Video Of The Month

Thursday, 19 February 2015

Let's Make A Bento! (Japanese Style)

Assalammualaikum....


Bento berasal dari Jepun.  Orang Jepun memang terkenal dengan ketelitian dan kepentingan warna makanan dalam menu hidangan mereka.  Hidangan bento yang colorful, comel dan menu yang menyihatkan untuk kanak-kanak membuatkan kaum para ibu di seluruh dunia berminat untuk mencubanya.  Namun, masa penyediaannya memang amat merumitkan bagi kaum ibu yang bekerja disebabkan ketiadaan masa untuk mengukir dan menghiasi bekal bento untuk anak mereka.  Pun begitu, masih ada lagi cara yang simple yang boleh dicuba untuk menarik perhatian anak anda memakan makanan bekal mereka dengan gembira.


bento! had k deze al gepinned? De grondregel voor het vullen van de bento, zodat er een evenwichtig geheel ontstaat. En het bakje volgepropt = het volume staat gelijk aan het aantal kcal. Maw een bakje van 350 ml grofweg bevat /- 350 kcal
Definisi bento yang telah ditakrifkan oleh orang jepun.  


Recipe: Japanese Traditional Bento Lunch with Mustard Soy Sauce-flavored Pork, Scrambled Egg, Umeboshi Pickled Plum on Rice|日本の弁当
Bento yang simple.  Dah rasa beras sushi?  Eh, sedap tau beras sushi.  Walaupun beras dia mahal sebab beras import tapi sekali-sekala boleh lar beli untuk buat sushi.


Illustrated recipe / Japanese rice
Cara memasak beras sushi.  Aahh...aku tanak macam biasa jer!



Veggie Flowers...easy! Would be cute for a vegetable party tray.
Ini adalah bentuk yang paling simple yang korang boleh letak kat bento anak korang berbanding dengan bentuk teddy bear lar, beruang panda lar, ultraman lar, godzilla lar.  Leceh pepagi buta nak buat benda tu semua kan!



Bread roll hedgehogs video tutorial is now available on YouTube (2:06) http://youtu.be/tGeE2RSKWSQ
Roti bun mini ni aku ada jumpa kat tesco dan giant.  Selalu aku buat mini burger.  Tapi kali ini teringin pulak nak try buat macam gini.


pbs-food:    10 Tips to Make Your Own Sushi     How to Make Sushi | Fresh Tastes Blog | Marc Matsumoto
Siapa yang tak terror gulung sushi tu, pakai lar bamboo mat ni supaya tak kecah-kecah.  Selalunya aku buat sushi, tak pakai lagi bamboo mat ni.  Selalu sangat buat sampai dah terror gulung sushi...



At a Glance for Onigiri / How to Make a Japanese Rice Ball: I learned the salt on wet hands tip from my grandmother, it is INVALUABLE--the rice won't stick to your hands and the salt brings out so much flavor
Onigiri!  Bentuk yang segitiga ni dipanggil onigiri.  Bentuk yang bergulung dipanggil sushi.  Itu lar orang jepun, padahal rasanya sama jer, bentuknya lain.  Ada macam-macam style onigiri.  Boleh isi filling ikut sukahati korang.  Filet ketam, telur, salmon, isi tuna, isi ayam dan macam-macam lagi.


How to Make Sandwich Sushi for Kids Bento School Lunch - Healthy Ideas From GlorysMischief.com
Roti gandum sushi.  Macam sodap jer!  Aku dah lama tak makan roti dengan jem ni!  Sesekali makan, memang berkeping-keping layan.



All of these ingredients can be found at an Asian supermarket or grocery store: 1 lb Mochiko (glutinous rice flour, sometimes called sweet rice flour) 3 cups sugar 1 can coconut milk 1/2 can sweetened condensed milk (preferred for thicker sweeter mochi) 1 1/2 cups of water A few drops of food colouring (preferably red) Katakuriko (potato starch) (cornstarch is also a substitute or variation)






Mochi!  Aku teringin nak rasa apa itu mochi.  Sekali bila tengok kat youtube, tengok cara macam mana dia buat, rupanya senang gila!  Bahan yang penting ialah tepung pulut, air dan gula.  Intinya pula, ikut suka hati korang nak letak apa asalkan manis contoh, peanut butter, red beans, coklat nutella dan juga ice cream.  Ada macam-macam cara nak buat mochi, so aku dah sediakan beberapa video dari youtube.  Selebihnya, pepandai lar korang search sendiri yerk!  


Fun shapes for food in your Bento ... how to make a heart-shaped egg (specific tutorial on website). Go here - http://www.annathered.com/2010/09/26/how-to-mold-a-hard-boiled-egg/ - to see how to mold eggs into squares and pyramids.
Love eggs.  Tak susah nak buat ni.  Boleh ar letak kat nasi lemak nanti.


Fried egg roll tutorial: Tamagoyaki
Cara nak buat omellete rolls.  Orang jepun suka letak macam-macam kat omellete.  Macam aku gak lar!  Suka letak daun sup, bawang putih goreng, seaweed, chicken ham dan macam-macam lagi.



onigiri -  my daughter would looove these in her school lunches
Cara-cara nak buat onigiri.


Nutella and banana sushi... maybe an alternative to nutella? i just don't like nutella
Guna tortilla.



Soboro Don (そぼろ丼) is a simple Japanese rice bowl with sweet and savory ground chicken and scrambled egg. Perfect for bento.
Walaupun simple tapi still menarik selera untuk makan.


How to make onigiri
Paling senang guna acuan.  Senang, mudah dan mengenyangkan!


pizzadillas. healthy pizza. I've made this for my boy a few times now. He loves it. I actually make it in the microwave, but I love that you can add whatever you have on hand. Perfect for a quick snack or the ultimate lazy dinner. Do this with Eziekel Wraps!!
Guna tortilla.  Fillingnya suka hati anda.  Tak perlu nak uli doh lagi!  


Meatball Subs on a Stick ~ A super fun spin on the classic! This recipe uses turkey meatballs so they are lowfat as well as delicious!
Meatball dengan breadsticks.  Cicah dengan sos tomato bolognese.



Grilled rice ball - click on the name down below to picture and see the reviews for the recipe (basically you make the onigiri then dip in soy sauce and they fry it so it looks like the picture).
Yaki Onigiri!  Onigiri yang sama cuma yaki tu membawa maksud toasted, grill iaitu dipanggang.  Cuma sapukan atau salutkan dengan butter yang telah dicairkan, kicap soya cair dan madu.  Campurkan kesemua bahan dan sapukan ke atas onigiri dan panggang/grillkan di atas kuali leper dengan sedikit minyak.  Tu jer lar bahan-bahan sapuan yang halal digunakan.  Ikutkan orang jepun gunakan mirin, miso dan juga sake.  So, berhati-hati lar dengan bahan yang tak halal yerk!



Ni adalah cara-cara mudah untuk membuat yaki onigiri.


Teruja pulak nak buat japanese food ni.  Tapi belum ada kesempatan lagi.  Insya Allah nak buat lepas budak-budak naik cuti sekolah raya cina ni.  Depa pun dah merayu-rayu suruh buat sushi.  Haiyaaa...hantu sushi betul lar korang ni!  Tapi terus terang aku cakap, aku memang malas nak buat bento yang ada character cartoon ker bentuk muka.  Yang senang boleh lar!  Takde masa hokey!  Omak ko pepagi buta dah berperang kat dapur buat sarapan itu sudah cukup bersyukur lar!  



Thanks for reading this entry!  




Wednesday, 18 February 2015

Love is.... - Episode 2

Assalammualaikum....


To my dearest husband,

Who is silently read my blog...

Our love story have never ending.  This is our love story....




Bila saya bersama dengan kawan-kawan saya, saya jadi seorang pendiam, tak suka masuk campur hal orang.  Tapi bila bersama dengan abang, saya menjadi seorang yang happy and crazy.  Kita sedawa sama-sama, kita kentut sama-sama, kita buat lawak sama-sama, banyak lagi ar benda yang kita buat sama-sama.




Abang korek hidung, saya rasa abang comel...
Abang korek telinga, saya nampak abang seksi...
Abang tido ternganga pun saya rasa kehenseman abang masih lagi ada di situ.




Saya nak kita tua sama-sama yer bang...




Dulu...masa bertunang, sehari tak dengar suara abang, rasanya tak boleh nak tido.  Ok, saya tipu.  Saya tetap tido mati sebab penat sangat banyak buat assignment masa study kat IPTA.  Tapi bila sehari dapat dengar suara abang, ianya sekaligus menaikkan semangat saya lagi untuk belajar bersungguh-sungguh.  Adakah bunyinya kelihatan seperti POYO?




Abang selalu bagi saya macam-macam hadiah.  Dari start perkenalan, bertunang sehingga lar sekarang dah beranak pinak pun, abang masih lagi dengan surprise present untuk saya.  Walaupun masa tu bukan hari jadi saya, anniversary kita, hari raya, dan juga hari deepavali.  




Abang terlalu menghargai saya pada setiap masa walaupun sebenarnya apa yang saya buat hanya lar tanggungjawab saya seharian.  Abang selalu pastikan supaya saya cukup makan, cukup pakai, cukup belanja, cukup duit nafkah untuk bagi kat saya.  Dari zaman kita bercinta sehingga lar sekarang, abang telah terlalu banyak menjaga saya dengan sepenuh hati abang.  




Saya tau abang cair dengan kecomelan saya, kebluran saya, sikap huru hara saya.  Walaupun muka saya nampak macam innocent, tapi saya seksi kan?  Mengaku saja lar...



Saya tak kisah bila orang cakap badan abang macam bonzer kelab malam tu.  Dengan ketinggian 180cm, siapa yang tak takut kalau terserempak dengan abang.  Tapi bagi saya, abang lar penjaga saya yang terbaik.  Selalu melindungi saya dan anak-anak setiap masa.




Kadang-kadang kita nangis sama-sama.  Kita luahkan perasaan tanpa ada sembunyi apa-apa.  Sebab kita bergantung antara satu sama lain.  Sebab kita perlukan antara satu sama lain.  Susah senang kita sama-sama yerk bang...




Terima kasih abang kerana memahami minat saya.  Saya lar orang pertama yang menjebakkan diri abang ke bidang korean drama dan korean variety show cuma abang tak suka makanan korean jer.  Abang faham minat saya dalam bidang menjahit lalu abang belikan mesin jahit untuk saya.  Pendek kata, abang dah cukup memahami apa yang saya suka dan tak suka.  



That's why I don't like to hangout with friends.  Kawan saya add saya dalam whatapps group satu kelas, itu pun saya dah nekad untuk leave group tersebut.  Saya tak mahu keseronokan berwhatapps dengan kekawan akan membuatkan saya leka dengan tanggungjawab saya terhadap abang dan anak-anak nanti.  Biarlah saya takde kawan, asalkan saya ada abang dan anak-anak.  



Bak kata P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.  Kita pernah bergaduh, terluka perasaan memasing tapi kita sama-sama cepat memujuk.  Sepanjang kita melayari bahtera perkahwinan, abang tak pernah tengking saya, abang tak pernah mengasari saya, abang tak pernah angkat tangan di muka saya.  Terima kasih kerana menghormati saya sebagai kaum wanita yang lemah.




Walaupun ribut taufan melanda...
Walaupun Godzilla datang menyerang...
Walaupun kedai kain tengah buat sales gila-gila...

Asalkan abang ada di sisi saya, saya tak perlu risau apa-apa lagi!




Kenangan kita terlalu banyak.  Kalo dijadikan novel, tentu ramai yang nak beli.  Ppuiihh!




Saya tau abang memang terror main Counterstrike.  That's why saya tak suka lawan games dengan abang.  Abang memang tak kan kasi saya menang punyer!  Siapa yang nak serah diri kena tembak macam gitu jer kan?  Grrrr...




Abang seperti bomoh.  Macam tau jer apa yang terlintas kat fikiran saya bila saya teringin nak makan something.  



250_ineedyou
Kalo saya jadi bunga, abang jadi durinya.  
Kalo saya jadi bulan, abang jadi cahayanya.  
Kalo saya jadi tayar, abang jadi keretanya.
Kalo saya jadi cicak tokek, abang jadi cicak man lar !

Hahaha...we still need each other!



248_talking
Kita boleh berkongsi pelbagai cerita.  Walaupun kita tak tau motif cerita yang nak disampaikan itu.  Hahaha....


247_love_time
Bila saya sakit, abang cepat-cepat pergi belikan ubat dan bubur untuk saya.  Saya tau abang masih ingat lagi sampai sekarang tentang kenangan abang hantar ke klinik masa saya sengugut sakit kaki macam nak patah kaki tu.  Bila rewind balik kisah tu, kita gelak berdekah-dekah.  Memang sangat lucu ketika itu.  Pekerja klinik pun ketawakan saya.  Mana ada ubat sengugut untuk sakit kaki macam nak patah kaki.  Chipet betul!  Terima kasih abang kerana menjaga saya sepanjang saya berpantang selepas melahirkan anak-anak kita.  You're my best doctor in the world!  




Sila muntah cepat-cepat jika entry ini membuatkan anda rasa geli-gelimen dan cheesy.  Hahaha....!!!



Thanks for reading this entry!










Blog is Under Maintenance

Assalammualaikum...


Harap maaf.  

Dengan ini saya sebagai owner blog yang menjadi pilihan hati, disukai ramai ( ppuiihh! ), ingin memberitahu bahawa blog ini sedang dalam perhatian, eh salah!  Sedang dalam penambahbaikkan entry-entry yang sebelumnya.  

Harap bawa bertendang.

Eh, salah lagi!

Harap bawa bertenang dan bersabar.

Sekiranya anda mencari entry-entry yang sebelum ini anda pernah baca di dalam blog, tapi bila anda nak refer balik, entry itu tertiba takde pulak dalam list, bermakna entry tersebut sedang di dalam penambahbaikkan.

Di samping itu juga, saya tetap menghasilkan entry-entry yang baru yang dijamin mutu keunggulan terkini (hok tuiih!).

Supaya saya dapat memberi yang terbaik khas untuk pembaca blog saya.

I love you all!



Sincerely, 
Erynemysha





Monday, 9 February 2015

Fashion Chapter 27 : Guidance of Dress / Baju Kurung Design for Hari Raya 2015

Assalammualaikum....



Dah lama aku tak up entry pasal fashion.  Bukan takde ideas, but seriously memang berlambak sangat gambar fashion nak share dengan korang, khasnya buat pembaca blog yang setia and silent readers.  Dari rugi duit beli majalah fashion, better korang baca blog aku ni hah!  Hahaha...melampau betul!


So....


Ni lar hadiah saguhati untuk korang yang dah lama tunggu entry pasal fashion!  Yeayy....!!!


Eden nak tanya...


Siapa dah tempah awal-awal baju kurung raya tahun ni, sila angkat tangan!  

Tahun ni rasanya aku tak tempah baju raya kot sebab tahun ni aku berazam nak menjahit sendiri baju raya aku, yeay...!!!  Termasuk baju raya my girls sekali!  Tahun ni rasanya macam malas nak buat pattern baju kurung.  Teringin pula nak buat dress kembang ala-ala princess jer.  Tahun ni juga terasa macam nak pergi berjalan raya ke rumah saudara mara dengan ootd skirt chiffon kembang dan blouse, ataupun dengan palazzo.   Korang bukannya tak tau, aku kan suka unik style, lain dari yang lain.  Yang penting takde ler crowded sangat dengan bling-bling pun.  Skirt kembang untuk my girls dah lama siap jahit.  Skirt kembang untuk mak budak jer belum jahit lagi ni.  Termasuk juga tempahan menjahit dari adik-adik aku lagi.  Fuhhh...korang kan memang tau order saja!  


Yang paling heaven sekali ialah pergi ke kedai kain lar.  Rambang mata nak pilih fabrik yang mana satu menawan hati.  Jenuh my laki tunggu aku kat luar kedai kain tu.  Hahaha....!!  Tapi dia tak pernah hampakan permintaan aku.  Agak-agak buat muka comel dengan joget shuffle kat depan dia, dapat lar izin pergi ke kedai kain dengan hati yang gumbira.  Dengan berupahkan karipap kentang RM3.00 dapat 9 ketul, makan lar hang sampai abis kat luar kedai kain tu sementara cheq kat dalam dok pilih kain norr....


So.....


Korang dah dapat ke belum, design atau pun ideas buat baju kurung ke dress ke untuk raya tahun ni?  Kalau korang terasa pening kepala, tak tau nak buat apa untuk design raya tahun ni, atau pun korang masih tercari-cari design yang lain dari lain, tak nak ciplak orang lain kan, diharapkan dengan adanya kewujudan entry ini dapat membantu menyelesaikan masalah kebuntuan korang.  Ececeh....!  So, diingatkan sekali lagi, di sini aku memang tidak menekankan peranan tudung dalam gambar-gambar di bawah sebab kebanyakkannya semua model memang tidak bertudung kan, tapi di sini aku amat-amat menekankan tentang ciri-ciri the colors, the details, the designs, the styles, the ideas, and the prints supaya kita semua sama-sama dapat meneliti keindahan sesuatu busana.  Bukan senang yerk kita nak meneropong designs dan ideas dari pereka luar.  Ideas mereka memang superb and awesome!  Sampaikan aku kata pada diri aku...


"  Whoaaa...style ni boleh terap pada gaya muslimah ni!  "


" Oh, I wanna wear like that! "


" That is super duper awesome design for this Raya! "


( Jaw dropping )

Hahahaha....

Just enjoy it!  I bet you.  You'll not regret after you finish read this entry.



De nieuwe kleuren voor lente-zomer 2015 | www.lidathiry.nl | klik op de foto voor het bericht #Pantone
Pantone color 2015 yang telah diramalkan oleh designer!  Adakah color baju raya korang tahun ni termasuk color pantone 2015?  Yeah...aku terasa berminat dengan color toasted almond dan classic blue.  Tahun lepas color baju raya aku termasuk color pantone 2014 iaitu orchid purple.  Tapi tahun ni takde color purple pulak!  


TENDENCIAS COLOR MODA PRIMAVERA 2015 - Selección de figurines con las tendencias de color de la temporada , gracias a Pantone y http://magazine.coolhunting.pro
Pilih lar color pantone anda sekarang!


And Pantone’s Color of the Year for 2015 Is… via Brit + Co. pantone marsala #pantonemarsala
Sesekali nak pergi beraya dengan jumpsuit palazzo, ok ker aper?  Asalkan menutup aurat dan tidak ketat.


Long kimono cardigan with maxi skirt
I always...always adore this style!  Sangat...sangat sopan kalo nak bertandang ke rumah orang.


RUNWAY TO ROOM: Black and gold with varying width stripes would be FABULOUS on drapery or pillows!!
Kenapa...kenapa...aku perhatikan semua jubah mesti ada lining sequin kat tangan?  Bukannya aku tak suka, tapi bila semua orang nak copy paste style macam gitu kan, so tak nampak lar sesuatu keunikan busana nya di situ.  Alaa...sama jer design jubah ko dengan jubah si anu ni.  Cuma harga dan jenamanya jer yang lain...


Innai Red

I love the color but I prefer baju kebarung than baju kebaya.  Singkat sangat, tak boleh cover punggung hah!


Azzaro Pre-Fall 2013 - i would make this into an abaya. It will look so pretty
Ni baru unik.  Lain dari yang lain sebab tak banyak busana jubah yang ada details macam gini kan?


Emilio Pucci Resort 2015 - Review - Fashion Week - Runway, Fashion Shows and Collections - Vogue
I'm still falling in love with ombre color.  Tapi susah nak cari fabrik ombre color yang plain kat kedai kain.  Kesemuanya fabrik ombre color yang ada corak prints.  Uwaaa...tak nak lar, nampak macam berserabut!  Sebenarnya nak potong kain pun kena ada skills tau!  Bukan main sebarangan jer potong kain ikut ukuran.


The khaleeji abayas are also must haves. This one in particular i like because of the waist detail. Pretty different from the typical belt accessory. My only concern is would this work for someone who's got a lil eh hem junk in her trunk (good junk ;) ) other than that my wardrobe is beginning to look quite fantastic!
Simple tapi ada keunikannya sendiri.  Tak perlu ada kerawang, sequin atau bling-bling.  Just put the details and ideas.  


one

Suka sangat details kat bahagian pinggang dia...


Innai Red Raya 2013
Lawanyer lahai kalo buat pattern baju kurung macam ni dengan kain bertingkat-tingkat.  Memang susah sikit nak buat details macam ni.  Sebab tu kena cas mahal dengan tailor.


This perfect lavender gown with floral detailing is lovely for spring and summer
Dress lavender flower prints yang tidak terlalu melarat.


another lovely solemnization dress!

Walaupun baju untuk wedding tapi kita boleh ciplak juga untuk design baju kurung raya.  Tengok details bunga yang dia tampal kat baju tu.  Cantikkan?  Dah pandai buat bunga fabrik nanti boleh tampal kat baju kurung ekk...


Getting great response for previous collection” Women Embroidered Silk Velvet Coats by Gul Ahmed”, it is back with the latest clothes and it is named as “Gul Ahmed G-Pret Winter Collection 2014”. Winning many of nationwide and…More picture and detail available at http://www.newfashioncorner.com/gul-ahmed-g-pret-winter-collection-2014/
Sesuai untuk design jubah labuh


Elegant Long Sleeve Evening Gown in Lace and Satin 29621

Simple but still fabulous


♥ Muslimah fashion & hijab style
Aku sentiasa adore dengan design Jovian Mandagie sebab ada keunikkannya tersendiri.  Tahun lepas, Tesco amik Hatta Dolmat untuk rekaan baju raya.  Sayangnya, baju raya Hatta Dolmat from Tesco tak laku langsung.  Maybe sebab material kainnya yang tak berapa best sangat bila dipakai.  Pulak tu size yang dijual terlampau kecik dan ketat sangat, lebih kurang size model untuk runaway.  Awat hang buat size kecik bebenor?  Hangpa ingat yang beli baju hang kat Tesco semuanya model-model belaka ka?  Akhirnya baju raya Hatta Dolmat from Tesco telah diberi diskaun 75% dari harga sebenar untuk penghabisan stok.  Tesco bagi free pun aku tak nak sebab ketat sangat dan tak suka dengan material kainnya.


Jenahara fashion series - Indonesia Fashion Week 2012
Yeszaaa...aku nak pergi berjalan raya dengan skirt kembang semangkuk cendol macam gini lar!  Inspired lar dengan style ni...


Kebaya labuh.

Simple.  Pergi beraya dengan kebaya labuh.


Francis Montesinos MBFW Fall Winter 2014 pearl color dress saten silk peacock print abaya jalabiya modest fashion muslim inspired outfit
Love the ideas of peacock prints yang diterapkan dalam busana ini.


Innai Red.

Comel...baju kurung ada big ribbon kat bahu.  I like the details kat bahagian leher, bahu dan pinggang.  


Giada Curti Shukran Collection
The color and the details is so beautiful!


Say It With Style Peplum Skirt  RM89.90

Awww....comel sangat pakai peplum color block ni!


A La Russe Pre-Fall 2014
Sejak bila designer omputih pandai buat dress yang bersopan santun macam ni?!


Modern Kurung

Modern kurung dengan diberikan perincian pada bahagian tangan dan juga kolar mandarin.


Her dress oh my!
Comel kan bila omputih pakai dress macam ni?  Cuba kalo kita pulak yang pakai, siap dengan tudung sekali?  Mesti lagi bertambah comelnya...


Alia Bastamam of Malaysia | Resort 2014 6

Biarlah takde bling-bling, asalkan kita selesa memakainya...


Juana Martin Spring-summer 2015. ♥ Muslimah fashion & hijab style
Perfect!


Liyana Ghaus from Malaysia designing from street wear to Islamic wear | NAFYANA-EID-COLLECTION-2014-3

Kenapa cantik sangat nih...?  


Juana Martin Spring-summer 2015.
Biarlah simple janji awesome!


Jenny Packham Fall 2013

Details hanya tertumpu di bahagian atas.  Kain pula ala-ala tutu skirt.  Nice design!


nicholas oakwell couture ~ pure glam!
Ko tak rasa fabulous ker bila pergi beraya pakai busana macam gini?  Ke aku sorang jer yang rasa fabuloso?


Elie Tahari Resort 2012 white and gold elegant pants outfit - classic and timeless style!
Ini lar contoh busana palazzo yang telah meng'inspired'kan aku untuk dipakai di hari raya nanti.


Hijab dresses
The color is so beautiful.  Pink belacan?


Tadashi Shoji fashion collection, pre-autumn/winter 2014
From designer Tadashi Shoji.  Bukan Rizalman atau Riezman yerk!


Roberto Cavalli Spring 2014 Milan
From designer Roberto Cavalli


Evening dress, House of Balmain, 1966. Worn by Katharine Graham to Truman Capote's Black and White Ball given in her honor.
Love the details.  No more sequin!


my baby would love me when wear it
Love her brooch flower.  Love her tudung yang labuh sampai ke paras dada.  Even ko ada rantai emas yang labuh pun, better tutupkan jer lar perhiasan tu.  Tak perlu ko nak tunjuk kat semua orang yang ko pakai rantai emas labuh.  Makin tambah risiko kena ragut lagi ada lar!  Haah, aku dah up entry pasal diy flower fabric kan?  Lepas ni takyah lagi beli brooch, buat sendiri jer lar flower brooch tu, lagiii...jimatt!  


Rami al Ali - Couture - Fall-winter 2013-2014
From designer Rami Al Ali


haute couture hijab | Tchétchénie : Haute couture Hijab - Maison Firdaws -
Woii..apsal muka ko garang sangat?  Apa-apa pun prints and design baju ni memang lawa giler!  Sekarang bukan ker dah intrend corak ranting kayu ni?



Akhir kata dari saya, tak perlu lar kita nak design busana mengikut alur bentuk badan ko.  Walaupun ko kurus macam maner sekalipun, tak perlu lar nak pakai ketat-ketat sangat.  Biarlah longgar asalkan selesa untuk bertandang ke rumah orang.  Pilih lar material fabrik yang selesa untuk dipakai dan bukan for showing.  Aku kurang berminat sikit dengan fabrik yang terlampau banyak sangat corak, lace 'langsir' dan color.  Aku prefer fabrik plain dan plain ombre color.  Diharapkan guidance ini dapat membantu anda semua dalam memilih design untuk raya tahun ni dan juga tahun akan datang.  Ini pun guidance untuk aku juga in future sebab akan ku buka balik entry ni semula for refreshing ideas.  


Thanks for reading this entry!