Video Of The Month

Saturday, 11 January 2014

Aku Dan Misteri : Tidur Bersama Harimau Bunian

Assalammualaikum...


Kali ini kita citer out of topic sket.  It's not about fashion, housekeeping, and diy.  But this story is a reality, you know!  My experience! (sambil buat muka serius, mata ke atas, kening berkerut seribu, tangan bersilang rapat ke dada)

Ok...ok...aku bukan nak buat citer pasal ghost caught on tape lar kan (this is ghost caught on my bed!) tapi ini sememangnya citer sebenar dan pengalaman aku sendiri mengalaminya dan sekaligus membuka mata aku untuk mempercayainya bahawa sebenarnya ada makhluk lain selain dari manusia yang menghuni di dunia ini.

Bunian adalah makhluk yang juga dicipta oleh Allah swt cuma bezanya alam mereka lain daripada kita.  Jarang sekali antara kita sebagai manusia boleh melihat makhluk bunian ini tetapi kita boleh merasai kehadiran mereka jika diizinkan.

Aku pernah merasainya.

Tetapi bukan orang bunian.  Ianya adalah harimau bunian!

Peristiwa ini dah lama berlaku.  Since aku masih bersekolah menengah lagi.  Arwah abah masa tu bekerja sebagai pemandu kereta limosin Airport Limo kat Sepang.  Arwah abah duduk menyewa rumah flat kat Nilai bersama-sama dengan kawan-kawannya dan juga adik tirinya, yang juga pakcik aku yang dikenali sebagai Pakcik Aris.  Tiap-tiap bulan arwah abah akan mengirimkan wang melalui akaun ATM mak.  Dan tiap-tiap bulan gak, aku dan mak akan pergi ke bandar untuk cucuk duit kat mesin ATM.  Selalunya aku yang tolong cucukkan duit sebab mak aku tak reti nak tekan-tekan kan.  Kadang-kadang sebulan sekali arwah abah pulang ke rumah untuk melepaskan rindu bersama keluarga dengan membawa balik kereta Airport Limo selambanya...

Nak dijadikan cerita, satu hari, pada musim cuti sekolah, aku dan mak berpeluang pergi melawat ke rumah flat bujang arwah abah kat Nilai tu.  Memang sadis sangat tengok keadaan dalam rumah tu, almaklum lar rumah bujang kan.  Tido berbantalkan tikar nipis dan bantal pula dari surat khabar tebal-tebal yang dilipat dua.  Nasib baik lar arwah abah cuma bekerja di Airport Limo hanya beberapa bulan saja.  Company management tak betul, lambat bayar gaji pekerja, siapa yang tak tahan kan kalo kerja dengan company macam tu?  Siap buat demostrasi lagi!  Pekerja mogok tak nak amik penumpang.  Tak pasal-pasal muka arwah abah terpampang di dada akhbar.  Cinonet jer gambar muka abah dalam suratkhabar tu.  Lepas arwah abah berhenti kerja sebagap pemandu airport limo, terus arwah abah balik ke pangkuan kami sekeluarga dan mendapat tawaran pekerjaan yang lain pula.

Ok, back to the story!

Masa aku dan mak datang ke rumah flat bujang arwah abah, mak ada berkias kat arwah abah.

" Long, ada bela binatang ker? "

Mak memang membahasakan arwah abah sebagai Long.  Mungkin nama manja agaknya ataupun sebab arwah abah adalah anak yang sulung.  Mak aku memang ada kebolehan untuk melihat.  Omputih kata third eyes.  Orang Islam kata, hijabnya terbuka atas izin Allah.  Arwah mak aku boleh melihat benda-benda yang halus kecuali jin dan syaitan.

" Eh, takde lar! "

Kemudian, mak menerangkan pada arwah abah, kat hujung sudut dinding rumah flat tu ada seekor harimau bunian menghuni di situ.  Harimau tu memang dah lama berpenghuni di situ sejak sebelum kawasan rumah flat itu didirikan.  Pendek kata, itu memang kawasan dia lar.  Harimau tu tak kacau orang, dia cuma dok kat sudut tu jer, then tengok orang kuar masuk dari rumah jer lar.

Mendengar saja cerita itu kuar dari mulut mak, aku mula terasa seram.  Bulu roma tiba-tiba meremang naik.  Mata aku melilau mencari sudut-sudut dinding yang dimaksudkan oleh mak dalam rumah flat tu.  Tapi yang bestnya, arwah abah relaks jer, mungkin sebab dah biasa dengan 'anugerah' yang dimiliki oleh mak.

" Oooo...kalo macam tu, bleh lar buat kawan! " tempik arwah abah.

Sejak kejadian itu, atau mungkin sejak kali pertama harimau bunian tu bertentang mata dan 'berkenalan' dengan mak, sejak itu lar harimau bunian itu selalu mengekori arwah abah ke mana saja.  Pendek kata, harimau bunian tu jadi 'bodyguard' untuk arwah abah.  Selalu setia duduk kat sebelah abah bila abah tengah drive kereta airport limosin tu.  Mak kata, harimau bunian itu harimau jantan, dan saiz badan dia sangat besar dari saiz biasa harimau yang kita lihat kat zoo or kat tv tu.

Ok, macam percaya atau tak kan?  Ikutkan, aku pun ingat mak aku cuma mereka-reka cerita saja.

Teruskan pembacaan anda ke akhir cerita ini untuk mengetahui kisah selanjutnya...

Satu hari arwah abah telefon mak.  Dia kata malam tu nak balik rumah tapi lewat sikit.  Ala...Seremban - Batu Pahat, arwah abah aku boleh bantai bawak laju sampai 140km/jam.  Lebih kurang 2 jam jer perjalanan.  Selalunya arwah abah cuma balik semalaman jer.  Esoknya pagi-pagi dia dah gerak ke Airport Sepang semula, tempat dia bekerja.  

Mak setia menunggu.  Tido-tido ayam kat hall rumah.

Masa tu aku baru abis study (nerd giler kan!).  Jam menunjukkan sudah pukul 1 pagi.  Aku tidur sengsorang kat bilik depan.  Adik-adik aku semua tidur kat hall rumah.  Mata baru nak terlelap, tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu kat luar rumah.  Rupa-rupanya arwah abah baru sampai ke rumah.  Arwah abah dengan 'bodyguard' nya.

" Oh, Long bawak sekali ker bodyguard Long tu? " 

Tiba-tiba mak bertanya sebaik saja arwah abah masuk ke dalam rumah.

" Kenapa, dia ada sekali ker? "

" Haah, dia ikut sekali masuk dalam kereta, ikut Long balik ke rumah lar. "

Masa tu aku tidur-tidur ayam sambil cuba menangkap butir-butir perbualan antara mak dan arwah abah.

" Dia kat mana sekarang? " tanya arwah abah.

" Kat depan rumah.  Yah suruh dia masuk ekk! "

Yah, nama singkatan dan panggilan manja daripada Rukiah.  Nama arwah mak aku.  

" Rin, harimau ni tidur dengan ko kat dalam bilik ekk! "

Whatt the hell..!!!  Pergh...berderau darah kejap bila mendengarkan mak aku cakap macam tu.  Why me???  Why??  Apsal nak tidur dengan aku plak!  

" Haaa...mak ni!  Biar betul!  Kalo dia cekau Erin kang, camner? "

" Alaa...takde apa-apa lar!  Dia cuma nak tumpang tidur jer! "

Masa aku berbual dengan mak, keadaan bilik aku memang gelap gelita.  Tiada lampu tidur.  Aku suka tidur gelap-gelap.  Bilik aku hanya disurami dengan lampu jalan jer.  Itu pun still gelap lagi.  Tapi pintu bilik aku mesti terbuka sebab aku pun penakut gak.  Since aku pernah diganggu dengan lembaga hitam masa aku tertutup pintu bilik, terus aku tak berani nak tutup pintu lagi.  Itu nanti lar aku ceritakan kat entry lain yerk!

Mula-mula aku tidak merasakan apa-apa.  Aku terus 'back to the position' tidur aku.  Mengangkang seluas-luasnya.  Sebab katil queen tu aku yang kongker sengsorang!  Tiba-tiba, aku terasa ada sesuatu seperti...seperti ada pemberat sedang naik ke atas katil aku.  

Oh, harimau bunian tu nak tidur kat hujung kaki aku!  On my bed!!  Oh my god...!!!

Apsal lar ko tak tido kat bawah jer?  Ngada-ngada plak nak tidur atas katil aku ni!  Manja bebenor!

Aku ingatkan mak aku memain jer tau!  Just mereka-reka cerita jer tau!  Sekali rupa-rupanya memang benar-benar belaka tau!  

Sebab apa tau?

Sebab aku dapat merasakan bulu harimau bunian tu kat kaki aku!!!

Ok, masa tu feeling aku takde lar rasa macam penakut, gabrah dan terketar-ketar.  Masa tu aku rasa macam relaks jer.  Mungkin sebab aku merasakan yang harimau bunian tu tak kan mengapa-apakan aku (my imagination = melapah aku masa aku tengah tidur ker kan, hahaha..!!)  Dia cuma tumpang tidur jer.

Aku dapat merasakan seperti sesuatu pemberat kat hujung katil aku.  Maybe itu berat badan dia kot.  Then, tiba-tiba badan harimau tu telah menghempap sebahagian hujung kaki aku.  Aku cuba menarik kaki aku tapi tak boleh.  Pergh, berat betul harimau ni!  Saat tu lar kali pertama aku dapat merasakan bulu-bulu halusnya kat hujung kaki aku.  Tapi bila buka mata, tak nampak apa-apa sebab bilik aku gelap gelita.  Sebenarnya, aku tak buka mata pun.  Penakut giler!

Aku cuba menarik kaki aku untuk kali kedua.  Tapi kali ini dengan gerakan balas yang amat memeranjatkan!  Merasakan aku cuba menarik hujung kaki aku yang terhempap oleh badannya, harimau bunian itu telah menaikkan sedikit badannya untuk memberi ruang aku mengalihkan kakiku.  Oh, dear, very thoughtful!  

Pada masa tu, kakiku cuba merayap ke atas badannya untuk mengagak saiz badan harimau bunian tu.  Pergh...memang betul kata mak aku.  Tersangat lar besar.  Bak kata orang kan, kita mengusap badan kucing dengan menggunakan tangan.  Tapi aku, dengan kurang ajarnya, mengusap badan harimau bunian tu dengan kaki aku jer!

Malam tu.

Untuk kali pertama.

Aku tidur bersama dengan harimau bunian.  Macam tidur dengan kucing belaan korang gak!  Cuma bezanya saiz jer.

Nasib baik harimau tu tak mendengus atau tak mengaum masa tengah tidur.  Maunyer aku terselit kat celah tepi katil kang.  Aku pun takut-takut gak kalo tertiba tengah syok tidur, sekali tertendang badan harimau tu kang, terus dia terkamnya aku nanti.  Tapi Alhamdullilah, nasib baik takde.  I'm still alive!

Aku terjaga dari tidur bila merasakan harimau bunian itu bingkas bangun dan turun dari atas katil aku.  Oh, rupa-rupanya sudah pagi.  Aku terdengar bunyi dia mengasah kuku kat atas karpet dalam bilik aku.  Amboi...rosak ar karpet aku!  Yelah, lagaknya dah macam kucing yang biasa kita tengok.  Menggeliat sambil mengasah kuku kan.  Harimau bunian itu masih setia menemani dan berkhidmat jadi 'bodyguard' arwah abah.

Arwah abah pun sudah bersiap sedia untuk balik ke tempat kerja dia semula.  Selesai bersarapan, abah terus bertolak ke Seremban.  Dalam keadaan mamai, mak bertanya kat aku...

" Rin, macammana tidur dengan Si Kuning? "

" Emm...ok jer! "

Aku terus sambung tidur balik.

Oh, kitaorang gelarkan harimau bunian tu, Si Kuning.  Si Kuning banyak berjasa pada kitaorang.  Meskipun arwah abah dah berhenti kerja dari Airport Limosin tu, tapi Si Kuning terus setia tinggal bersama dengan kitaorang.  Tapi dia duduk depan rumah jer jadi penjaga.  Si Kuning juga lar yang jadi tukang tepis, tukang lawan apa-apa jua sihir buatan orang yang ingin dihantar pada mak.  Pernah ada satu bomoh ni, orang upah untuk hantar sihir kat arwah mak.  Bomoh ni tengok dalam air. Dia tak berani nak hantar sihir kat mak.  Orang tu tanya, kenapa pulak.  Bomoh ni cakap, kat depan rumah kitaorang ada penjaga, iaitu seekor harimau yang sangat sangat besar.  Bomoh tu tak pernah melihat harimau sebesar itu sebelum ini.  Makanya bomoh tu cakap, cari lar orang lain yang boleh buat kerja terkutuk tu.

Arwah mak pernah kata, sekarang Si Kuning dah kawin, dah beranak pinak, dah berusia, dan sudah pun kembali ke alamnya semula.  Oh Kuning, jasamu tetap dikenang sampai bila-bila!

Oh, rindu plak kat Si Kuning!  Kalo aku panggil, dia datang tak?  Ko ingat dia kucing biasa ker?  Ppuiihh...!!

Miaow...miaow...cheut! cheut! cheut!





Ini bukan cerita bohong, tau.  Tapi ini memang cerita betul.


p/s :  I miss you, abah and mak.  Semoga roh kalian tenang di sisi orang-orang yang soleh. Aamin...


Thanks for reading this entry!


No comments: