Haaa...degil kan?
Orang kata jangan klik, nak pi klik gak kan!
Mesti berkobar-kobar nak tau, apa lar erynino (erynz + el nino) up entry kali ini. Actually ada artikel yang berguna nak share kat korang. Tapi kena amik masa sikit untuk edit sebab artikel tu in english. So, tunggu lar kalo ada masa lapang nanti untuk terjemahkan, boleh lar di up kan nanti artikel itu dalam entry ini. Insha Allah...
Lagipun tengah ada mood nak up kan entry kali ini. Kita kasi redah semua...!!
Dah jadi viral pulak orang jual air ala-ala hipster ni. Kopi ngeces lar, piratte coffee lar, dan yang terbaru air overdose. Ada jual kat sekitar pasir gudang ni. Try ar beli 2 bungkus sebab nak merasa dan support peniaga melayu yang jualkan. 1 bungkus RM5.00 jer. Aku tak beria-ria sangat nak merasa air ni, yang beria-ria nak merasa tu haah, my laki lar. Layan kan jer lar kemahuan dia. Dah beli sekali, tak kan ku beli lagi berkali-kali. Hahaha...! Yang hijau ni perasa green tea. But...why I think that rasanya macam teh ais bercolor hijau? Bukan nak kondem lebih-lebih dan menjatuhkan perniagaan depa ni, but I tak suka berpura-pura. Kalo tak sedap, cakap tak sedap. Terlampau banyak sangat ais yang depa letak dalam plastik overdose ni which is not good for our health, isn't it? Overdose kat area aku ni, depa jual dengan meletakkan ais penuh 1 beg plastik overdose, then baru lar isi air overdose tu. Tak macam dalam gambar ini, ais letak separuh jer. Adakah itu taktik untuk menjimatkan pati air overdose dengan meletakkan ais banyak-banyak supaya boleh dapat lebih banyak isian beg plastik overdose yang terjual nanti? Cukup lar beli sekali jer. Rasa dia pun takde lar hebak mana pun. (Gambar from google.)
Kecoh sekejap kat facebook yang mengatakan Magnum di Singapore tak halal dimakan sebab ada bahan pork. Magnum Singapore sendiri yang mengesahkan. Maka apakah kaitan dengan magnum di Malaysia? Hahaha...tepuk dada tanya selera. Terpulang pada pendapat memasing. Nasib aku tak sentuh lagi. Hampir dah nak terbeli tapi my laki pulak tak kasi. So, ada hikmah di sebaliknya. (gambar from google)
Nasi ayam panggang. Not ayam segera tau. Tertiba Hanie nak bawa bekal nasi ayam untuk sekolah petang, walaupun dia dah makan nasi ayam ni kat rumah lepas balik dari sekolah agama. Balik dari sekolah, tanya dia, abis tak makan nasi ayam tadi? Rupanya dia tak sempat nak makan sebab rehat cuma 20 minit jer. Dia bawa balik nasi ayam yang elok tak dicuitnya lagi, panaskan balik dan makan as dinner kat rumah. Alahai anak...lepas ni makan kenyang-kenyang kat rumah jer lar.
Tu hari buat breakfast menu popia ketam cheese. Bawak maira bekal popia ni, siap digunting kecik-kecik supaya senang dia nak ngam masuk ke mulut. Balik dari tadika, tengok isi dalam bekal dia, rupanya abis dia makan! Alhamdulillah...maira sekarang dah kuat makan. Adam dan Hanie pun suka sangat makan popia ketam cheese ni.
Tesco tengah ada buat promosi clearance gile-gile untuk kemasukkan stok barang baru. Biasanya aku suka sauk barang makanan daripada pinggan mangkuk dan baju-baju. Contohnya tikka curry paste yang sempat aku sauk ni cuma berharga RM2.80 jer. Botol besar lagi tau! Expired pun lama lagi. Untuk tahan lebih lama, bila aku dah buka botol ni, maka terpaksa lar masuk balik dalam peti sejuk, tak boleh simpan di luar dengan suhu bilik. Maunya berkulat nanti. Disamping tu juga, aku sempat sauk lagi 2 botol lain dengan perisa tandoori curry paste dan briyani paste. Tandoori dan tikka ni selalunya aku buat untuk perasakan bahan rempah ayam panggang. Sodap bak hang! Kalah ayam tandoori yang jual kat kedai mamak tu.
Menatang apa galangal ni? Rupanya puri lengkuas. Lengkuas yang dah siap diblender. Sauk 2 botol. Moga-moga aku dapat tenyeh kat muka nanti. Hahaha...acah jer! Puri lengkuas ni selalunya aku campurkan sekali kat bahan rempah untuk ayam panggang. Juga boleh dibuat untuk digaulkan pada rempah ayam goreng, satay, ketam dan macam-macam lagi menu masakan yang menggunakan puri lengkuas ni. Thorbaik...!!!
Ayam panggang yang siap sedia untuk dipanggang. Rasanya sangat eksotik.
Bila Maira mula mewarna. Kemas sangat dia color. Tu pun kalo datamg angin dia nak mewarna cantik-cantik. Datang angin malas dia, mula ar dia menconteng jer. Tapi ibu pasrah bila Maira color dengan satu color jer. Malas nak tukar-tukar pensil color yer, nak?
Aktiviti renew lesen pusat komputer kami. Walaupun MBPG sudah tidak keluarkan lagi lesen cc sekarang, hanya cc legend dan yang sudah bertapak lama jer yang dibenarkan beroperasi di Pasir Gudang. Bukan setakat ada cybercafe jer yang kitaorang provide, malah boleh buat repair, installing, formatting, printing, sales accessories computer/laptop, networking, upgrading and services. So, baru-baru ni dapat tender sekolah untuk buat network. Tengah tunggu panggilan dan bajet dari sekolah. Siapa lagi yang buat kalo tak my laki. Dia yang handle sorang. I cuma merangkap setiausaha-isteri dia jer. Remindkan dia apa yang perlu dibuat. Everyday.
Hangpa tengok kelajuan internet cc kitaorg berapa mbps? 50mbps woo...!! Bapak nyer laju giler! Tengok youtube tak perlu tunggu loading lar. Customer datang, download dengan senang hati. Wifi pun laju gak. Tengok live broadcast pun takde tersekat-sekat lagi dah. Pergi TMnet, tukar pakej. Bayar lagi murah, line lagi laju. Bijak...bijak...!
Ok, dah dapat tema color untuk majlis perkahwinan adik ipar aku bulan 10 nanti. Soft purple untuk majlis nikah dan gold white untuk majlis sanding nanti. Aku takde kena mengena dalam keputusan untuk memilih tema color apa yang sesuai untuk adik ipar aku. Depa yang pilih. Aku tak kisah. Depa yang kawin, biarlah depa yang pilih color apa yang depa nak. Aku nyer mission ialah mencari kain dan menjahit baju untuk anak-anak aku mengikut tema color yang dipilih. Design apa yang sesuai untuk dipakai majlis perkahwinan adik ipar aku nanti akan ditentukan oleh faktor tempat, faktor cuaca dan faktor keselesaan busana. Kalo buat kat hotel, ko nak pakai busana karung guni pun takpe, sebab tempat ber air cond kan. Ni buat kat dewan, dengan takde air cond, dah tentu cuma ada kipas besar jer, kena dok kat majlis dari pagi lantak ke petang, tak boleh lar nak sarung busana yang serbah serbih, ketat dan padat mengikut bentuk alur badan. Kang ketiak berair, malu lar kalo orang nampak kan. My girls pun nanti kalo boleh aku tak nak tengok mereka serbah serbih dengan busana mereka sehinggakan mereka mengamok kepanasan, better aku designkan busana yang selesa dan simple untuk mereka. Kalo Hanie, insha Allah, boleh tahan lama pakai tudung nanti. Tapi kalo Humairah? Mmm...jangan harap lar!
My laki punye ootd masa wedding nanti, pakai jer lar baju melayu dengan seluar slack nanti. Maybe dia akan jadi penyambut tetamu. Adam Izz, maybe seluar slack dengan kemeja jer lar. Ootd laki ni memang senang kan nak adjust. Kalo orang pompuan...masya Allah. 10 helai baju dress yang tergantung kat bilik, boleh cakap takde baju nak pakai nanti masa wedding? Hahaha....hang ingat hang bajet Dato Vida ke per, baju sekali jer pakai, lepas tu tak pakai lagi? Sekali sekala kan...bukan selalu.
So, aku nak design apa untuk haute couture kitaorang anak beranak masa kat majlis wedding adik ipar aku nanti? Selepas kejayaan aku membuat tutu skirt kembang untuk anak sedara aku, maka nya aku bertekad untuk membuat skirt kembang chiffon ala cindarella untuk aku dan my girls. Jom kita terjah dan tengok contoh busana yang agak-agak aku boleh jahit sendiri.
My laki punye ootd masa wedding nanti, pakai jer lar baju melayu dengan seluar slack nanti. Maybe dia akan jadi penyambut tetamu. Adam Izz, maybe seluar slack dengan kemeja jer lar. Ootd laki ni memang senang kan nak adjust. Kalo orang pompuan...masya Allah. 10 helai baju dress yang tergantung kat bilik, boleh cakap takde baju nak pakai nanti masa wedding? Hahaha....hang ingat hang bajet Dato Vida ke per, baju sekali jer pakai, lepas tu tak pakai lagi? Sekali sekala kan...bukan selalu.
So, aku nak design apa untuk haute couture kitaorang anak beranak masa kat majlis wedding adik ipar aku nanti? Selepas kejayaan aku membuat tutu skirt kembang untuk anak sedara aku, maka nya aku bertekad untuk membuat skirt kembang chiffon ala cindarella untuk aku dan my girls. Jom kita terjah dan tengok contoh busana yang agak-agak aku boleh jahit sendiri.
Oh, this is too much cutie! Tapi maira tak suka pakai baju yang ada lace. Rimas, geli. Aku pun tak suka baju yang ada lace juga.
This is so beautiful. Kembangnya kain ko dik. Aku pun nak gak kain kembang macam gini.
I think this is so beautiful and simple. Rasanya aku boleh jahit baju macam ini.
So cute..!! Arghh...cannot handle that!
Boleh tak aku demand nak pakai kain kembang macam ini? Tutup sikit bentuk punggung kan. Lagipun lain dari yang lain fashion yang selalu orang pompuan pergi ke majlis wedding, betul tak? Aku nak simple, nice but yet it's elegan. Tak nak lar overshadow pengantin pulak kan. Aku pun tak suka rambu ramba, lace dan bling-bling masa wedding adik ipar aku nanti. Tak mau rimas-rimas. Keselesaan tu adalah amat penting.
Ada banyak lagi contoh design yang aku nak tunjuk tapi biarlah rahsia. Semuanya aku dah collect dalam 1 album. Tunggu jer lar fashion on demand nanti masa majlis wedding adik ipar aku nanti. Arghh...sure mesti penat giler buat majlis wedding nanti! Harap semuanya berjalan dengan lancar.
Yeay, cuti 3 hari minggu ni! Tak sabor rasanya nak tunggu cuti seminggu raya cina awal bulan 2 nanti. Nak kemas umah woii...!!
Thanks for reading this entry!