Video Of The Month

Thursday, 5 March 2015

House of Recipes : Puff Pastry Ideas

Assalammualaikum....


Baru-baru ini, aku ada beli puff pastry ready made di Giant.  Sangat murah lar jugak, 10 keping pastry lebih kurang RM5 lebih.  Ok lar tu kan!  Dari beli kat kedai bakery, satu roti puff berharga RM2 lebih.  So, better buat sendiri jer lar!  Sungguhpun begitu, aku memang tak kuasa nak menguli doh pastry pepagi buta yang banyak memakan masa tu.  Ingat senang ker nak buat doh puff pastry ni?  Aku kalau bab uli menguli doh untuk buat roti ker donut ker karipap ker, memang fail abis!  Tapi kelim karipap, I terror lagi, hokey!  Tengok tutorial kat youtube tu pun, aku dah mengeluh!  Susah giler, sampai berlapis-lapis doh kena uli dan uli lagi. Arghhh...better beli ready made jer lar!  Boleh beli kat Giant atau kat kedai bakery yang berdekatan dengan anda!  

So, disebabkan dah beli puff pastry ni, percubaan pertama aku ialah buat hotdog yang dibalut dengan puff pastry sebab itu jer lar resepi yang terlintas kat kepala aku pepagi buta kan.  Sapu telur kat atas pastry, and then bakar sehingga kekuningan.  Bila dah siap dibakar, rasanya memang perghh...sedap seyh!  Sedap kalo dimakan panas-panas.  Lembut giler puff pastry yang aku beli kat Giant tu.  Itupun aku buat sikit jer dulu, selebihnya aku simpan.  Adunan doh puff nyer memang naik kembang dengan cantik dan baunya pun sedap.  


Sangat mengenyangkan.  Sesuai lar untuk bawak bekal budak-budak ke sekolah.  Laki aku pun cakap sedap dan lembut giler.  Masa bakar 30-35 minit.


Bila tengok puff pastry yang aku bakar berkembang dengan cantik, saat itu lar aku jatuh cinta pada puff pastry dan ingin meneroka lebih lanjut lagi tentang resepi dan ideas yang lain untuk puff pastry ni.  Rasanya macam nak buka kedai bakery jer lepas ni.  Rupa-rupanya ada macam-macam idea resepi untuk jadikan puff pastry lebih sedap dimakan.  Selain dijadikan sebagai rujukan aku di dalam blog ni, boleh lar juga aku share kat korang kan tentang resepi puff pastry ini.  Jangan lupa add kat dalam List Menu Sarapan Pagi nanti.  Memang semudah 1,2 dan 3.  Nyah bekukan doh puff pastry ni semalaman.  Esok pagi tinggal nak gelek-gelek sikit dengan roller, taruk filling, kemudian bakar.  Sementara tengah tunggu puff pastry siap dibakar, boleh lar buat kerja yang lain dulu.  

Jom kita teropong idea resepi untuk puff pastry.  Pastinya korang teruja nak buat untuk anak korang nanti!  


Puff Pastry Cherry Blossoms
Pastinya budak-budak suka sebab manis kan.  Argh...taruk inti jem pun boleh!


brie and apple crescent rolls
Inti - epal hijau dan cheese.  
Kalo nak taruk gula dan cinnamon sikit pun boleh.


Mini Chicken Puff Pastry Pies (aka Chicken Pot Pie Cupcakes)
Chicken Puff Pot Pie.  


Banana Nutella Dessert Rolls
Ok yang ni guna kulit popiah.  


Crab chowder soup topped with a golden baked puff pasty phyllo dough
Puff pastry soup of the day!


Puff Pastry {Pigs in a Blanket and Dipping Sauces}
Hotdog cocktail tu boleh digulung dengan puff pastry.  Lagi comel!


Easy Bacon Egg Breakfast Bites
Inti atasnya letak lar chicken ham dan pecahkan telur sebiji.  Taburkan dengan cheese.


Crab Puffs - Absolutely delicious and so easy to make. Id give them a 4 out of 5
Crab with cheese puff.  Looks like a delicious!  Taruk jer lar filet ketam tu kat tengah-tengah!


Pepperoni Pizza Puff Pastry Roll-Ups
Pizza puff pastry.  Doh puff pastry ni sudah didatangkan dalam bentuk 4 segi kan, so letak jer lar inti pizza tu seperti sos tomato, chicken ham, cendawan butang dan cheese kat atas doh, and then bakar!


Roses de pommes : une pâte tout prête, de la cannelle, de la cassonade et des fines lamelles de pommes. On roule, on passe au four et on se régale !!! ;o)
Ni kalo guna doh puff pastry yang besar.  Tapi kalo guna doh yang kecik pun boleh buat gak.  Lipat dua jer pun boleh, macam epal pie kat Mc donald tu!  Omputih memang suka bakar epal dengan cinnamon kan?  Supaya ada rasa pedas-pedas sikit kat hujung rasa manis epal tu.  


PUFF PASTRY APPLE TURNOVERS  These delicious turnovers are ridiculously easy to make! Can be made ahead and popped into the freezer and then baked! stonegableblog.com
Haaa...lipat segitiga pun ok gak!  Lepas tu kepitkan dengan hujung garfu.


Nutella and Banana Pastry Purses. These are so easy to make and only take a few minutes.
Pisang dan nutella berpisah tiada...


Make with puff pastry or ??? No directions but seems easy from pics
Macam-macam cara korang boleh bentukkan puff pastry korang nanti.  Yang doh ready made aku beli kat Giant tu memang sebijik macam dalam gambar ni lar!  Bentuk 4 segi.  That's why aku cakap, kalau aku boleh pelbagaikan bentuk dan rasa puff pastry ni, aku dah boleh buka kedai bakery lepas ni...hahaha!



Fuhhh...Hanie memang suka strawberry ni.  Letak strawberry, gula ataupun honey, and then bakar!



Nutella Croissant.  Ni kalo aku letak coklat seketul, boleh tak?  


Raspberry Palmiers
Pastry + jem rasberry + brown sugar.
Potong doh memanjang dan gulung hujung kiri dan kanan sampai bertemu kat tengah-tengah.


Easy Christmas Appetizers - sweet Italian sausage and puff pastry with sweet 'n savory dipping sauce
Auww...comel!  Star puff pastry dengan meatball.  Boleh buat bento ni.


Red Pepper and Baked Egg Galettes Impressive but SUPER EASY to put together with frozen puff pastry.
Boleh juga letak telur dengan baked beans, bawang, lada putih dan hitam, sedikit garam atau perasa.


Ham and Cheese Pastry Puffs - Follow #SightApp and save an entire article or recipe by 1 screenshot (Check How: https://itunes.apple.com/us/app/sight-save-articles-news-recipes/id886107929?mt=8
Chicken ham and cheese puff pastry.



That's all!  Enough already!  Air liur dah jejes ni tengok kesedapan puff pastry ni.  Semua resepi nak cuba.  Tapi disebabkan anak-anak aku suka makan coklat dan something yang sweet, I think I wanna try puff pastry with jem and coklat dulu.  Lepas ni kalo pergi Giant, memang aku nak borong doh puff pastry ready made ni.  Kalau kat kedai bakery tu tak tau pulak harganya berapa ekk.  Arghhh...I think I am falling in love with puff pastry!


Selamat Mencuba!


Thanks for reading this entry!




6 comments:

salwa amini mohamad reduan said...

Thank you for the resepi. Saya pun beli puff pastry kt giant.

Hanisah Uni said...

wow. suka la entry nih. thnx for sharing yer. :)

nur said...

Thanx...bole add dlm list menu breakfast yg sy amek dr akak sblm ni :)

Aura Sagi said...

best nye.. sedap je..

mahani md zali said...

Wa..sdap nya..hebat la awak.. Bake pakai apa? Oven.ke microwave? Kalo microwave nk.set mcm mana ya?

Erynemysha Helmy said...

assalammualaikum...

bake pakai oven. kalo microwave mmg tak naik lar. set kan suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 20 minit atau kalo dah kekuningan tu bleh angkat lar...

TQ