Dah lama aku tak up entry pasal fashion. Bukan takde ideas, but seriously memang berlambak sangat gambar fashion nak share dengan korang, khasnya buat pembaca blog yang setia and silent readers. Dari rugi duit beli majalah fashion, better korang baca blog aku ni hah! Hahaha...melampau betul!
So....
Ni lar hadiah saguhati untuk korang yang dah lama tunggu entry pasal fashion! Yeayy....!!!
Eden nak tanya...
Siapa dah tempah awal-awal baju kurung raya tahun ni, sila angkat tangan!
Tahun ni rasanya aku tak tempah baju raya kot sebab tahun ni aku berazam nak menjahit sendiri baju raya aku, yeay...!!! Termasuk baju raya my girls sekali! Tahun ni rasanya macam malas nak buat pattern baju kurung. Teringin pula nak buat dress kembang ala-ala princess jer. Tahun ni juga terasa macam nak pergi berjalan raya ke rumah saudara mara dengan ootd skirt chiffon kembang dan blouse, ataupun dengan palazzo. Korang bukannya tak tau, aku kan suka unik style, lain dari yang lain. Yang penting takde ler crowded sangat dengan bling-bling pun. Skirt kembang untuk my girls dah lama siap jahit. Skirt kembang untuk mak budak jer belum jahit lagi ni. Termasuk juga tempahan menjahit dari adik-adik aku lagi. Fuhhh...korang kan memang tau order saja!
Yang paling heaven sekali ialah pergi ke kedai kain lar. Rambang mata nak pilih fabrik yang mana satu menawan hati. Jenuh my laki tunggu aku kat luar kedai kain tu. Hahaha....!! Tapi dia tak pernah hampakan permintaan aku. Agak-agak buat muka comel dengan joget shuffle kat depan dia, dapat lar izin pergi ke kedai kain dengan hati yang gumbira. Dengan berupahkan karipap kentang RM3.00 dapat 9 ketul, makan lar hang sampai abis kat luar kedai kain tu sementara cheq kat dalam dok pilih kain norr....
So.....
Korang dah dapat ke belum, design atau pun ideas buat baju kurung ke dress ke untuk raya tahun ni? Kalau korang terasa pening kepala, tak tau nak buat apa untuk design raya tahun ni, atau pun korang masih tercari-cari design yang lain dari lain, tak nak ciplak orang lain kan, diharapkan dengan adanya kewujudan entry ini dapat membantu menyelesaikan masalah kebuntuan korang. Ececeh....! So, diingatkan sekali lagi, di sini aku memang tidak menekankan peranan tudung dalam gambar-gambar di bawah sebab kebanyakkannya semua model memang tidak bertudung kan, tapi di sini aku amat-amat menekankan tentang ciri-ciri the colors, the details, the designs, the styles, the ideas, and the prints supaya kita semua sama-sama dapat meneliti keindahan sesuatu busana. Bukan senang yerk kita nak meneropong designs dan ideas dari pereka luar. Ideas mereka memang superb and awesome! Sampaikan aku kata pada diri aku...
" Whoaaa...style ni boleh terap pada gaya muslimah ni! "
" Oh, I wanna wear like that! "
" That is super duper awesome design for this Raya! "
( Jaw dropping )
Hahahaha....
Just enjoy it! I bet you. You'll not regret after you finish read this entry.
Pantone color 2015 yang telah diramalkan oleh designer! Adakah color baju raya korang tahun ni termasuk color pantone 2015? Yeah...aku terasa berminat dengan color toasted almond dan classic blue. Tahun lepas color baju raya aku termasuk color pantone 2014 iaitu orchid purple. Tapi tahun ni takde color purple pulak!
Pilih lar color pantone anda sekarang!
Sesekali nak pergi beraya dengan jumpsuit palazzo, ok ker aper? Asalkan menutup aurat dan tidak ketat.
I always...always adore this style! Sangat...sangat sopan kalo nak bertandang ke rumah orang.
Kenapa...kenapa...aku perhatikan semua jubah mesti ada lining sequin kat tangan? Bukannya aku tak suka, tapi bila semua orang nak copy paste style macam gitu kan, so tak nampak lar sesuatu keunikan busana nya di situ. Alaa...sama jer design jubah ko dengan jubah si anu ni. Cuma harga dan jenamanya jer yang lain...
I love the color but I prefer baju kebarung than baju kebaya. Singkat sangat, tak boleh cover punggung hah!
I love the color but I prefer baju kebarung than baju kebaya. Singkat sangat, tak boleh cover punggung hah!
Ni baru unik. Lain dari yang lain sebab tak banyak busana jubah yang ada details macam gini kan?
I'm still falling in love with ombre color. Tapi susah nak cari fabrik ombre color yang plain kat kedai kain. Kesemuanya fabrik ombre color yang ada corak prints. Uwaaa...tak nak lar, nampak macam berserabut! Sebenarnya nak potong kain pun kena ada skills tau! Bukan main sebarangan jer potong kain ikut ukuran.
Simple tapi ada keunikannya sendiri. Tak perlu ada kerawang, sequin atau bling-bling. Just put the details and ideas.
Suka sangat details kat bahagian pinggang dia...
Lawanyer lahai kalo buat pattern baju kurung macam ni dengan kain bertingkat-tingkat. Memang susah sikit nak buat details macam ni. Sebab tu kena cas mahal dengan tailor.
Dress lavender flower prints yang tidak terlalu melarat.
Walaupun baju untuk wedding tapi kita boleh ciplak juga untuk design baju kurung raya. Tengok details bunga yang dia tampal kat baju tu. Cantikkan? Dah pandai buat bunga fabrik nanti boleh tampal kat baju kurung ekk...
Walaupun baju untuk wedding tapi kita boleh ciplak juga untuk design baju kurung raya. Tengok details bunga yang dia tampal kat baju tu. Cantikkan? Dah pandai buat bunga fabrik nanti boleh tampal kat baju kurung ekk...
Sesuai untuk design jubah labuh
Simple but still fabulous
Aku sentiasa adore dengan design Jovian Mandagie sebab ada keunikkannya tersendiri. Tahun lepas, Tesco amik Hatta Dolmat untuk rekaan baju raya. Sayangnya, baju raya Hatta Dolmat from Tesco tak laku langsung. Maybe sebab material kainnya yang tak berapa best sangat bila dipakai. Pulak tu size yang dijual terlampau kecik dan ketat sangat, lebih kurang size model untuk runaway. Awat hang buat size kecik bebenor? Hangpa ingat yang beli baju hang kat Tesco semuanya model-model belaka ka? Akhirnya baju raya Hatta Dolmat from Tesco telah diberi diskaun 75% dari harga sebenar untuk penghabisan stok. Tesco bagi free pun aku tak nak sebab ketat sangat dan tak suka dengan material kainnya.
Simple but still fabulous
Aku sentiasa adore dengan design Jovian Mandagie sebab ada keunikkannya tersendiri. Tahun lepas, Tesco amik Hatta Dolmat untuk rekaan baju raya. Sayangnya, baju raya Hatta Dolmat from Tesco tak laku langsung. Maybe sebab material kainnya yang tak berapa best sangat bila dipakai. Pulak tu size yang dijual terlampau kecik dan ketat sangat, lebih kurang size model untuk runaway. Awat hang buat size kecik bebenor? Hangpa ingat yang beli baju hang kat Tesco semuanya model-model belaka ka? Akhirnya baju raya Hatta Dolmat from Tesco telah diberi diskaun 75% dari harga sebenar untuk penghabisan stok. Tesco bagi free pun aku tak nak sebab ketat sangat dan tak suka dengan material kainnya.
Yeszaaa...aku nak pergi berjalan raya dengan skirt kembang semangkuk cendol macam gini lar! Inspired lar dengan style ni...
Simple. Pergi beraya dengan kebaya labuh.
Love the ideas of peacock prints yang diterapkan dalam busana ini.
Comel...baju kurung ada big ribbon kat bahu. I like the details kat bahagian leher, bahu dan pinggang.
Comel...baju kurung ada big ribbon kat bahu. I like the details kat bahagian leher, bahu dan pinggang.
The color and the details is so beautiful!
Awww....comel sangat pakai peplum color block ni!
Awww....comel sangat pakai peplum color block ni!
Sejak bila designer omputih pandai buat dress yang bersopan santun macam ni?!
Modern kurung dengan diberikan perincian pada bahagian tangan dan juga kolar mandarin.
Modern kurung dengan diberikan perincian pada bahagian tangan dan juga kolar mandarin.
Comel kan bila omputih pakai dress macam ni? Cuba kalo kita pulak yang pakai, siap dengan tudung sekali? Mesti lagi bertambah comelnya...
Biarlah takde bling-bling, asalkan kita selesa memakainya...
Perfect!
Kenapa cantik sangat nih...?
Kenapa cantik sangat nih...?
Biarlah simple janji awesome!
Details hanya tertumpu di bahagian atas. Kain pula ala-ala tutu skirt. Nice design!
Details hanya tertumpu di bahagian atas. Kain pula ala-ala tutu skirt. Nice design!
Ko tak rasa fabulous ker bila pergi beraya pakai busana macam gini? Ke aku sorang jer yang rasa fabuloso?
Ini lar contoh busana palazzo yang telah meng'inspired'kan aku untuk dipakai di hari raya nanti.
The color is so beautiful. Pink belacan?
From designer Tadashi Shoji. Bukan Rizalman atau Riezman yerk!
From designer Roberto Cavalli
Love the details. No more sequin!
Love her brooch flower. Love her tudung yang labuh sampai ke paras dada. Even ko ada rantai emas yang labuh pun, better tutupkan jer lar perhiasan tu. Tak perlu ko nak tunjuk kat semua orang yang ko pakai rantai emas labuh. Makin tambah risiko kena ragut lagi ada lar! Haah, aku dah up entry pasal diy flower fabric kan? Lepas ni takyah lagi beli brooch, buat sendiri jer lar flower brooch tu, lagiii...jimatt!
From designer Rami Al Ali
Woii..apsal muka ko garang sangat? Apa-apa pun prints and design baju ni memang lawa giler! Sekarang bukan ker dah intrend corak ranting kayu ni?
Akhir kata dari saya, tak perlu lar kita nak design busana mengikut alur bentuk badan ko. Walaupun ko kurus macam maner sekalipun, tak perlu lar nak pakai ketat-ketat sangat. Biarlah longgar asalkan selesa untuk bertandang ke rumah orang. Pilih lar material fabrik yang selesa untuk dipakai dan bukan for showing. Aku kurang berminat sikit dengan fabrik yang terlampau banyak sangat corak, lace 'langsir' dan color. Aku prefer fabrik plain dan plain ombre color. Diharapkan guidance ini dapat membantu anda semua dalam memilih design untuk raya tahun ni dan juga tahun akan datang. Ini pun guidance untuk aku juga in future sebab akan ku buka balik entry ni semula for refreshing ideas.
Thanks for reading this entry!
2 comments:
Love all the designs... simple but awesome sgt... sy suka sy suka sy suka.. x serabut.. masalah nye nak cr tailor yg blh jahit design tu sesuai dgn bajet... huhuhu.. selalu kene bile tempah x kene dgn design yg nak walaupun dah bg gambar cth.. tp upahnye blh tahan jugak...hmmm
fiey ambil tempahan jahit . nak inpired design pon boleh. 0136336109 for more detail ok. yang penting boleh customade design.
Post a Comment