Para pembaca semua dah hilang mabuk raya ke belum?
Kepada mereka yang berpuasa enam di bulan Syawal, saya ucapkan selamat berpuasa. Aku belum berkesempatan lagi untuk berpuasa enam sebab minggu lepas, my laki ajak puasa tapi aku pulak yang tak berapa sihat, kena keracunan makanan. Minggu ni, aku nak ajak puasa tapi my laki yang tak sihat pulak, omputih kata kena stomach flu, kalo melayu kata, cirit birit! Insyallah...jika diizinkanNya, harap kami laki bini dapat berpuasa enam sebelum habis Syawal.
Welcome back to the normal life.
Harap-harap kita semua tabah menghadapi liku-liku hidup yang sentiasa mencabar ini. Ringgit jatuh teruk lagi dan ini bermakna kita semua akan masuk di ambang kegawatan ekonomi. Pada yang makan gaji, jangan fikir anda boleh selesa dengan kedudukan anda. Kemungkinan besar jika syarikat anda tiba-tiba nak buat cut cost, maka ramai akan dibuang kerja nanti. Tak kira lar sama ada anda kerja di swasta atau kerajaan. Banyak syarikat kecil sudah mula gulung tikar sedikit demi sedikit. Kalo pelabur asing mula hilang kepercayaan dan tak mahu melabur dalam Ringgit Malaysia, maka tempiasnya akan terkena jua pada syarikat besar. Berdoa lar supaya keadaan ini tidak seteruk yang kita anggapkan.
Kita lupakan seketika tentang soal semasa.
So, Iolls nak bagi tips untuk life hacks. Which is korang akan terfikir..."ooo, macam tu ka? " "ooo...macam ni ka? " "ooo...awat lagu macam tu? " dan pelbagai lagi oooo....akan keluar nanti. Aku pun baru tau tentang hacks ini. That's why dengan sukacitanya aku nak share hacks ni dengan korang. Dapat juga sedikit pengetahuan kan...
Aku pernah kerja kat satu company jepun yang ada kat Pasir Gudang ni which is big boss dia memang betul orang jepun pio nyer! Speak in english pun berterabur, so aku kena tangkap the key words yang dia cakap, baru aku faham maksud dia. Aku pun hait...hait...hait, arigato gozaimas! Company jepun ni memang tiap-tiap pagi selama 30 minit memang akan ada senaman ringan. Ikutkan aktiviti ni memang wajip bagi semua pekerja. Aku pun kadang-kadang follow, kadang-kadang wat derk jer! Ye lar, what do you expect, buat senaman ringan dengan pakai baju kurung? Kalo pakai baju sukan takpe lar jugak! Tapi itu lar, orang Malaysia kan sangat manja. Suruh senam pun tak mau. Rupa-rupanya bila kita buat 30 minit senaman, akan membuatkan kita 10% lebih bijak. Tak percaya? Sila refer hacks di atas. Patutlah orang Jepun semua ni memang bijak belaka. Jom kita ikut cara depa!
Aku selalu beli lemon dan simpan dalam peti sejuk. So, I think pagi-pagi I nak buat lar macam tu untuk kuruskan badan. Korang cuba lar nanti life hacks kat atas yerk! Mana lar tau ada yang berguna kan...
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment