Pejam celik pejam celik kejap jer dah masuk bulan Februari kan? Padahal aku rasa baru jer semalam masuk tahun baru. Korang ada rasa tak macam tu? Ker aku sorang jer yang rasa?
Bengong nyer Eryn...
Walaupun sebagai seorang muslim, kita tak perlu nak sambut Valentine's Day yang jatuh pada 14 Februari ni, tetapi dengan tanpa segan silu dan tegasnya, aku tetap nak sambut gak!
Fuhhh....statement berani mati seyh!
Sebabnya hari jadi JR, adik kesayangan lelaki aku jatuh pada 14hb Februari. Itu pasal aku nak sambut birthday dia pada 14hb tu nanti. Hahaha...!!! Giler romantik birthday jatuh pada Valentine's Day. Tapi aku tengok ko tak romantik pun dengan awek ko? Tapi dia romantik dengan anak-anak sedara dia. JR pandai layan budak kecik. Dukung baby pun dia pandai. Fuhhh...promote adik nampak?
Takde maknanya aku nak sambut hari Valentine's Day tu. Memang kitaorang laki bini tak pernah nak celebrate kan pun. Last my laki kasi bunga masa tunang dulu. Dah kawin ni, memang takde ler nak kasi bunga-bunga bagai ni pun! Dari kasi bunga, baik kasi makan, yer tak? Dasar, tembolok besar! Bukannya tak romantik langsung pun. Ikutkan hari-hari dah dok asik romantik jer. Kalah couple dalam program Romantika kat astro tu kalo nak diciterkan! Hahaha...
Ok, kali ni nak up entry pasal tutorial DIY flower yang diperbuat dari fabrik. Siapa-siapa yang suka buat kraftangan tu mesti suka lar dengan entry ni. DIY flower fabric ni kita boleh buat untuk tampal kat skaf, baju, tudung, bantal, kasut, helmet, mesin basuh, peti sejuk, kuali dan macam-macam lagi. Ikut kreativiti memasing kan.
Kalo korang perasan kan, kat baju kurung Jovian Mandagie dua tahun lepas pun ada tampal bunga-bunga yang diperbuat dari fabrik. Kalo korang dah tau cara macam mana nak buat, baju kurung yang plain tu pun korang boleh tampal dengan bunga-bunga fabrik ni. Baru ler terasa macam pakai baju ala-ala Jovian Mandagie gitu, nyah!
Jom kita share ilmu tentang DIY flower from fabric!
Guna fabrik dari chiffon
Fabrik dari organza
Fabrik dari cotton
Genius!
It's so cute!
Fabric flower from recycle t-shirt!
Beautiful!
Roses from satin fabric
Simple!
Bakar jangan tak bakar! Jangan terbakar rumah sudah lar yerk!
Dari kain guni kot!
Something yang leceh but finally menghasilkan sesuatu yang cantik!
I can do that!
Whoaa...so beautiful!
Boleh buat untuk anak-anak!
Satin flower
From tulle fabric
It's so awesome!
As a present too!
Tutorial untuk daun pun tidak dilupakan juga!
Boleh tampal kat beg!
Letak kat jam pun boleh gak!
Final tutorial!
Ok, I knew it...I knew it! Korang mesti rasa macam tak sabar kan nak buat tutorial DIY flower fabric selepas korang baca entry ni? Hahaha...aku pun! Rasa macam nak buat sekarang gak! Tapi apakan daya, disebabkan kekangan waktu dan masa, maka aku cuma dapat buat bila waktu cuti sekolah panjang jer! Cuti weekend 2 hari ni pun sibuk buat preparation anak-anak ke sekolah untuk next week pulak! Nampaknya cuti panjang ler aku berkesempatan nak menjahit dan buat kraftangan semua ni.
Jangan lupa buat tau! Nanti boleh letak kat baju raya tahun ni! Whooaaa...diva gitu!
Yeayy...Zero menang Maharaja Lawak! Bet dengan my laki malam tadi. Dia sokong Sepahtu. Dia kata kalo Zero menang, dia belanja makan esok. At last, keesokkan paginya, nak tau tak my laki belanja makan kat mana?
Kat kedai makan bapaknya a.k.a bapak mertua ku jua...
Perghh...kembang kempis kembang kempis jer lubang hidung aku ni tahan marah tau! Takpe lar, yang penting dapat makan! Syukran....
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment