Video Of The Month

Wednesday, 20 March 2013

House of Recipes : Ikan Dory

Assalammualaikum...

Pernah dengar tak ikan dory?


Nama asli ikan dory ialah John Dory Fish merupakan salah satu jenis ikan laut yang badannya berwarna keperakan, bersirip lebar dan matanya besar.  Ikan ini banyak terdapat di laut Mediteranian dan Atlantik.  Ikan ini dagingnya putih dan halus.  Berdasarkan penelitian, ikan dory mempunyai kandungan omega 3, yodium, zat besi, magnesium, taurin, selenium, flourida, DHA, EPA dan sebagainya). Bagi penderita tekanan darah tinggi, kandungan DHA & EPA dalam ikan boleh membantu menurunkan tekanan darah.  Selain itu daripada itu, ikan ini juga mengandung anti oksidan yang melindungi lemak tak tepu dari oksidasi sebelum dan sesudah pencernaan. Kandungan protein, vitamin, mineral & asid lemak omega 3 mempunyai kesan yang baik untuk mata, jantung, pencernaan, otot, dan meningkatkan kecerdasan anak.



John Dory

Tak ku sangka muka ikan yang ganas ni rupa2 nyer manis bila dimakan isi nyer.  Umpama muka ganas tapi dalam hati ada taman lar...

Ikan dory ini tidak dijual sekor2 kat pasaraya.  Malah anda tidak akan jumpa ikan dory ini di pasar2 ikan.  Ikan dory ini dijual secara filet ikan, dibekukan dgn ais utk mengekalkan kesegaran isi ikan, dan dibungkus dgn kemas.  Kalo omputih tak panggil dory fish yerk, diaorg panggil white fish pasal isi ikan nyer yg putih.  

Ni rupa ikan dory ketika dalam pembungkusan.  Aku selalu beli kat Tesco.  Kat giant pun ada jual gak.  Harga tak tau sama ke tak ekk.  Pegi jer lar mana2 pasaraya yang terdekat dgn korang, abis citer!  Kredit photo to http://ibuaniszulaikha.blogspot.com

Rendam dulu dalam air tu utk cairkan ais kat filet ikan tu.  Besor2 kan?  Senang tak yah risau kalo tercekik tulang ke aper.  Kredit photo to http://ibuaniszulaikha.blogspot.com

Kalo aku nk kasi zat protein dari ikan kat anak2 aku, ikan ni lar yg selalu aku beli.  Kengkadang aku beli ikan siakap gak tapi tu pun suh orang siangkan, aku tak suka siang ikan siakap ni, lepas tu yang paling aku tak suka sisik ikan siakap tu.  Tebal dan bersepah2.  Bila nak bersihkan ikan tu dari sisa2 sisik dia, satu kerja plak aku nak kutip sisik yg bersepah kat dlm sinki tu.  

Sebab tu aku suka beli ikan ni.  Tak yah pening2 kepala nak buang isi perut ikan lar, kepala ikan lar.  Dan yg paling penting tak perlu risau kalo tercekik tulang ke ape.  Anak2 akan makan dgn lajunya tanpa toleh kiri kanan.  Aku ni ada fobia sket.  Kalo kasi anak2 aku makan ikan lain, aku akan tolong kopek kan isi ikan tu, pastu picit2 isi ikan tu sampai takde rasa tulang yg tersembunyi di sebalik isi ikan tu.  Macam leceh kan?  Kalo bdk tercekik tulang, alahai sgt kesian tau!  Tak sanggup tgk bdk menangis tercekik tulang. Kalo kita ni dewasa, bleh kepal2 nasi pastu telan.  Abis kalo bdk2, nk suh diaorg telan nasi?  Diaorg reti ker?  

So, the easy ways is beli filet ikan dory ini.  Potong memanjang berlawanan urat ikan tu pastu terpulang lar korang nak masak apa.  Isi ikan ini mmg lembut sgt dan rasanya manis.  Ank2 aku suka sgt makan isi ikan ini.  So, aku tak perlu risau, kalo aku jarang beli ikan kembung ke ikan cencaru ke, ada cara lain yg bleh bagi ank2 aku suka mkn ikan.  

Selalunya filet ikan dory ini aku wat goreng tepung kentucky jer.  Potong kecik2 pastu lumurkan dgn tepung goreng.  Sedap kalo dimakan panas2.  Ada sesetengah orang suka masak sweet sour.  Tu pun aku dah cuba tapi laki aku tak suka makan ikan lembik2 ni.  Ikan dory ni bila dah goreng tepung pastu dicurahkan dgn kuah, isinya akan menjadi lembut dan lembik.  Berbeza dgn ikan siakap.  Sbb tu aku jarang masak ikan ni berkuah.  Selalunya aku masak sup sayur, lps tu dihidangkan sekali dgn ikan dory goreng tepung.  Walla...bdk2 suka sgt makan. 

Tu ari masa Hanie masuk hospital KPJ, menu lunch nyer dihidangkan sup ikan dory.  Aku pun pelik sbb aku tak pernah rasa lagi sup ikan dory.  Rasanya lain mcm sket.  Ada rasa hanyir ikan tu kat hujung2.  Patut letak halia sket utk buang rasa hanyir.  Lps tu, of course lar ikan tu teksturnya lembut kan bila dah msuk dalam sup.  Sesuai lar utk orang2 sakit makan.  Tak perlu byk kunyah.

Aku teringin nak wat resepi jemput2 ikan dory.  Tapi blum berkesempatan lagi.  Perghh, mesti sodap kan.  Dalam kepala ni dah terbayang steps by steps nak wat jemput2 ikan dory ini.  Mula2 rebus dulu ikan dory.  Sejuk kan.  Cincangkan halus2, pastu wat lar adunan jemput2.  Ni kalo wat fishball homemade pn bleh gak!  Kalo takut makan fishball yg ready made kat luar sana, ye lar kita pun tak tau sgt apa kandungan nyer kan, bleh lar wat fishball homemade dgn menggunakan ikan dory.  Mesti sodap!  Pergh, air liur aku plak yg jejes!  

Tak pun korang bleh lumurkan ikan dory tu dgn telur, tepung sket, breadcrumbs, goreng...jadi lar fillet ikan yg bleh dihidang bersama dgn salad mayo, kentang goreng.  Tak yah susah nak makan filet ikan kat luar sana, wat sendiri pn bleh kan!  Jiimaattt...


Tempting nyer hidangan ini.  Ni kalo kat hotel ke restoran seafood berjenama ker, mau tak kena cas sampai berbelas2 ringgit utk saiz 1 hidangan.  Better wat sendiri jer lar.


Grilled ikan dory.  Aku pernah wat.  Bakar dalam oven.  Ok gak rasanya...


Paling senang wat nasi goreng ikan dory.  Hoiii...ni pun sodap gak tau!


Akan ku bubuh dalam list menu bekal bdk2 nnti.  Chessy Fish fillet with rice.


Makaroni dgn grilled ikan seketul.  Makanan yang seimbang dan sihat utk bekal ank2 ke sekolah.  Tapi aku lagi suka letak sayur sket kot like brokoli or carrot ker, nmpak lagi berkaler2.  


Steamed Cream Dory in Light Soy Sauce @angsarap
Steamed ikan dory with light soy sauce.  Kalo ikan dimasak dengan cara ni, of course ler isinya jadi lembek.  Memang ler laki aku tak makan.  Tapi aku ngap aje!  


Monk Fish Scampi...Monk fish is my current favorite fish so I am glad to have found this recipe. From @Harpreet Singh Dent Dennis -  {A Culinary Journey}
Pasta with dory.  Fuhh...macam sodap jer!  Aku pulak yang jejes air liur!


*Riches to Rags* by Dori: Chicken Fried Rice
Nasi goreng ikan dory!


Easy-to-make baked fish for eating with mashed potato or rice and veggies. Line a baking dish with parchment paper. Place two fillets of #dory or #sutchi. Pat dry with a paper towel. Add chopped onion, sliced garlic, chopped tomato. Season to taste with freshly-ground black pepper. Drizzle generously with extra-virgin olive oil. Preheat oven to 220 deg C. Bake for 20 minutes.
Nak bakar dalam oven pun boleh!


Dory fish with sour cream spaghetti. Drooling ....
Ikan dory with sour cream spaghetti.


Cook this Recipe: Recipe: Cream Dory with Butter and Lemon
Ikan dory with butter and lemon.


Cheesy. Cream Dory Casserole
Ikan dory chessy casserole.  Haaa...nak buat ar casserole ni!  Aku paling pantang tengok casserole ni sebab senang nak buat.  Main campak-campak jer, letak cheese banyak-banyak, and then bakar!


Dory Fish croquette
Ikan dory croquette


Lettuce Wrapped John Dory
Ikan dory wraps dengan lettuce.


Actually ada banyak resepi utk buat ikan dory ni bertambah sedap.  Korang google jer lar.  Aku lebih suka google resepi dari western nyer sbb cara masakannya lagi sihat.  Kang ada org lain cakap poyo plak bila aku tepek gambar byk2 dari google jer.  Kang aku tepek gambar ikan dory yg aku masak plak, lagi lar org tu tak suka...

" Poyo lar, macam ko sorang jer yang reti masak! "

Orang kalo tak puas hati, mcm2 lar dikatanya, ye tak??



Thanks for reading, yeah...!!!





5 comments:

Anonymous said...

menarik. baru beli di tesco. buat goreng memang lembut teksturnys

Hamzah Lynna said...

Tq for sharing

yushazizi yusof said...

rasanya ikan dory yg jual kat tesco tu ikan patin vietnam buleh rujuk sini http://www.agustyar.com/2015/06/ironis-ternyata-ikan-dori-yang-selama.html

Erynemysha Helmy said...

thanks for the info...

saya dah lama tak beli lagi ikan dory kat tesco or kat giant tu. rasanya nak dekat 5-6 bulan gak. tapi rasanya mmg lembut dan sedap kan. lepas ni kena berhati-hati sikit bila nak membeli ikan ni sbb saya dengar dari sumber lain byk ikan yang diternak dan dijual kat pasar tu ada yg tak halal sbb diberi makan organ dalaman babi dan bahan kimia untuk menggemukkannya.

Anonymous said...

Ikan patin air tawar dori laut mediterian. Rupa n rasa pn jauh beza.. Membaca dgn ilmu