Video Of The Month

Tuesday, 3 March 2015

Washi Tape Projects Ideas

Assalammualaikum...


Dah lama aku tak update blog?


Why?


Aku bukannya merajuk, mahupun menghilangkan diri.


Aku cuba buat-buat untuk hilangkan diri sekejap agar korang rindu kat aku.  Aci tak?


Nge ngada!  Meh sini meh kena penampar buaya sikit!


Seperti video muzik lagu di atas yang bertajuk Stay.  So, please stay with me...ok!


Kalo web version boleh tengok lar video muzik tu.  Kalo guna mobile version, nak tengok video celah mana?


Cuti raya cina minggu lepas aku tak pergi ke mana-mana.  Busy layan customer datang cc.  Dan juga busy menjahit dengan bermacam-macam projek.  Nak tau projeknya, visit my Instagram.  I'm sorry...only for gegirls.  That's why aku privatekan Instagram agar aku dapat menapis dan approve khas untuk kaum perempuan sahaja.  Sorry again, aku takkan approve jika anda seorang lelaki.  So, faham-faham jer lar yerk!


Back to the title of entry!


Tahukah anda apakah dia washi tape?


Sebenarnya washi tape ni lebih merupai slotep biasa jer, cuma ianya mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik dan comel.  Tidak diketahui siapakah pencipta yang memperkenalkan washi tape ni.  Adakah dia juga pencipta makanan wasabi?  Apa kena mengena washi tape dan wasabi?  Itulah akibatnya dah lama tak update blog kan...


Washi tape ni kalo orang tak tau cara penggunaannya memang buta-buta jer lar tampal kat mana-mana yang kita nak.  Tampal kat helmet, kat buku, kat kasut, nak tampal notice kat dahi laki sendiri pun boleh!  Sebenarnya ada banyak idea yang boleh kita gunakan dengan washi tape ni.  Aku pun tak terfikir untuk buat projek DIY dengan menggunakan washi tape.  Aku ada beli washi tape ni kat kedai Mr. DIY.  Aku beli pun sebab corak-corak dia memang tersangat lar comel belaka.  Alaa...lagipun bukannya mahal washi tape ni.  Tak sampai RM5.00 pun!  Selalunya aku beli washi tape ni untuk tampal cover belakang hp aku.  So dazzling, I tell you!  Nak tau cara-caranya, jom kita terjah entry kali ini...





Inilah rupanya washi tape yerk!  Teruja tak tengok corak dan colorful macam ini.  Kalo aku kan, memang teruja giler!  Macam-macam idea timbul nak buat projek DIY dengan washi tape ni.


Create these washi tape dry erase frames for a buck! #DIY #crafts #scotchBTS

Guna white board marker yer, senang sikit nak padam dengan tisu.



Super kawaiii....!!!



Boleh dijadikan hiasan di atas hadiah!  Lepas ni kalo nak balut hadiah dengan A4 paper putih pun takpe.  Tampalkan jer dengan washi tape, naik lar seri hadiah tu nanti!  Jimat!  Tak perlu beli kertas hadiah mahal-mahal!



Dulang yang kosong?  Tampalkan jer dengan washi tape!



Naik seri bila botol kosong yang plain macam ni ditampal dengan washi tape yang comel-comel.


laptop3034.jpg
Cover skin laptop memang mahal rabak.  Nak jimat?  Tampal jer dengan washi tape pelbagai corak.


Learn how to DIY washi tape wallpaper with this tutorial. Ellen Hutson LLC sells washi! #ellenhutsonllcstore #ellenhutsonllc

Kreatif sungguh bila washi tape dibuat begini.  Very inspired...


DIY Washi Tape Dispenser...can you say Brilliant!

Aluminium foil jangan dibuang, boleh recycle untuk diletakkan washi tape seperti begini.


Washi tape banner on jute or bakers twine. This can also be a great idea on a larger scale with design/pattern paper.

Washi tape juga boleh dibuat banner.  Sesuai dijadikan untuk majlis harijadi, ataupun apa-apa majlis pun.


Decorate those boring cords with washi tape

Boring dengan cable wayar telefon anda?  Hiaskan dengan washi tape!  Ataupun boleh hiaskan juga pada power bank anda!


Washi Tape DIY Projects • Lots of Ideas & Tutorials! Including these washi tape candle votives from 'I spy diy'.

Gelas comel-comel ni boleh ditampal dengan washi tape seperti begini.  Boleh dijadikan perhiasan ataupun doorgift untuk majlis perkahwinan.


{DIY Washi Tape Makeovers for Pencils and Notebooks}

Selain daripada itu, washi tape juga boleh ditampal pada note buku ataupun pensil dan pen anda.


30+ Fun Washi Tape Ideas + Downtown Tape WASHI GIVEAWAY!

Boleh juga tampal pada dinding sebagai frame gambar anda.  Jimat!  Tak perlu nak order bingkai yang gah-gah untuk letakkan gambar anda!


27 Creative and Fun DIY Back to School Ideas.  Good ideas, but no directions or list of materials.

Akan ku balut washi tape ni pada setiap pensil anak-anak aku.  Salah satu cara untuk mereka mengecam pensil mereka sendiri nanti.  Takde lar tertukar dengan kawan-kawan.  Satu idea yang menarik dan comel!


50 Washi Tape Ideas | My Chic Life-great for those dollar tree cases you can buy

Tampalkan washi tape pada cover handphone anda!  Pilih lar corak yang menarik!


Striped Washi Tape Frame make the colors of stripes Chi O's themed?

Bosan dengan frame gambar yang plain.  Hiaskan dengan washi tape!


12 creative washi tape ideas for your workspace | Fox and Star Blog ✿⊱╮Teresa Restegui http://www.pinterest.com/teretegui/✿⊱╮

Kalo dah banyak-banyak macam gini, nampak lawa ler plak yerk!  Wall of photos!


Things You Can Do With Washi Tape - Washi Tape Crafts - Good Housekeeping

Botol kaca yang plain boleh dihiasi dengan washi tape jer.  Senang!


цветной скотч в классе - 3rd Grade Gridiron – Teaching Resources and Ideas for Your Classroom

Tong cekedis ni jangan dibuang.  Cuci bersih-bersih dan tampal dengan washi tape.



Ada macam-macam lagi cara untuk dipelbagaikan penggunaan washi tape ni.  Yang selainnya pepandai lar korang google nanti yerk!  Benda yang tak cantik, kosong kalo dicantikkan dengan washi tape, bukankah lebih sedap dipandang mata?  Jimat....tak perlu nak spray cat ataupun balut macam-macam untuk cantikkan sesuatu benda.  Paper bag untuk door gift, bagi sesiapa yang mahukan penjimatan, boleh lar hiaskan dengan washi tape ini untuk nampak lebih comel lagi.  Sebab selalunya paper bag ni lepas orang dah amik isinya, orang buang beg dan guna pun tak lama sebab tak tahan kan.  So, sangat membazir kalo beli paper bag yang cantik dan mahal untuk dibuat doorgift.  Better pakai paper bag yang coklat tu jer lar.  

Amalkan sikap berjimat cermat!



Thanks for reading this entry!




1 comment:

Unknown said...

yaayy...tq bagi idea :D