Video Of The Month

Friday, 31 July 2015

Salam Aidilfitri 2015

Assalammualaikum....


Raya sebulan kan?

Masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri terutama sekali kepada semua pembaca setia blog imerynz.blogspot.com, silent readers, dan kepada semua saudara muslim dan muslimah di seluruh dunia.  Harap salah dan silap, sama-sama kita maafkan.  Kosong-kosong!

I would like to wish a very Happy Eid Mubarak to all muslims around the world. May Allah bless you with happiness and grace your home with warmth and peace.

How's your raya this year?

Well, raya aku tahun ni seperti tahun-tahun lepas.  Orang lain berpusu-pusu nak balik kampung tapi aku tahun ni tak balik kampung.  Raya kedua baru balik kampung ke Rengit, rumah nenek my laki.  Raya pertama aku buat havoc kat Kluang, rumah kakak aku.  Tapi tahun ni, ramai adik-beradik aku tak dapat nak balik dan berkumpul bersama-sama di rumah kakak aku.  Takpe lar, insya Allah, kalau umur masih panjang, kita boleh berkumpul lagi tahun depan nanti yerk!  Tak pun raya haji nanti boleh lar kita berkumpul bersama lagi.

Malam raya memang aku busy dengan memasak juadah lauk pauk raya.  Dah terbiasa, tiap-tiap tahun, aku mesti masak lauk pauk raya untuk my laki dan anak-anak, walaupun mak mertua aku ada bungkuskan ketupat dan lauk pauk raya.  Malam terakhir Ramadan kitaorang sekeluarga sempat berbuka puasa terakhir bersama keluarga mentua aku.  Oh ya, rumah aku dengan rumah mentua aku memang dekat, sekangkang kera jer.  Balik rumah aku, terus sambung lagi masak.  Sampaikan aku tak sempat nak tengok program tv malam raya.  Tau-tau jer tengok jam, dah pukul 3 pagi baru aku abis masak.  Walaupun tak balik kampung this year, tapi I totap gigih memasak tau!  Sorang-sorang masak kat dapur tu tau!  Laki I tolong basuh pinggan tau!  Itu pun dah cukup ringankan beban I tau!  Esok pagi, tinggal nak panaskan lauk jer tau!  I pergi Kluang, rumah akak I pun bawak sekali lauk pauk I tau!  Even akak I pun ada masak-masak juga tau!

Seperti yang diketahui umum, memang tahun ni aku tak buat baju raya.  Prinsip aku ialah buat baju raya 2 tahun sekali.  Dan bukannya tiap-tiap tahun.  Itu pun baju melayu my laki yang 5 tahun lepas pun dia boleh pakai lagi.  Alaaa...baju melayu kan, bukannya tiap-tiap hari dia pakai pun.  Dia pergi sembahyang jumaat pun kadang-kadang lebih selesa pakai baju t-shirt biasa.  Yelah, sekarang kan cuaca tengah panas.  Sauk jer mana yang selesa.  So, kalau boleh aku tak nak buat satu pembaziran di mana tiap-tiap tahun kena buat baju melayu.  Lain lar kalau macam Adam Izz.  Baju melayu dia 2 tahun lepas memang tak muat lar sebab dah singkat.  Budak-budak kan cepat membesar.  Untuk kes baju melayu Adam Izz, memang aku sengaja beli saiz dua kali ganda dari saiz dia.  Biar boleh pakai sampai bertahun-tahun.

Tu citer pasal baju melayu lelaki.  Citer pasal baju raya untuk kaum perempuan pulak, of course lar kita semua nak beli baju lebih dari satu.  Sebab orang perempuan ni, tak semestinya time raya jer pakai baju raya, sometimes baju raya tu boleh recycle balik untuk dipakai ke majlis kenduri kawin ataupun ke pejabat.  That's why orang perempuan ni kena spare baju lebih dari satu.  Hahaha....maklum ler, perempuan kan suka melawa.  Tak kira lar ko dah kawin ke atau bujang lagi.  Tapi aku beli baju or buat baju takde lar on the spot masa nak dekat raya jer.  Bila baju tu tengah ada diskaun, kita grab lar cepat-cepat.  Kang menyesal, menangis tak berlagu pulak.  Aku beli sehelai baju jer masa bulan puasa tu hari.  Lepas raya, masa raya ketiga, aku grab lagi sehelai jubah dress sebab masa tu tengah sales gila-gila nak abiskan stok raya.  So, tips dari saya...beli lar baju after raya, bukan masa nak dekat raya.  Serius, memang sales gila-gila ko!  Bayangkan jubah dress yang aku grab after raya, dari harga RM199, bila sales 70%, terus jadi RM59 jer!  Maunyer aku tak grab awal-awal!

I like shopping after raya.


Aku masih sempat lagi buat biskut raya this year.  After raya pun aku buat biskut lagi.  Untuk bagi customer kudap-kudapan sikit.  Aku tak pernah buat open house tapi tiap-tiap hari aku buat open cc.  Banyak dapat duit crispy!  Alhamdullilah...


 
Baju ni umumnya aku nak rasmikan di pagi raya.  Sekali tiba-tiba aku datang period sehari sebelum raya.  Emmm...memang tak lar aku nak pakai baju ni masa tengah period.  Sayang wooo...takut tembus woo!!  Hari kedua selalunya tengah aliran banyak woo!  Huhuhu...tak suka tau pergi beraya kalo tengah period.  Tak selesa hangpa tau!  Nak buat camnor?  Takde rezeki nak pakai baju ni.  Maybe untuk hari raya haji kot.  Eh, aku perasan kan, ada sesetengah baju raya artis pakai material kain sequin menjalar macam ni tau! Memang very the cantik.  Jubah dress ni pun aku beli dengan harga RM75 jer!  Aku fikir konsep macam ni...

Harga kos kain meter + upah tailor + details = RM100++ (memang berpatutan lar)
Harga kos kain meter + upah tailor + details = RM80 ke bawah (memang patut ko kena grab awal-awal, jah oii!)

So, setiap kali aku nak beli jubah, aku akan fikir konsep macam ni.  Kalo harga RM100 lebih, ditambah dengan details yang susah nak buat dan leceh, memang berpadanan lar dengan harganya. Tapi kalo kita upah kat tailor dengan details, alaa...aku pun boleh jahit sendiri, tapi cas harga smpai beratus-ratus, memang tak patut lar.  Sebenarnya pengetahuan tentang sewing pattern ni amat penting supaya kita tak kena tikam hidup-hidup dengan tailor yang sengaja mencari keuntungan.


Baju melayu Adam Izz yang aku sempat grab masa tengah sales after raya.  Cuba teka berapa RM?
RM18.00 jer! (jaw drop).  Beli kain meter nak buat baju melayu pun dah lebih RM18.00 hangpa tau!  Aku ingatkan tahun ni aku malas nak beli baju melayu untuk dia sebab baju tahun lepas ok lagi, cantik, kain sedap dipakai, beli pulak kat Gene Martino.  Bila aku suruh dia fitting baju melayu tahun lepas tu, nak tengok ok lagi ke tak, tau-tau jer aku tengok seluar dia dah singkat!  Muat memang muat tapi dah singkat!  Astafirullahallazim...baru tahun lepas aku beli!  Awat ko ni tinggi menunjang sangat Adam Izz oii!!  So, lepas ni ibu belikan baju melayu ko 2 kali ganda dari saiz ko yerk!  Sayang tu...baju dari Gene Martino beli tahun lepas dah tak muat lagi sekarang.  Nak pass kat anak sedara pun masih kecik lagi.


Raya pertama di rumah akak aku di Kluang.  Ketahui lar, yang baju hijau tu adalah mak sedara diaorang dan yang lagi dua orang tu ialah anak sedara dia.  Apsal nampak lebih kurang sama jer muda nyer?  Hahaha....!!  Masa aku sekolah form 5, aku pernah jaga anak sedara aku yang pakai baju pink tu masa dia baby tau.  Sekarang semua dah besar panjang.  Mak sedara mesti kena lebih over yer bila possing.  Ini baju raya pertama emergency.  Bila tengah period, aku sauk jer mana jubah yang aku rasa lebih selesa dipakai.  Sayang woo...nak pakai jubah dress yang kita suka tau!



Anak sedara aku ni memang tak suka pakai sedondon satu family.  Depa kata macam boria.  Aku pun tak suka sedondon satu color gak tapi aku suka sedondon secolor dalam kumpulan yang sama, contoh - dark purple, purple, light purple, indigo.  Kan nampak cantik tu!  Tapi masing-masing punya pilihan dan citarasa kan.



Yeay...ni lar anak sedara aku yang comel-comel belaka.  Anak kepada akak aku yang sulung.  I like this picture.  Membuatkan aku sama muda seperti diaorang.  Ppuiih...!!



Ni lar kerjaan kitaorang.  Asik welfie jer!  Kalo plus dengan anak-anak sedara dari adik beradik aku yang lain, makin lebar lar side camera tu tapi best sebab lagi havoc!



Humairah kalo dah jumpa dengan sepupu dia ni memang tak kan lepas nyer.  Geram semacam jer.  Ini namanya Khalish, anak kepada adik aku yang bongsu.  Bapak dia pun ada mix chinese macam my laki jugak!  Sebab tu muka depa sepesen jer, cina sepet.  (aku mix korean - ppuiih!)



Abang sado saya tengah syok makan durian di pagi raya.  Tapi saya tak suka makan durian.  Bau durian pun dah buat saya pening kepala.  Tapi pulut dengan kuah durian saya makan lar.  Saya tukang teman dia makan jer.  Disebabkan abang sado saya tak suka populariti, maka wajahnya akan ditampal dengan sticker.  Hahaha....!!!



Bayangkan lar my laki ni memang dah lama ngidam nak makan durian sejak bulan puasa lagi.  Tapi bulan puasa tu hari kan cuacanya teramat lar panas.  Aku tak larang dia makan tapi takut dia tak tahan bahang lepas makan durian.  Kang nanti kan esok pagi puasa, demam pulak.  Dia pun takut-takut nak makan durian masa bulan puasa.  So, abis jer bulan puasa, raya pertama tu, akak aku pergi borong durian sebakul.  Bukan kemain suka my laki bila dapat makan durian.  Aku ni juga yang kembang kempis hidung tahan bau durian sebab nak temankan dia makan.



Ini adik bawah aku.  Dia sorang jer belum kawin.  Tapi dia bakal menamatkan zaman bujang dia Insya Allah tahun ni.  Dia suruh aku buat boncrot untuk tetamu.  Boncrot tu orang johor nyer bahasa.  In english, depa kata wedding favors.  Lagi sekali, kerja menghias memang kerja aku ler jawab nyer.



Welfie antara adik beradik aku yang datang ke rumah akak.  Takpe, Insha Allah...kalo diizinkanNya, kita boleh berkumpul lagi bersama yerk!



Ni lar akak aku yang sulung.  Kerja as cikgu yang bertauliah.  Apsal muka aku macam putih suci jer ni?  (perasan!) 


Inilah ragam kitaorang bila bergambar.  Saksikan sedutan seterusnya...


Normal pose.  Aku tau JR geli tengok aku gedik pose macam tu.



Normal pose.  Aku tau masa ni depa dah tak tahan lagi dengan pose tegak macam tiang bendera.



Lalu JR pun mencipta pose ala-ala sami buddha.



Adik pun nak ikut pose macam tu.  Tapi aku tetap maintain dengan pose ala next top model.



Tak kira lar apa jua pose korang nak bergambar, aku tetap aku.



Kembang lubang hidung akak asik ketawa jer.  Ada jer budak 2 ekor ni punye idea nak pose pelik-pelik.  Korang memang patut masuk Maharaja Lawak lar.



Muka Adik sangat mengerikan bila dia pose macam ni.  Aku terpaksa tutup muka dia dengan tapak tanganku.  (dengki tahap gaban!)



Finally, a good shot!  Tapi apsal blur?  Tangan siapa yang ketar-ketar snap gambar ni?  Baik ngaku cepat!!


Ok...begitu lar citer raya pertama aku.  Sekarang citer raya kedua pulak!  Malas dok aihh nak buat entry part by part.  Banyak lagi entry akan menyusul selepas ni.  Korang jangan takut, blog imerynz.blogspot.com tak kan kehabisan idea untuk menge'upload' entry-entry yang pastinya akan berguna untuk korang.  So, stay tuned sebab after this memang tengah bersusun entry-entry untuk dipublish.



Raya kedua baru lar kitaorang balik ke kampung untuk beraya ke rumah sedara mara my laki kat Rengit, Johor.  Fuhh...jem giler kat highway!  Nasib baik lar tak teruk sangat.  Kereta cuma bergerak perlahan jer.  Sampai kat tol Simpang Renggam, masuk jalan kampung pun jem juga!  Dah lar jalan kampung sempit, ada sesetengah pemandu kereta yang tak sabar, main potong jer ikut laluan bertentangan, walaupun jalan itu double line.  Orang lain pun nak pergi beraya juga!



Bersama dengan adik ipar aku yang baru lepas bertunang.  Insha Allah akan kawin tahun depan.  Serabainya rambut ko, ya Humairah!



Disebabkan jem yang teruk dan cuaca yang panas, budak-budak ni sampai tertido dalam kereta.  Bangun tido, tudung Hanie dah jadi lintang pukang.  Ini rumah pertama sekali kitaorang singgah bila dah sampai kat Rengit.  Disebabkan waktu dah tengah hari, so perut pun dah bunyi krak kruk krak kruk.  Nasib baik tuan rumah ada sediakan makanan yang sedap.  Maklum ler dah raya kedua kan.  Takut ketupat dan lauk pauk raya dah abis.  Kat Rengit ni memang banyak orang Bugis, so apalagi...bantai burasak dengan lepat pulut abis-abisan ler. 



Budak ini pagi tadi elok jer bertudung.  Sampai kat kampung dah tengah hari, dengan cuaca pulak yang panas, terus rimas nak buka tudung dia.  Raya kedua takde nak pakai baju kurung or jubah.  Hanie and Humairah, aku pakaikan maxi circle skirt dengan blouse.  Skirt tu memang aku buat sendiri.  Beli kat luar memang tak kan jumpa lar maxi skirt kembang yang labuh untuk girls.  



Cinonet ni kan tak abis-abis ralat dengan kasut raya dia.  Ada ke nak pergi ke kedai pun dia sauk gak nak pakai kasut raya dia.  Yang sorang ni memang tak boleh nak pakai tudung.  Pakai sekejap jer, kira 10 saat, dah ngaruk suh bukakan tudung dia.  Takpe, nasib baik ko kecik lagi.



Aku dah kata, raya nanti memang aku nak pakai maxi skirt kembang semangkuk cendol.  No more baju kurung lagi dah.  Jubah, jubah dress, maxi skirt, blouse semua tu aku tengah kumpul sekarang.  Maxi skirt kembang semangkuk tu aku buat sendiri tau!  Beli kat luar, memang mahal wooo....!!  Hai lar Adam Izz...ko baru darjah 4 dah tinggi macam tu.  Dah lepas bahu Ibu pun!  Ikut bapak ko lar tinggi menunjang!  Tu lar signature Humairah bila suruh buat tanda peace, bukan sengaja dia nak tunjuk tanda loser yerk!



Aku tak sempat nak jahitkan maxi skirt my girls sama color dengan skirt aku.  Takpe...lepas ni ibu jahit banyak-banyak, nanti kita pakai maxi skirt color yang sama yerk bila outings! 



Rumah terakhir beraya di hari raya kedua.  Memang penat gilos.  Panas dan peluh memang toksah nak cakap ar.  Rumah terakhir ni budak-budak dah mula bosan.  Tu yang depa keluarkan tablet tu.  Kalo tak, awal-awal beraya pergi rumah orang dah buka tablet, memang aku tak kan kasi ler.  Habis beraya rumah ni, aku terus balik ke Pasir Gudang.  Sampai kat highway, terpaksa layan jem lagi.  Pukul 10 malam baru selamat sampai ke rumah.  Perasan tak cinonet tu buat apa?  Meh kita zooming sikit...



Ya...Humairah!  Ibu tak ajar pergi rumah orang makan kerepek sambil peluk balang kerepek tu sekali.



Al-fatihah kepada kedua-dua ibu bapa ku yang telah pulang ke rahmatullah.  Jangan putus doa, adik beradik ku dan niatkan segala amal baik kita di dunia ini adalah untuk kedua-dua ibu bapa kita. Walaupun mak dan abah dah tiada, tapi tali persaudaraaan antara kita tidak akan putus sampai bila-bila.  Sebenarnya ada perkara pelik yang berlaku bila aku melihat kubur arwah mak abah aku.  Aku terus whatapps kat depa...


Aku  : Eh, kubur mak dah lawa lar.  Siapa yang tambak kubur mak tu?  Siap letak rumput kapet lagi.  Abang ke? 

Abang  : Tak lar, bukan abang yang buat. 

Aku  :  Abis?  Siapa yang buat? Aca? Adik? Kak Ecu?

Aca  :  Kak Ecu kot.  Jap ekk, aca tanyakan kat Kak Ecu.

Adik  :  Bukan adik yang buat.

Aca  :  Kak Ecu kata bukan dia yang buat.

Aku  :  Abis?  Siapa yang buat?

( Tu yang pelik.  Semua tak nak ngaku.  Siapa yang tambak kubur mak? )


Adik adalah orang pertama melawat kubur abah.  Tu pun melawat pagi raya kedua.  Raya pertama memang kitaorang tak sempat nak lawat kubur abah sebab raya pertama kan jatuh pada hari Jumaat.  So, aku bertolak ke Kluang pun lepas sembahyang Jumaat.  Sampai ke Kluang dah pukul 4 lebih.  Dah petang sangat kalo nak pergi ke kubur masa tu.  Tapi aku terpaksa balik ke Pasir Gudang malam tu juga sebab JR keja shift malam.  So, aku wakilkan adik untuk melawat kubur abah esok pagi, raya kedua.  Bila adik whatapps gambar kubur abah, aku tengok ada bunga biru hijau atas kubur abah.  Aku pun whatapps kat depa semua...

Aku  :  Adik, ko ke yang tabur bunga biru hijau kat atas kubur abah tu?

Adik  :  Tak lar.  Adik sampai pun memang dah ada macam orang tabur bunga biru hijau tu.

Aku  :  Abis, siapa yang tabur?  Akak ke?

Akak  :  Bukan akak.

Aku  :  Abis, siapa?  Tak kan lar Kak Ecu kot.  Kak Ecu baru sampai kat Melaka.  

(Lagi sekali terdapat misteri nusantara di situ.  Ikutkan adik beradik aku, ramai yang tak balik Kluang this year.  So, adik aku adalah orang yang pertama melawat kubur abah.  So, siapa yang tabur bunga biru hijau atas kubur arwah abah?  Jeng...jeng...jeng!)


Tak kira lar sesiapa pun, asalkan orang tu berniat baik, tu sudah cukup memadahi.

Begitu lar kisah raya aku 2015 kali ini.  

Raya ketiga aku masih bercuti lagi, so kitaorang pergi berjalan kat mall, makan-makan dan shopping barang dapur sikit untuk masak hari-hari seterusnya.  Tau jer lar, kalo dah raya, restoran makanan kecuali fast food memang akan tutup sampai berhari-hari.  Raya ke empat aku dah buka cc macam biasa.  Budak-budak balik dari beraya rumah orang, terus serbu pergi ke cc.  Tu yang dapat duit crispy-crispy.  Tahun ni pun budak-budak cuti sekolah sampai raya ke lima jer.  Singkat sangat cuti.  Patut bagi cuti sampai raya dua minggu lar kan.  Hahaha...melampau!

Hopefully, raya korang tahun ni turut meriah juga di samping kaum keluarga dan sanak saudara.  

Semoga kita semua dapat dipanjangkan umur untuk berjumpa lagi Ramadan dan Syawal tahun depan.  Insha Allah...


Salam Aidilfitri 2015 dari saya,

imerynz.blogspot.com



Thanks for reading this entry!





3 comments:

milo_mentah said...

salam..meriahnya raya akk..btw kluang kat mana akak beraya..n pelik betul story pasal kubur arwah abah akak..
Insya Allah org tersebut berniat baik..

Erynz said...

waalaikummusalam...

kluang kat tmn permata. umah akak saya tu kalo nak masuk area umah dia mmg ada guard terpacak kat depan tu.

setelah detective conan menyiasat misteri yang menyelubungi mengenai kubur abah saya, rupa-rupanya yang menabur bunga biru hijau tersebut adalah abang saya. kampung mertua dia kat batu pahat, so pagi2 dia dah singgah ke kubur arwah abah tapi tak sempat nak singgah ke kluang, umah akak. that's why kitaorang semua tak tahu sebab dia pun tak whatapps dgn kitaorang. sekarang, misteri sudah selesai.

milo_mentah said...

alhamdulilah..misteri terungkai..buat suspens je abg akak ni..