Harap maaf.
Walaupun minggu ini minggu cuti persekolahan tapi bagiku tiada makna cuti dalam kamus hidup aku. Hahaha....
Minggu cuti persekolahan ini sememangnya amat sibuk bagiku sebab awal-awal aku dah siap list what to do untuk mesti dilakukan. Ini termasuklah kerja-kerja menjahit dan kerja-kerja pengubahsuaian perabot dalam rumah. Sebab lepas ni bulan depan straight sekolah selama sebulan. Tiada lagi nak ngelat-ngelat cuti 3-4 hari. Yang ada pun cuti hujung minggu jer. Hujung bulan 5 baru ada cuti sekolah pertengahan tahun.
Berbalik pada topik di atas.
Kepada adik-adik di luar sana, yang baru lepas graduate dari SPM.
Akak nak tanya...
Adakah SPM penentu kejayaan dan hala tuju hidup kita di masa akan datang?
Saya suka dengan petikan artikel dari http://www.drafiqrahim.com. Barangkali bagi adik-adik akak yang baru lepas ambil result SPM, yang suka baca blog Kak Erin, ini adalah pengalaman akak untuk dikongsikan bersama adik-adik di luar sana.
Untuk baca artikel penuh dari Dr. Afiq Rahman, sila klik di sini
Aku adalah pemegang SPM pangkat 1. Dulu SPM masih lagi guna pangkat-pangkat. Tak kan sama dengan pangkat askar tu. Lepas abis SPM, aku terus bekerja sambilan sebagai sales assisstant di sebuah pasaraya. Aku kerja bersama dengan kawan-kawan aku yang juga baru lepasan SPM untuk mencari duit poket. Gaji Sales Assistant ketika itu cuma lar RM600 sebulan. Dua kali gaji sebulan. RM300 untuk dua minggu. Tapi pasaraya tu penipu. Aku tak pernah dapat full salary. Even aku OT sekalipun. Dapat gaji, perkara pertama sekali yang aku buat ialah belanja family aku makan KFC. Betapa puasnya dapat duit hasil titik peluh sendiri. Nasib baik lar aku kerja tak lama, cuma 2 bulan jer. Di saat aku mahu putuskan untuk berhenti kerja, tiba-tiba aku telah didatangi surat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti awam. Terus aku tak datang kerja pada hari itu. Balik rumah aku bakar baju kerja aku. Disebabkan geram dengan supervisor, baju kerja dibakarnya. Hahaha...! Sekarang ni pasaraya kat tempat aku itu dah pun tutup, dah diganti dengan macam-macam pasaraya yang lebih hebat lagi.
Aku dapat tawaran sambung belajar di UiTM, Shah Alam. Walaupun kursus yang aku dapat itu adalah pilihan aku sendiri, pilihan ketiga dalam borang UPU, namun aku terima dengan hati terbuka. Mungkin tiada rezeki atau syarat-syarat SPM aku tidak mencukupi untuk kriteria pilihan kursus pertama dan kedua. Nak pilih kursus doktor, Fizik, Kimia dan Add Maths aku hanya cukup-cukup makan walaupun Biologi aku dapat markah kredit. Lagipun, aku takut tengok darah dalam kuantiti yang banyak. Setakat tengok darah luka tu, ok lagi. So, aku play save. Aku amik kursus yang paling senang nak score. Diploma in Office Management and Technology.
Percaya lar adik-adik. Dulu, terasa seksa sangat masa nak apply PTPTN. Beratur dalam keadaan berhimpit-himpit di dewan sehingga berjam-jam, sampai ada budak pengsan sebab kesukaran untuk bernafas. Namun, demi tak mahu menyusahkan keluarga aku untuk membayar yuran pengajian sepanjang aku belajar di UiTM, aku terpaksa menempuh semua itu. Nasib baik lar kursus aku antara yang paling murah dan rendah nilai pinjaman PTPTN nyer. Cuma belasan ribu sahaja, tidak termasuk kos pentadbiran. Kalo aku amik kursus doktor atau engineering, sudah tentu jejak berpuluh-puluh ribu ringgit.
Lepas aku abis final exam pada final semester pengajian aku di UiTM, aku tak berniat langsung untuk sambung belajar lagi ke peringkat Ijazah. Memang pointer aku dah cukup bagus untuk sambung ke peringkat ijazah. Tapi aku tolak sebab aku fikir aku tak mahu dibebani dengan hutang yang banyak. Cukup lar aku berhutang kursus diploma dengan PTPTN. Inipun, dah abis belajar, hutang dah keliling pinggang. Belum lagi nak buat pinjaman untuk beli rumah dan beli kereta lagi. Ok, that's it! Just stop here! Aku tak mahu bayar hutang PTPTN sampai ke tua. Abis final exam jer, aku terus berkemas untuk balik ke kampung. Nasib baik tunang aku a.k.a suamiku, sudi datang menjemput aku di Shah Alam. Aku rasa, aku lar orang pertama dalam rumah sewaku, yang awal balik ke kampung. Yang lelain semua, ada kawan-kawanku yang nak stay beberapa minggu di rumah sewa itu, untuk tunggu kemasukkan ujian MUET sebagai syarat sambung degree. Ada juga yang nak stay untuk saja-saja 'bergumbira'. Yelar, dah abis belajar kan? Mahunya tak nak celebrate?
Lepas sebulan aku tamat belajar, aku dapat offer kerja. Namun begitu, aku merasakan bidang kerja makan gaji adalah bidang yang tidak sesuai bagiku. Aku tidak suka bekerja di dalam situasi yang stress. Terima arahan tu ok lagi. Mungkin aku sesuai bekerja dengan laki aku saja. Jadi kakitangan dia, jadi 'secretary' dia. Lagi afdal! Aku tak perlu keluar ke tempat kerja, with beautiful makeup, beautiful dressing, just untuk tatapan orang lain dan bukan untuk laki sendiri. Tteettt....!!
Aku ada seorang kawan, yang mana kawan ini ialah kawan laki aku. Dan aku pun kenal dia since aku dan laki aku bertunang lagi. Laki aku cakap, keputusan SPM dia tidaklah terlalu bagus sangat. Di saat rakan-rakan sebayanya memutuskan untuk menyambung pengajian ke peringkat universiti, dia pula memutuskan untuk terus bekerja di dalam plant di sebuah kilang minyak mentah di Pasir Gudang. Pada mulanya, dia bekerja di peringkat bawahan, kerja yang setaraf dengan budak lepasan SPM. Sehinggalah dia dinaikkan pangkat disebabkan pengalaman dan skop pengetahuan dia dalam bidang kerjanya. Sehingga kini, dia sudah menjawat jawatan yang setaraf dengan engineer yang baru fresh graduate dari universiti. Dia sudahpun pergi German dan Russia untuk kursus training dalam skop kerjanya di bawah tanggungan company nya.
Lihatlah.
Hanya berbekalkan SPM. Pengalaman. Pengetahuan dalam bidang kerja. Ianyanya mampu merubah masa depannya. Ditambah pula dia tiada hutang pinjaman PTPTN, MARA atau lelain yang sewaktu dengannya. Yang ada cuma hutang rumah, kereta dan motorbike.
Kadang-kadang...
Apa yang kita belajar di peringkat universiti secara teori, tak sama dengan bidang kerja kita di luar secara amali. Skop sesuatu bidang kerja kita sentiasa berubah selaras dengan kehendak dan permintaan. Apa yang kita belajar di universiti adalah tidak berubah dan menggunakan teori yang sama. Adakah kita membazir masa dan duit bila membuat keputusan untuk menyambung pengajian ke universiti?
Tepuk dada dan tanya selera.
Pun begitu, bukan senang jika kita ingin merubah masa depan kita dengan hanya berbekalkan sijil SPM. Jika ingin mengecapi kejayaan dalam hidup, tak semudah kita mencapai dengan menaiki lif. Mereka semua ini merangkak dari bawah. Dengan hanya berbekalkan kegigihan, tidak mudah putus asa, usaha, tawakal, maka dengan hanya SPM saja, mereka mampu pergi jauh dari mereka yang ada Diploma, Degree, ataupun Master.
Mungkin zaman sekarang, lebih banyak makcik-makcik dan pakcik-pakcik di luar sana yang suka membezakan taraf pendidikan seseorang itu.
Tapi, jangan lupa...
Kerana di akhirat esok, taraf kita semua sama jer.
Yang membezakan kita ialah hutang.
Biarlah kita cuma ada sijil SPM, asalkan kita tak berhutang dengan pinjaman pengajian sampai ke tua.
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment