Ramadan berasal dari perkataan Ramad' iaitu membawa maksud burning. Burning tu bukan sebab bulan Ramadan tu jatuh pada hari cuaca yang panas. Burning itu ialah membawa maksud burning the sins. Bulan menghapuskan dosa.
Subhanallah...indah bukan?
Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Ramadan kan. Alhamdullilah, masih dipanjangkan umur untuk mendapatkan barakah dari bulan yang mulia ini. Syukran...
Sempena bulan yang mulia dan mudahnya mendapat pahala ini, jom kita sama-sama mengejar untuk mendapatkannya.
Tapi cuma 1 jer untuk kita sama-sama ingat-mengingati dan memberi teguran.
Bahawa...
Segala amal ibadat kita yang dilakukan pada bulan Ramadan nanti, tak usah lar dipertontonkan kat dalam blog, instagram, facebook, dan lain-lain lagi. Biarlah antara kita dan Allah saja yang tahu. Tak perlu lar kita nak kongsikan pada semua orang. Begitu juga dengan makanan berbuka puasa. Tak perlu lar nak postkan gambar-gambar tentang hari ni buka puasa menu ni, esok pun post gak gambar menu berbuka puasa. Selang 30 hari puasa, 30 gambar menu berbuka puasa yang dok sibuk uploadkan dalam facebook, instagram dan lain-lain. Perlu diingatkan...masih ramai lagi yang kurang bernasib baik dan tidak dapat menikmati hidangan sesedap yang kita makan ketika berbuka puasa. Dapat makan kurma beberapa biji dengan secawan air putih pun dah cukup bersyukur bagi mereka yang kurang bernasib baik.
So...
Sempena bulan Ramadan ini, bersederhana itu adalah lagi baik. Tak perlu membazir membuat persiapan untuk Raya nanti. Berpada-pada lar berbelanja dan mengikut kemampuan. Yang penting, mesti bijak. Jangan banyak sangat buat hutang perabot, kelak nanti sakit nak membayarnya. Tak usah lar nak menyambut bulan Syawal nanti, bila nak decor umah, semuanya nak serba baru, semuanya nak sekaligus membeli time tu jugak. Kesian kat laki hangpa.
Sudah pasti lar aku akan sibuk menjahit dan menyiapkan baju untuk aku dan my girls nanti di bulan Ramadan. Jimat, tak perlu beli baju kasual lagi untuk jalan-jalan raya kedua dan seterusnya. Baju kemeja Adam jer yang perlu beli. Tak reti aku nak jahit baju kemeja budak laki. Dress, skirt, abaya tu ok lagi lar. Semalam majlis tunang adik ipar, orang dok puji ootd yang my girls pakai. Of course ler, ibu dia jahit sendiri. Limited edition. Mana ada jual kat kedai. Insya Allah, kalo ada masa, nanti aku upload entry tentang majlis tersebut. Tu baru majlis tunang. Penatnya memang tak terkira. Belum lagi majlis kawin tu. Takpe, ada lagi setahun setengah untuk fikirkan tema color dan design dress aku dan my girls. Adam dan my laki...pakai baju melayu jer sudah. Orang lelaki nyer ootd kan senang. Perempuan ni jer yang leceh sikit.
Aku dah siap sedia dengan menu list untuk dimasak di bulan Ramadan. Ada hari boleh beli kat bazar, ada hari boleh masak menu sendiri, ada hari boleh buka puasa kat kedai makan pak mertua aku jer sudah! Ok, sesiapa yang buntu tak tahu nak masak menu apa yang mudah, senang, ringkas dan menjimatkan masa, boleh lar refer entry aku tentang list menu bekal dan sarapan pagi. Itupun boleh dijadikan rujukan menu untuk berbuka puasa dan sahur sebab ada resepi spaghetti bolognese, carbonara, mee goreng meatball dan macam-macam lagi lar. Sila klik di sini.
Bulan Ramadan ni aku suka tengok dokumentari tentang cara dan bagaimana penyiapan umat Islam di seluruh dunia menyambut bulan Ramadan. Oh, rasa insaf sangat sebab mereka sangat mementingkan kesederhanaan dan melebihkan kepada amal ibadat. Menu buka puasa mereka pun sangat simple dan tidak berlebihan dan ini dapat mengelakkan pembaziran makanan.
Oleh itu, kita perlu mempersiapkan diri untuk memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadan sebab pintu-pintu syurga sentiasa terbuka luas. Begitu juga dengan pintu-pintu taubat.
Selamat menyambut bulan Ramadan khas untuk pembaca blog setia imerynz dan semua umat Islam di dunia.
Al-Fatihah untuk Allahyarham ayahanda dan bondaku. Semoga kalian sentiasa di bawah rahmat-Nya. Anakanda akan sentiasa mengutuskan doa untuk kalian. Aamin ya rabbal Alamin....
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment