Video Of The Month

Thursday, 22 November 2012

Duhai penduduk Gaza, bersabarlah...

Assalammualaikum...

Sudah beberapa hari entry ni dibiarkan.  Sudah ada tajuk, sudah ada gambar.  Tapi aku tak dpt nak mencoretkan kata2 utk menggambarkan...

betapa geram nyer...
betapa sedih nyer...
betapa marah nyer...
betapa terharu nyer...
betapa menangis nyer...

dan mcm2 lagi perasaan yg berkecamuk di hati ni.  Saban hari, bkn di dlm berita kt tv jer, malah di internet pn kita sudah dijamu dgn pelbagai info terkini tentang perkembangan percerobohan Israel laknatullah ke tanah jajahan Gaza, Palestin.  

Kalo korg nk boikot facebook, yer silakan.  Takde saper yg menghalang.  Selain dari korg postkn gmbar korg yg kgkonon nyer prasan lawa tu kn kt facebook tu, korg juga akn dpt pelbagai info terkini tentang keadaan Palestin dari semasa ke semasa.  Tu pn kalo korg like page diaorg lar.  Kalo korg like page shopping jer memanjang mmg tak ler kn.  

Oppss, nnti ada org terasa.  Trus blok aku dari friendlist.  Tau2 jer dh 2 bln aku kena blok.  Tu menunjukkan aku tidak mahir lg dlm bidang facebook ni.  Bykan lar ada org lagi mahir dari aku, bkn saja dlm facebook, malah dlm blogging, instagram, dan mcm2 lagi ler laman web yg bleh share gmbar sumo tu.  Korg dah kemaruk sgt bergambar ker per??  Xper lar, kita perlu bersangka baik.  Maybe itu entertainment diaorg kot.  

Ok, dah lari tajuk.

Oh, tak...tak!  Sbnrnya ada kena mengena gak dgn tajuk di atas.  Ini menunjukkn betapa syukurnya korg dok kt Malaysia ni sbb masih bleh berpoya2 dgn aktiviti2 seperti bershopping, mkn2, jnjalan, berkaraoke, promote tmpt makan sana cni, mengelinjang di tempat kerja.  Cuba berada di tanah Palestin?  Dapatkan mereka berbuat demikian seperti anda?  Kanak2 yg sedang bermain di halaman umah mereka pn di bom gak oleh Israel.  Tidak berperikemanusiaan lgsg...

Pada masa ini, negara2 Arab sedang bersidang.  Lama nyer korg bersidang...korg berbual pasal apa hah?  Jumlah org yg mati syahid kt Palestin tu makin hari makin meningkat lar woii...!!  Byk sgt cakap, trus hantar ar keta kebal 10 bijik dgn roket nuklear trus kt Palestin tu.  Dah tentu Israel tu byk supporter dari negara luar.  Palestin tu saper yg nak support?  Setakat derma dan doa rasenya tak ckup...paling tidak pn kita kena turun ke padang untuk berjihad bersama2 menegakkan syiar Islam.  

Kalo Rasullah saw masih hidup, tentu dia akan mengumpulkn bala2 tenteranya dan berjihad bersama2 dgn penduduk Palestin walaupn...walaupn...kekurangan teknologi, tapi mereka tak kekurangan semangat utk berperang demi menegakkan agama yg tercinta.

I was wondering...

Di manakah Iran?  Yang dikatakan mempunyai teknologi nuklear yg canggih.  Tak bolehkah mereka membuat bom nuklear utk Palestin?  Biar satu Israel lenyap di peta dunia...

Di manakah Brunei?  Knonnya negara terkaya skali di dunia.  Tak bolehkah mereka belikan keta kebal 2-3 bijik dgn jet pejuang 4-5 bijik utk Palestin?  Biar Israel tau yg ada gak negara yg nk support Palestin...

Setakat ini, negara2 Arab bertungkus lumus memberi bantuan dari segi perubatan, makanan, pakaian dan mcm2 lg untuk Palestin.  Ok...satu dua negara berilah bantuan kemanusiaan, then satu dua negara lagi beri lah bantuan dari segi ketenteraan plak.  Kalo Amerika dgn London bantah, ckp ar...

"Abis yg ko support Israel secara senyap2 tu xnk ngaku plak!"

Org baru bom kt stesen bas Tel Aviv, Amerika dh kutuk sekeras2nya...

Yg Israel gi bom kt kawasan perumahan org awam, kt sekolah, kt pejabat, taman permainan kanak2 kt Gaza tu Amerika taknak kutuk plak kn?  Diam jer seribu bahasa...

Nmpak sgt sekutu dgn Israel kn...

Aku emo.  Geram pn ada.

Tak tau nk luahkan apa lg.  Tkut meleret2 kang.  Sbb sumo yg dicoretkan di atas adalah luahan rasa aku.  Luahan pendapat.  

Apa kata kita hayati rintihan dari warga Palestin yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu...

RINTIHAN ANAK MUDA PALESTIN (Bahasa Melayu)
Oleh: Raneen Haddad, 19 tahun.

Tentera israel telah menjatuhkan bom di sebuah tanah lapang bersebelahan dengan tingkap ruang tamu malam tadi. Ia telah menyebabkan seluruh rumah terbakar. Bunyi yang terhasil sangat kuat seperti bom tersebut jatuh di atas kami. Saya terdengar bunyi tingkap yang berderai dan semua benda jatuh ke lantai. Tetapi saya tidak mampu membuat apa-apa. Hendak meninggalkan bilik tempat kami bersembunyi juga tidak mampu.



"Bukan kami sahaja (yang menjadi mangsa). Setiap yang tinggal di Gaza sedang menderita dengan nasib yang sama. Pada hemat saya, perbuatan seperti ini adalah jenayah yang sangat besar, penuh dengan kebencian yang pernah di lakukan sesama manusia. Dalam tempoh 3 hari, lebih dari 900 serangan udara. Jumlah kematian rakyat Palestin seratus kali lebih ramai dari penduduk Israel. Adakah saya perlu luahkan apa yang kami (Gaza) rasa setiap kali terdengar bunyi roket Israel? Ketakutan yang ada di dalam hati kanak-kanak ? Dan juga ketidakmampuan ibu bapa kami untuk melindungi kami?

"Kami rakyat Palestin bukan pengganas, kami menentang penjajahan Israel. Jika seseorang mengambil tanah anda secara paksa, dan secara sistematik mengawal keseluruhan komuniti dengan tembok, pos pemeriksaan, memusnahkn universiti, sistem kumbahan dan ekonomi, apa yg bakal kamu lakukan ?




Kanak2 yg mati syahid setelah terkena serpihan bom Israel



Sama ada Korea atau Jepun, mereka juga menentang kekejaman Israel terhadap Palestin


Anak ni yg tidak tau apa2 setia menunggu di sebelah ibunya yg sudah tiada...


Menangisi kematian ahli keluarganya....tu pun masih ada org lg bergembira sbb dapat beger free dari mc donald.


Bayi berusia 2 tahun yg mati syahid...


Walaupn sebahagian tempat telah dibom oleh Israel, tetapi kanak2 Palestin masih bleh gigih utk mengukir senyuman di wajah mereka.  Pendek kata, mereka tidak takut mati.  Mati mereka adalah mati syahid.  Sbb mereka ditindas.  Tak sama dgn sesetengah org kita, bleh mati tau kalo tak dpt beli tudung Fareeda tu.  Bleh mati tau kalo tak dpt beli henpon yang latest in market.  Bleh mati tau kalo tak dpt minum ice blended kt Starbucks tu.  Ok, dah lari tajuk...



Duhai penduduk di Gaza, Palestin....

Bersabarlah....Allah sentiasa bersamamu, saudaraku.


Wassalam...


quick update :  semlm tepat pukul 9 mlm waktu palestin bersamaan pukul 3 pagi waktu malaysia, satu rundingan gencatan senjata telah berjaya diselesaikan antara Israel dgn Palestin mengikut syarat2 yg telah ditentukn.  Mesir akan menjadi penjamin antara rundingan tersebut.  Walau Israel telah memberhentikan operasi pengeboman tanah jajahan palestin sama ada di darat ataupn di udara, mereka tetap mengganas dgn menahan pula beberapa penduduk palestin di tebing sempadan negeri tersebut.  Nampak nyer mereka tidak serik dan tidak puas hati dengan rundingan gencatan senjata tersebut.  Dikatakan kejayaan gencatan senjata ni berpihak pd kejayaan pihak Hamas yg tidak sekali2 berundur dgn teknologi senjata Israel.  Jangan putus doa kengkawan...kerana kita tidak tau lg sbb Israel bleh mengganas pd bila2 mase. 

No comments: