Video Of The Month

Wednesday, 17 June 2015

Majlis Pertunangan Adik Ipar - 13hb Jun 2015

Assalammualaikum...



Tepat pada hari Sabtu 13hb Jun yang lalu telah diadakan majlis pertunangan adik ipar aku.  Majlis dibuat secara sederhana tapi meriah dengan makanan.  Tetamu dihidangkan dengan nasi ayam LIMITED EDITION HARUM DAHLIA dan juga pelbagai dessert yang marvelous.  Kami tidak menggunakan mana-mana catering pun.  Dah nama pun pak mertua ku ada kedai makan, so nasi ayam telah dimasak secara spesial oleh pak mertua aku.  Kami telah mencilok seorang pekerja kedai makan pak mertua aku untuk menolong apa-apa yang patut.  Aku bertugas untuk menerima apa-apa jua arahan dari mak mertua aku.  Maka, ke hulu hilir, depan belakang, dari dapur ke halaman, gigih aku melayan tetamu yang datang, menyambut kedatangan pihak lelaki, itu sudah semestinya telah menjadi tugas aku.  Fuh, memang lepak giler!  Habis...dah sorang jer menantu sulung.  Kena lar tolong mak dan pak mertua aku kat majlis tu.  Ni baru jer majlis tunang, belum lagi majlis kahwin.  Omaigadd...!!

Adalah dua ketul kawan laki aku dan adik ipar aku yang datang ke majlis tu untuk menolong kitaorang.  Kalo tak, memang tak cukup tangan oii!  

Seperti yang aku bagi tau awal-awal sebelum ini, dress my daughters memang dijahit sendiri oleh aku.  Ramai gak puji dress yang anak aku pakai.  Alaa...baru majlis tunang kan, so buat pun simple-simple jer!  Esok kang majlis kawin nanti, iolls jahitkan yang lagi advance lagi tau!  Aku memang tak kasi depa pakai tudung sebab tengok diaorang terkinja-kinja pun dah berpeluh sana sini, skirt dah terpusing 360 darjah, inikan pula nak pakai tudung.  Pulak tu, rombongan pihak lelaki datang lambat ke majlis pertunangan disebabkan traffic jamm.  Majlis dijanjikan bermula pada pukul 2 petang.  Tapi pukul 3 lebih baru rombongan pihak lelaki baru sampai.  Kebanyakkan sedara mara rombongan pihak lelaki datang dari Singapore.  That's why lar diaorang sampai lambat sebab diaorang berkumpul dulu baru lar konvoi ke sini.

Majlis pertunangan ini adik ipar aku dengan ngengada nyer telah menempah pelamin kecik dan baju kahwin untuk tampak berseri di majlis pertunangan tersebut.  Kata nak nampak simple, tapi ni makin bertambah kos nampaknya.  Yelar, ikut trend lar katakan.  Macam-macam lahai korang ini.

Gambar-gambar semasa majlis tersebut memang banyak aku snap tapi aku upload mana yang penting jer lar.  Yang lelain semua ada macam-macam gaya, ada yang gaya 18SX, 18SG pun ada gak!  So, aku amik gaya yang U jer.  Untuk tontonan umum...hahaha!!



Aku telah ditugaskan oleh mak mertua aku untuk membuat door gift ni.  Nasib baik lar ada 72 ketul.  Ni pun dah patah pinggang.  Buatnya sengsorang jer tau.  Kang majlis kawin nanti kan, patah tangan nak buat untuk 1000 orang.  Tolong lar kasi door gift yang simple-simple jer.


Pelamin kecik untuk tuan puteri.  Aku dulu tunang dok dalam bilik jer...

Ok lar pelamin macam gini.  Memang intrend sekarang orang pakai jenis macam ni...


Hantaran dari pihak perempuan.  Color biru.  Bukan aku yang buat walaupun aku boleh buat.  Ni tempah kat kawan mak mertua aku.


Full set hantaran untuk pihak lelaki.


Hantaran untuk pihak perempuan.  Color pink.


Awal-awal aku dah sauk coklat dulu.  Banyak giler hantaran pihak lelaki bagi coklat.  Part hantaran ni yang paling aku suka.  Pasal boleh makan coklat banyak-banyak dan sedap plak tu.  Hantaran buah aku cuma sauk buah kiwi dan apple jer.


Ni meja dessert dan kuih muih.  Masa ni tetamu belum lagi sampai.  Sekali bila tetamu mula datang, haah ko...penuh atas meja tu dengan dessert dan kuih muih.  Mak mertua aku keluarkan lagi 2 kotak kuih muih yang dia tempah dengan orang lain.  Keluarkan awal-awal kang takut abis dimakan sendiri.  Tak sempat nak snap gambar masa meja full dengan dessert.  Sibuk layan tetamu, tengok-tengok anak aku lagi.


Haa...makan dulu sebelum tetamu sampai.  Nantikan ibu tak sempat nak layan korang makan bila orang dah ramai.  Bunga meja ditaja oleh aku dan digubah oleh aku jugak!


Adik ipar aku yang telah siap diadam.  Aku dulu solek sendiri jer hangpa tau!  Muda giler mak andam yang solek adik ipar aku ni.


My kids!  Yang pakai baju merah tu anak kepada mak sedara laki aku, yang juga nenek sedara kepada anak -anak aku.  Aku pening kepala nak terangkan korang apa relationship budak tu dengan anak-anak aku ekk.  Tapi yang penting memang sedara mara lar.  


Majlis dah selesai.  Sekarang giliran aku pulak nak bergaya.  Penat nih layan tetamu dari pagi tadi.  Flowers details made by myself!


 
Maira pakai dress ni pun dah serbah serbih, apatah lagi nak pakai baju kurung atau jubah.  Alahai...comel jer nak pegang bunga tangan tu.  Lagi besar dari kepala ko, nak.  Bola disko dah jatuh separuh kat belakang tu.  


Besar dah anak dara aku ni.  Isk..isk...isk!  *mode menangis*


Anak bujang sulung aku ni masuk sekolah menengah nanti terus meninggi melebihi dari aku kang.  Ni pun dah darjah 4, tinggi dia dah nak sama level dengan aku.  Tak boleh jadi ni!  I don't want to looks like kementot!


Maira terselit kat tengah-tengah.  Baju dress ni aku beli dengan harga RM70.  I like it sebab color pastel.  Tak perlu beli baju mahal-mahal sampai beratus-ratus.  Membazir jer.  



Ok, that's it.  Ni bukannya entry pertunangan diraja yang perlu dibuat part by part.  Aku pun malas nak buat part by part.  Malas nak upload gambar banyak-banyak.  Gambar kat photographer pun ada lagi.  

Laki aku cakap, aku memang pandai kalo bab modified dan refashion baju.  Dari baju tu dibeli dengan harga murah, bila dah modified dan ditambah dengan details, terus nampak macam mahal harganya.  Baru-baru ni aku beli baju kurung siap saiz Maira dengan harga RM12.90 sahaja!  Baju tu memang nampak kosong dan kemungkinan aku akan tambah details untuk tampak lagi comel dan cantik.  Aku tak suka tampal lace kerawang macam langsir tu, yang kat bawah baju ada, kat kedua-dua tangan pun ada.  Adoiyai...tak minat ar aku.  Nampak macam pattern orang tua pulak!  Jubah Hanie pun aku dah beli siap dengan harga RM15.90.  Murah giler kan!  Aku pun sauk 2 helai terus.  Lagi murah dari amik upah dengan tailor sampai beratus-ratus.  Sudahnya nampak macam hampeh jer!  Lagi satu, color memang memainkan peranan yang penting.  Pilih lar color fabrik yang sesuai dengan color kulit korang dan anak korang.  Jangan main redah jer...


Selamat berpuasa semua!




Thanks for reading this entry!







No comments: