Bento berasal dari Jepun. Orang Jepun memang terkenal dengan ketelitian dan kepentingan warna makanan dalam menu hidangan mereka. Hidangan bento yang colorful, comel dan menu yang menyihatkan untuk kanak-kanak membuatkan kaum para ibu di seluruh dunia berminat untuk mencubanya. Namun, masa penyediaannya memang amat merumitkan bagi kaum ibu yang bekerja disebabkan ketiadaan masa untuk mengukir dan menghiasi bekal bento untuk anak mereka. Pun begitu, masih ada lagi cara yang simple yang boleh dicuba untuk menarik perhatian anak anda memakan makanan bekal mereka dengan gembira.
Definisi bento yang telah ditakrifkan oleh orang jepun.
Bento yang simple. Dah rasa beras sushi? Eh, sedap tau beras sushi. Walaupun beras dia mahal sebab beras import tapi sekali-sekala boleh lar beli untuk buat sushi.
Cara memasak beras sushi. Aahh...aku tanak macam biasa jer!
Ini adalah bentuk yang paling simple yang korang boleh letak kat bento anak korang berbanding dengan bentuk teddy bear lar, beruang panda lar, ultraman lar, godzilla lar. Leceh pepagi buta nak buat benda tu semua kan!
Roti bun mini ni aku ada jumpa kat tesco dan giant. Selalu aku buat mini burger. Tapi kali ini teringin pulak nak try buat macam gini.
Siapa yang tak terror gulung sushi tu, pakai lar bamboo mat ni supaya tak kecah-kecah. Selalunya aku buat sushi, tak pakai lagi bamboo mat ni. Selalu sangat buat sampai dah terror gulung sushi...
Onigiri! Bentuk yang segitiga ni dipanggil onigiri. Bentuk yang bergulung dipanggil sushi. Itu lar orang jepun, padahal rasanya sama jer, bentuknya lain. Ada macam-macam style onigiri. Boleh isi filling ikut sukahati korang. Filet ketam, telur, salmon, isi tuna, isi ayam dan macam-macam lagi.
Roti gandum sushi. Macam sodap jer! Aku dah lama tak makan roti dengan jem ni! Sesekali makan, memang berkeping-keping layan.
Love eggs. Tak susah nak buat ni. Boleh ar letak kat nasi lemak nanti.
Cara nak buat omellete rolls. Orang jepun suka letak macam-macam kat omellete. Macam aku gak lar! Suka letak daun sup, bawang putih goreng, seaweed, chicken ham dan macam-macam lagi.
Cara-cara nak buat onigiri.
Guna tortilla.
Walaupun simple tapi still menarik selera untuk makan.
Paling senang guna acuan. Senang, mudah dan mengenyangkan!
Guna tortilla. Fillingnya suka hati anda. Tak perlu nak uli doh lagi!
Meatball dengan breadsticks. Cicah dengan sos tomato bolognese.
Yaki Onigiri! Onigiri yang sama cuma yaki tu membawa maksud toasted, grill iaitu dipanggang. Cuma sapukan atau salutkan dengan butter yang telah dicairkan, kicap soya cair dan madu. Campurkan kesemua bahan dan sapukan ke atas onigiri dan panggang/grillkan di atas kuali leper dengan sedikit minyak. Tu jer lar bahan-bahan sapuan yang halal digunakan. Ikutkan orang jepun gunakan mirin, miso dan juga sake. So, berhati-hati lar dengan bahan yang tak halal yerk!
Ni adalah cara-cara mudah untuk membuat yaki onigiri.
Teruja pulak nak buat japanese food ni. Tapi belum ada kesempatan lagi. Insya Allah nak buat lepas budak-budak naik cuti sekolah raya cina ni. Depa pun dah merayu-rayu suruh buat sushi. Haiyaaa...hantu sushi betul lar korang ni! Tapi terus terang aku cakap, aku memang malas nak buat bento yang ada character cartoon ker bentuk muka. Yang senang boleh lar! Takde masa hokey! Omak ko pepagi buta dah berperang kat dapur buat sarapan itu sudah cukup bersyukur lar!
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment