Video Of The Month

Monday, 18 January 2016

El nino oh el nino!

Assalammualaikum....


Fuhh...cuaca panas yang membahang sekarang ini terlalu kuat sangat pancaran UV nya.  Dapat warning weather dari hp, terus rasa macam nak keluar rumah dengan selimut jer.  Cuaca panas tu ok lagi, tapi skala pancaran UV tertinggi yang telah dicatat, that's why kita perlu elakkan dari berjemur terlalu lama di bawah pancaran mentari supaya tidak terkena dengan strok haba.  Bila dah musim panas ni, apa yang merisaukan kita sudah tentu lar catuan air yang disebabkan air di empangan mengalami kemerosotan.  Nasib baik lar Pasir Gudang dah bebas dari catuan air since bulan Januari tu ari.  Alhamdulillah...tapi kena berjaga-jaga juga sebab el nino ni akan berakhir hingga bulan Mac.  Lama tuu...!  Baru semalam Pasir Gudang telah mengalami hujan yang begitu lebat selama 1 jam setengah.  Lepas hujan lebat, terus panas balik.  Garu sekejap kepala den.  Kuasa Allah Maha Besar kan.  Harap-harap selepas ini ada lar hari-hari yang ada hujan lebat.  Manusia hanya meramalkan cuaca, Allah Yang Maha Menentukan.

Aku ni pagi-pagi dah exercise hantar anak-anak ke sekolah.  Part hantar Humairah ke tadika pukul 7 lebih, masa tu mentari dah mula naik.  Terkenyit-kenyit mata tahan silau mentari.  Part hantar Hanie ke sekolah petang plak lagi teriknya mentari waktu tengahari.  Kadang-kadang hantar dengan naik kereta, kadang-kadang hantar dengan jalan kaki, pakai payung.  Nak buat macam mane, redha jer lar dengan cuaca panas ni.  Harap tak berlarutan sehingga apa yang jabatan kajicuaca ramalkan.  Sekarang ni pun hujan dah mula datang sipi-sipi.  Alhamdulillah...

Disebabkan cuaca yang terlampau panas ni, apa lagi, air cond telah menjadi mangsa untuk aktiviti penyejukkan badan.  Baru nak merasa sejuk, tiba-tiba air cond kat rumah rosak pulak!  Tengah-tengah buka, tertiba tutup sendiri, lepas tu tak rasa sejuk.  Rasa heating jer.  Panggil orang suruh betulkan.  Yang rosak coil penyejuk dalam air cond tu.  Kalo rosak kat paipnya boleh lar tampal, ni rosak lain pulak.  Nak tak nak terpaksa beli lain.  Sebab kalo nak cari spare parts, orang tu kata mahal gak kalo nak cari spare parts coil ni, dalam RM200-300.  Mmmm...beli yg baru jer lar!  Cari punye cari, jumpa pulak kat lazada, ada jual air cond dengan promosi harga RM616 indoor dan outdoor.  Tinggal satu unit jer.  FREE DELIVERY okay!  Apa lagi terus grab.  Lepas dah grab, terus item tu kat lazada dah jadi out of stock.  Kami lar pembeli yang terakhir hahaha....!  Alhamdullilah, nasib baik dapat yang murah.  Bank in terus duit, dalam masa 2 hari terus sampai barangnya.  Terbaik lar Lazada!  

So, my laki dah beli air cond, aku pulak bayar upah kos pemasangan indoor dan outdoor dengan masuk gas semua sekali dalam RM150.  Lama woo...nak pasang.  Air cond yang lama, indoor dan outdoor sumo kena tanggalkan, tapi air cond yang lama aku tak buang lagi.  Still boleh guna outdoor dia, cuma indoor tu coil jer yang rosak.  Orang yang upah pasang air cond tu kata nanti dia cari yang 2nd hand air cond, good condition, untuk gantikan air cond aku yang rosak ni.  Yang rosak ni dia amik lar untuk betulkan ke, lepas tu nak jual balik ke, lantak lar.  Yang penting, aku dapat 2nd hand air cond dengan tambahan harga RM100.  Kalo kat luar, orang cas 2nd hand air cond sampai RM300-400.  Ok lar tu.  Orang yang upah pasang air cond rumah aku ni kawan my laki juga.  That's why boleh dapat harga murah.  Selalu panggil dia untuk service air cond indoor dan outdoor serta refill gas.  

Air cond yang lama ingatkan nak pasang kat hall, tapi bila fikir balik, better letak kat bilik belajar budak-budak ni hah.  Kesian budak-budak ni belajar dalam suasana bahang walaupun dah ada 2 kipas.  Untung lar nak, rezeki korang.  Bilik belajar budak-budak tu pun aku ingatkan cuti raya cina nanti nak modified sikit-sikit.  Disebabkan Humairah dah mula sekolah, maka aku kena add satu lagi meja belajar khas untuk dia.  Kesian Humairah...selalu dia main-main kat meja belajar abang dan kakak dia.  Mesti dia suka giler bila dapat 1 unit meja belajar untuk dia.  Insha Allah, nak survey meja study Humairah hujung minggu ni.  Whiteboard besar dah sedia ada dalam bilik belajar tu.  Aku nak ajar budak-budak pun senang hati dan selesa bila bilik study dah ada air cond, hahaha...!!  Melampau betul guru yang bersandar pada kenangan ni!

Lepas tu survey lagi kat lazada, mana ler tau kalo ada jual lagi air cond murah-murah dan free delivery ker kan.  Hahaha...melampau!  Cukup ler dua ketul setakat ini.  Malas nak tambah banyak-banyak.  Kang bising pulak my laki tu!  Tak pasal-pasal kena perli...

" Jamban tak nak letak air cond ke?  Kesian kat awak, berpeluh-peluh berak keras ker nanti? "

Eh, mana ada!  Iolls smooth jer, ok!  Tapi memang betul lar cakap my laki.  Sempena nak menjimatkan kos penggunaan elektrik di rumah, maka kurangkan penggunaan barang electrical yang menggunakan power elektrik yang banyak.  Bilik study tu pun bukan selalu sangat guna air cond tu nanti.  Bila nak belajar, buat kerja rumah, bila cuaca panas jer.  Time cuaca tengah sejuk, jangan ler ko pun larung gak buka air cond.  Kena ajar gak anak-anak kita cara berjimat cermat menggunakan elektrik.  Tapi memang betul ar apa yang TNB ajarkan tu.  Aku hampir-hampir nak beli plug power saving electric tu untuk menjimatkan lagi bil electric aku.  My laki tak kasi beli.  So, dia suruh aku buat cara yang TNB advise kan tu.  Memang mula-mula macam leceh sikit.  Tapi bila lama-lama, macam dah terbiasa buat pulak.  Yang mana plug tak guna dan jarang pakai, tanggalkan kepala plug terus.  Walaupun kita dah tutup suis, tapi power electric still berjalan lagi selagi kita tak tanggalkan kepala plug.  Kepala plug yang tak perlu ditanggalkan ialah seperti plug peti sejuk, mikrowave, lampu tido dan barang electrical yang selalu kita gunakan.  Kadang-kadang, sebelum tido, my laki akan cabut kepala plug utama extension tv dan astro.  Selagi boleh jimat, kita jimat kan.  Then, bila bil elektrik sampai bulan lps, memang kitaorang laki bini terkejut gile!  Tak sampai RM100!  Whaatt...??  Rasanya kitaorang ada tido buka air cond macam biasa tau bulan lepas.  Selalunya bil elektrik akan cecah sehingga RM100 lebih!  Ok, garu kejap kepala lutut den.

Alhamdullilah...dengan ini, tak perlu beli lagi power saving electric plug tu.  Hanya jadikan amalan cabut kepala plug sebagai amalan mulia.  Hahaha....

Jangan terlalu berjemur sangat kat cuaca panas ni, kalo boleh elakkan aktiviti luar.  Banyakkan minum air masak.  Selalunya musim panas ni, orang suka bawa budak-budak pergi water theme park.  Tak kira lar indoor atau outdoor.  Since aku dah baca artikel keburukkan bawa budak pergi water theme park, terus cancel malas nak pergi ke tempat macam-macam tu lagi.  Demi kesihatan anak-anak kita, memang lar seronok bawak budak-budak pergi ke situ kan.  Tapi kesihatan juga perlu dijaga.  Baik lar anak-anak, marilah kita pergi ke tempat sejuk seperti shopping mall.  Boleh shopping macam-macam barang sempena promosi cuti Raya Cina.  Rambang mata den menengoknya! 






Thanks for reading this entry! 


No comments: