kini tidak lagi.
Uwaaaa.....!!!
Flower crown untuk anak-anak dara pingitan aku. Buat sendiri tau! Ni untuk majlis tunang adik ipar aku nanti. Konon-konon mak mertua aku nak suruh cucu dia jadi flower girl lar dok kat tepi pelamin kecik tu nanti. Cari kat kedai, patternnya pulak aku tak berkenan. Better buat sendiri, lagi puas hati dek non oii...!!
Tudung crown untuk aku. Buatan sendiri gak! Bling-bling uolls. Beli serkap dan top up kan dengan blings-blings dan pearls. Aku tak minat yang terlampau crowded sangat sampai nampak menjalar-jalar atas tudung kepala. Cukup lar yang simple but nice macam gini. Ni siapa nak tunang sebenarnya ni?!
Konon-konon inspired by this style. Owh...sweet jer kan?
Baju my girls untuk majlis tunang tu dah selamat siap dijahit. Adam of course lar sama ada pakai baju kemeja atau baju melayu. Laki aku, dia kata nak pakai baju tshirt jer sebab dia kena tolong kat bahagian serve makanan. Baju mak budak jer tengah berbelah bagi nak pakai baju apa yang sesuai untuk majlis tunang tu nanti. Nak hunting baju atau jahit baju sendiri. Serius...hunting baju yang ready made nyer memang semuanya aku tak berkenan. Aku tak suka bling-bling, aku tak suka lace kerawang, aku tak suka pearl sana sini tapi aku suka details. Makcik-makcik suka lar pakai yang bling-bling dan colorful ni.
Insha Allah...nanti aku update majlis tunang adik ipar aku dalam blog ni ekk!
Agak-agak mak mertua aku terkejut tak kalo menantu tunggal dia pakai macam ni nanti? Hahaha....!! Oh, gosh! I love this design! It's so simple and the color is beautiful! Macam mane tak menggila, hunting design pun banyak giler gambar yang cantik-cantik. Nasib baik aku sempat save semua dalam 1 tempat untuk dijadikan rujukan. Ini baru keluar 1 gambar jer hangpa tau!
All the preparations yang aku buat untuk majlis tunang adik ipar aku ni kira include sekali lar untuk preparations hari raya nanti. Jimat....tak perlu membazir. Aku bukannya diva artis yang pakai baju sekali untuk sekali occasion jer. Percaya lar, raya nanti memang aku berazam nak pakai box pleat skirt kembang dengan blouse jer. Eden malas nak pakai baju kurung lagi dah!
Ok kan style macam gini. Tutup punggung gak! Dari pakai baju kurung ketat-ketat tapi kain nampak bentuk punggung, hangpa dah gila ka?!
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment