Video Of The Month

Friday, 31 January 2014

Behind The Scene of My Wedding : " Mana Pengantinnya? "

Assalammualaikum....


Klik link di sini kalo anda terlepas entry sebelumnya.

Selepas aku selamat diijabkabulkan, tak bermakna malam tu kami suami isteri dapat tido bersama tau.  Laki aku balik semula ke Rengit, rumah atok dia.  Besok pagi nanti baru dia datang ke rumah persinggahan untuk salin baju pengantin.  So, aku dah lega ar sebab sudah bergelar isteri dengan hanya sekali lafaz jer.  Then, malam tu memang sibuk giler sebab kitaorang rewang dan masak-masak untuk kenduri keesokkan harinya.  Ada yang sibuk packing goodies bag, ada yang sibuk buat bunga telur, ada yang sibuk potong-memotong bahan rencah.  Pendek kata, semuanya lar sibuk belaka.  Anak-anak sedara aku toksah nak cakap lar, sibuk main dengan sepupu diaorang.

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi mak aku dah bangun.  Sibuk menyiapkan kerja-kerja memasak.  Entah pukul berapa agaknya diaorang tido untuk siap masak lauk pauk kenduri ini.  Semalam mak suh aku tido awal.  Katanya, pengantin tak baik tido lewat, nanti mata sembap, dah tak naik seri pengantin.  Ok, ikut jer lar cakap orang tua kan.

Menjelang pukul 10 pagi, awan mendung mula kelihatan.

' Alamak, macam nak hujan jer nih.  Macam mana orang nak datang kenduri nanti? '  Aku dah mula risau.  Tiba-tiba aku terdengar jeritan mak dari bawah.  Actually rumah aku dua tingkat.

" Erin...!!  Mana baju tido semalam ko pakai? "
" Haah?  Nak buat apa? "
" Campak kat luar tingkap sekarang juga! "
" Nak buat apa mak? "
" Campak jer lar!  Jangan banyak tanya, boleh tak? "

Aku turutkan jer arahan mak.  Adakah begitu petuanya untuk mengelakkan hari hujan waktu kenduri kahwin?  Aishh...macam-macam petua orang tua ni kan!

Tak lama kemudian, hari yang mendung kembali cerah semula.  Matahari naik setinggi galah.  Alhamdullilah.  Tak sangka mak aku ni 'bomoh tolak hujan' rupanya!  Hahahaha....!!!

Nak ikutkan jadual kenduri hari persandingan aku hari itu, pukul 11 pagi sudah tersiap sedia dengan jemputan yang hadir.  Mak andam aku janji nak datang tengahari dalam pukul 12 atau pukul 1.  Nak dijadikan cerita sadis kan, mak andam aku ni tamak orangnya.  Sepatutnya dia kena lar berjanji nak andamkan satu pasangan pengantin untuk satu tempat.  Tapi hari itu, disebabkan tamak punye pasal, mak andam aku ni boleh berjanji sampai 3 pasangan pengantin untuk 3 tempat termasuk aku sekali.  Mak andam aku ni jenis makcik-makcik.  Kalo aku tau, aku amik mak andam yang bapok style ke tak pun yang mak andam yang muda-muda lagi.  Aku mulanya tak berapa setuju nak amik khidmat mak andam yang mak aku suggestkan.  Ni gara-gara kes kengkononnya mak andam aku tu saudara jauh mak aku lar.  Hampeh tul!

Disebabkan mak andam aku datang lambat, maka aku boleh berpoya-poya, berlegar-legar dalam rumah dengan baju tido ala-ala bibik, dengan zip belakangnya tutup tak sampai abis, dengan rambut basah tak tersikat (bajet konon nak keringkan rambut dulu lar).  Pendapat aku, dalam rumah tu cuma ada kaum keluarga aku saja, maka diaorang tak heran lar tengok pengantin macam serabai sebab mak andam tak sampai lagi kan.  Kaum sanak saudara aku semua lepas makan, duduk lepak kat luar jer.  Dalam rumah aku masa tu, terlampau sendat dengan barang-barang goodies, bungkusan lauk-pauk yang nak kasi kat jemputan, lepas tu dengan anak sedara nak tido dalam buai lar.  So, dah tentu takde tetamu yang nak masuk ke rumah time tu kan...kan...kan...(ayat confident!)  Oh, lupa nak bagitau!  Masa tu pelamin aku buat kat luar di halaman rumah.  Halaman rumah aku sangat luas, siap ada awning dan bersimen.  So, tak heran lar kalo cuaca nak hujan sekalipun still tak kena tempias.  Jemputan yang hadir boleh melihat pengantin secara live dan bergambar bersama-sama.  Chewaah!!  Oh, kitaorang tak buat acara bersanding, adat merenjis dan melempar batu.  Eh, bukan melempar batu, tapi bunga rampai.  Pelamin tu dibuat just untuk bergambar dengan sanak sedara pihak laki dan pompuan dan juga kawan-kawan yang turut meraikan hari perkahwinan kami.

Aku pun turun ke bawah.  Perut terasa lapar.  Pengantin kena makan dulu kang tak pasal-pasal kan pengsan pulak masa tengah bersanding.  Berbekalkan gambaran imej yang aku berikan seperti di atas, maka aku makan di atas meja sambil goyang-goyang kaki.  Padahal kat luar rumah, jemputan dah mula berpusu-pusu datang.  Adik-beradik aku dan jiran tertangga semua sibuk rewang bersama.



Anggap lar aku messy macam ni ekk!  Please lar...please lar...please!!


Tiba-tiba, saudara kitaorang dari Seremban jengah masuk ke rumah.  Hajatnya nak jumpa pengantin.

" Mana pengantinnya? "  soal makcik ku kepada kakak ku yang sulung.  Kakak aku ketika itu sedang tidurkan anaknya dalam buai.

" Tu hah dia!  Tengah melantak kat atas meja tu hah! "

Makcik ku terus berubah wajah.  Mungkin terkejut tengok pengantin buruk macam gorilla.  Serabai giler!

" Ya Allah, ni ke pengantinnya?  Mak andam ko blum sampai lagi ker? "
" Belum, auntie. Dia sampai lambat sikit. "
" Laaa...kot ye pun pengantin jangan lar pakai baju tido.  Buruk rupanya!  Sarung jer baju pengantin terus, solek simple-simple sementara tunggu mak andam ko sampai! Bla...bla...bla...bla...dan bla..."

Tak pasal-pasal aku kena bebel dengan makcik aku on the spot.  Demmit!  Terus aku bergegas naik tangga, sarung baju pengantin.  Salah satu sebab kenapa aku tak nak sarung baju pengantin awal-awal ialah PANAS!!  Grrr...ni semua gara-gara mak andam aku ni lar, sampai lewat sangat!  Kawan-kawan aku semua dah datang, dah selesai makan pun, depa semua tengah tunggu, nak tengok aku jadi raja sehari.  

Jam dah mencecah pukul tiga petang, baru mak andam aku terkedek-kedek nak sampai ke rumah aku.  Tercungap-cungap dia bila nak makeup kan aku.  Tu lar, tamak sangat amik banyak upah untuk make up kan orang dalam sehari. 

Dah lar cuaca dah mencecah ke suhu tengahari-petang, pakai pula baju pengantin satin berkerawang, aku rasa aku turun tangga dah macam ROBOCOP, keras kejung, hangpa tau tak!  Tapi aku pandai cover...tetap gak nak catwalk, nak posing bajet America Next Top Model.  Kelas ko jah...!!!

Alhamdullilah...walaupun agak kelam kabut sikit part mak andam jer yang lambat sampai tetapi tetamu jemputan yang hadir pada kenduri aku semuanya terurus dan berjalan lancar.  Lauk pauk kenduri semuanya cukup untuk tetamu yang datang.  Biasalah kalau dah nama kenduri kan, buat kat rumah ker, kat hotel ker, kat balai ker, kat dewan ker, kat padang ker, mesti ada part yang kelam kabut nyer.  Adat lar kan!  

Kepada makcik mak andam, 'jasamu' tetap dikenang sampai bila-bila.  Grrrr.....


Thanks for reading this entry!







No comments: