Aku jarang kasi cikgu aku hadiah sebagai tanda penghargaan kerana bersusah payah mendidik aku hingga menjadi seorang insan yang cemerlang dan terbilang (ppuiihh!). Kadang-kadang aku kasi pada cikgu yang aku favor, kadang-kadang aku tak kasi. Tapi aku suka kasi pen pada cikgu selain dari mana-mana hadiah. Yelar, budak sekolah kan masa tu, mana ada bajet nak beli hadiah mahal-mahal. Faham-faham jer lar!
Aku masih ingat lagi ketika aku Form 4 atau 5, sekolah aku masa tu mengadakan Hari Guru peringkat sekolah. Pelajar-pelajar diberi peluang untuk memberikan hadiah pada cikgu yang diaorang suka. Bila dipanggil nama cikgu ni, maka berduyunlah para pelajar naik ke atas pentas untuk memberikan hadiah pada cikgu tersebut.
Guru yang paling last sekali disebut nama ialah Pengetua sekolah aku. Ada seorang pelajar dengan secara ikhlas hati telah memberikan sebuah hadiah yang paling unik dan kreatif. Hadiah itu berupa sebotol jem buah untuk disapu kat atas roti. Berdekah-dekah kitaorang ketawa bila melihatkan hadiah tersebut. Yang paling best, Pengetua sekolah kami memang sangat sporting dan menerima hadiah tersebut dengan rela hati. Memang kreatif dan lain dari yang lain hadiah penghargaan untuk cikgu.
Zaman sekolah aku sudah tamat, kini giliran zaman sekolah anak-anak aku pula. Kadang-kadang, ada juga mereka merengek-rengek kat aku suruh belikan hadiah untuk cikgu mereka.
" Ibu, Adam nak kasi hadiah kat cikgu Adam, bu. Nak kasi hadiah apa ekk, bu? "
" Aahhh...Hanie pun sama, bu! "
" Ala...buat apa nak kasi hadiah kat cikgu? Membazir jer! Korang peluk dan cium jer pipi cikgu korang tu! Kan senang...just show your love! "
" Tak nak ar...!! "
Haiyaaa...kata nak hargai cikgu, suruh cium pipi cikgu pun segan! Apa daaa...
Nak tak nak terpaksa lar layankan juga kehendak budak-budak ini. Setakat nak kasi sorang dua cikgu tu ok lagi lar.
Tapi kadang-kadang boring juga kalo balik-balik kasi hadiah yang sama jer kan? Jambangan bunga lar, pen, box pencil, marker pen, note book, stationaries dan macam-macam lagi.
So....
Jom kita terjah kali ini idea-idea hadiah penghargaan untuk guru, pensyarah, tenaga pengajar, pengetua, guru besar dan yang sewaktu dengannya.
Jar of candies! Very colorful!
Mini hamper! Korang boleh letak gula-gula sakit tekak kat dalam hamper tu. Sebab cikgu kan banyak guna suara untuk mengajar kan?
Chocolate marshmellow! Ni kalo kasi berkat untuk orang kahwin pun boleh ni!
Cookies! Kalo rajin buat cookies, boleh lar bagi kat cikgu. Takpe, belakang kira kalo cookies tu sedap ke tak sedap, keras macam batu ke, yang penting hati kita ikhlas memberi.
Chocolate strawberry. Paling senang nak bagi! Tup..tup..tup ada juga kang anak tak jadi kasi kat cikgu pulak. Hahaha....!! Terus ngap masuk dalam mulut sendiri!
This is so lovely and creative! Boleh lar buat nanti untuk my kids.
Yang ini memang kreatif dan comel tapi memerlukan ketelitian dan sangat melecehkan. Tapi kalo anda dah suka buat kraf kan, senang jer buat benda ni semua.
Selain daripada itu, bagi yang suka menjahit, boleh lar buat hadiah DIY korang sendiri seperti box pencil, small bag, tempat penyimpan barang dan macam-macam lagi.
Yang penting kita ikhlas kan?
Takde GST dikenakan untuk membaca entry ini. Harap maklum!
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment