Video Of The Month

Saturday, 9 January 2016

Seminggu Sudah Persekolahan...

Assalammualaikum....


Pada permulaan sehari dua persekolahan, aku excited bangun seawal pukul 4.00-4.30 pagi.  Sebab pada malam sebelum last day school holidays, aku belum stabil lagi dari sakit kepala.  Lepas dah makan ubat dan tido awal, bangun keesokkan paginya barulah terasa ok sikit.  Senyap sunyi jer pagi tu.  Rasa sangat tenang.  Kemas-kemas dapur, gosok baju sekolah, prepare breakfast, siapkan bekal untuk Humairah.

Humairah pun sehari dua bila bersekolah waktu pagi, tak perlu nak susah payah kejut, bangun sendiri.  Excited nak pergi sekolah awal pagi.  Sedangkan minah ni punya lar susahnya nak kejut bangun pagi.  Masuk hari ketiga sekolah, tembelangnya sudah nampak.  Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya ribut taufan mengundang.  Pagi-pagi aku dah karok tinggi kejutkan minah ni bangun.  Takbir kat telinga dia pun lagi lar payah nak bangun.  At last, dukung dia terus bawak gi bilik air.  Bukan hari ketiga jer dia liat nak bangun pagi, situasi ini berterusan sehingga lar hari keempat dan kelima.  Takpe, bagi dia masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan paranormal ni.



Maira tak sabor nak pergi tadika, jumpa kawan-kawan, jumpa teacher favourite dia, siap bye bye flying kiss lagi kat teacher dia bila balik dari sekolah.


Waktu persekolahan tadika Humairah bermula pada pukul 7.45pagi hingga 11.45pagi (4 jam jer).  Rutin aku bermula seperti begini...

6.35  pagi - hantar Adam ke sekolah rendah
7.30  pagi - hantar Humairah ke tadika
10.00 pagi - hantar Hanie ke sekolah agama
11.45 pagi - amik Hanie dan Humairah dari sekolah/tadika
12.30 tgh - hantar Hanie ke sekolah rendah
1.15 tgh - amik Adam balik dari sekolah
1.50 tgh - hantar Adam ke sekolah agama
4.15 ptg - amik Adam dari sekolah
6.30 ptg - amik Hanie dari sekolah

So, pukul 2.15 petang - 4.00 petang adalah waktu rehat/waktu tido aku dan Humairah setelah penat berhempas pulas hantar dan ambil anak kat sekolah dari pagi lagi.  Of course lar Humairah pun rasa ngantuk gak bila bangun pagi kan.  So, bila aku terlelap, dia pun terlelap gak kat sebelah aku.

Adam dan Hanie memang susah sikit nak bawak bekal.  Meskipun begitu, aku akan pastikan diaorang makan sarapan dan makan tengahari di rumah sebelum pergi ke sekolah.  So, depa bawak duit sekolah pun cuma RM3.00 jer.  Kiranya tu lar duit jajan depa nak belanja kat sekolah.  Kadang-kadang ada balance dari duit sekolah tu, aku suruh masuk duit dalam tabung depa.  Humairah adalah orang yang paling gembira sekali kat dunia bila dibawakan beg bekal khas untuk dia.  Dia suka kalo tengok dalam beg bekal dia ada macam-macam makanan padahal Humairah bukan lar seorang pelahap.  Tapi bila tengok bekal dia lepas dia balik dari tadika, hari-hari kosong, which means that dia makan abis lar.  Tak tahu lar kalo Humairah derma makanan kat kawan sebelah dia.  Hahaha....

Ni baru kisah seminggu persekolahan.  Amik masa sikit untuk adapt dan adjust masa untuk sesuaikan diri dengan situasi paranormal ni.  Dapat dating berdua dengan my laki pun cuma 1 jam 30 minit jer.  Pergi berdua ke Tesco, nak beli barang pun berlari-lari sana sini sebab nak kejarkan masa untuk pick up anak dari sekolah.  Pendek kata, minggu persekolahan memang busy sikit uruskan anak, mana nak ajar anak buat kerja sekolah lagi.  Fuhh...memang letih giler!  But, just enjoy with your routine life. 

2hb Januari tu hari, kitaorang sambut birthday Adam Izz yang ke 11 tahun.  Dah besar dah anak bujang aku sorang ni.  Tinggi pun hampir-hampir nak jejak tinggi aku.  Semoga Adam Izz menjadi anak yang soleh dan berguna pada keluarga dunia dan akhirat, menjadi seorang abang yang baik dan bertanggungjawab menjaga adik-adik nanti.  Aamiin...



Celebrate birthday Adam Izz.  Hanya kita-kita ajer!


Budak manja sorang ini.  Teacher puji semangat dia nak belajar.  Tak sabor-sabor bawa buku kat teacher untuk kelas membaca.  Belajar rajin-rajin yer sayang...


Penat ke tak, tu belakang kira.  Dah tugas seorang ibu pada anak-anak memang macam tu kan.  Kalo tak nak penat, tak nak letih, baik tak payah buat anak.  Bila aku tunggu Hanie kat luar pagar sekolah agama, kadang-kadang aku perhatikan, ada kaum-kaum ibu yang sanggup berjalan kaki dari rumah ke sekolah, pikul baju sekolah rendah untuk tukar dengan baju sekolah agama yang anak mereka pakai, sambil mengangkut beg sekolah rendah untuk anak mereka, tak lupa juga beg bekal untuk dimakan tengahari nanti.  Mereka tak nak anak mereka susah payah dan membazir masa berulang alik dari sekolah-rumah-sekolah semata-mata untuk tukar ke baju sekolah rendah.  Salute aku pada kaum ibu-ibu di luar sana!  Jangan merungut dan jadikan semua ini adalah kenangan terindah dan pengorbanan anda untuk memastikan anak anda menjadi seorang yang berguna!  Insha Allah...




Time to upgrade internet to 50mbps, babey!  Walaupun cc legend, tapi kelajuan internet pantas nak mamp**!  This is for our customers yang kemaruk main game everyday!  And that's why aku tak pernah langgan internet untuk simkad aku hari-hari.  Guna wifi dari modem cc jer pun dah laju giler!  Tengok youtube dari tingkat dua pun takde masalah walaupun cc penuh orang.  Kalo pergi bercuti, baru lar aku langgan internet untuk gps dan google tempat jer.  Kalo setakat nak keluar makan dan shopping barang jer, better tak payah nak langgan internet.  Sepanjang masa dok ngadap hp, gila ke per?



Thanks for reading this entry


2 comments:

Rizziela said...

Bila anak2 dah bersekolah..mak2 yg over penat sangat kan :D

Erynz said...

That's why bila cuti sekolah, saya lar orang yang paling gembira sekali kat dunia ni. bukan sbb nak bercuti ke nak berjalan-jalan ke sana ke sini, tapi just nak rehat-rehatkan diri, relax dok kat umah.