Video Of The Month

Monday, 10 August 2015

Resepi Biskut Kacang Hijau Meletops!

Assalammualaikum...


Walaupun syawal semakin hampir melabuhkan tirainya tapi tak bermakna hanya di bulan syawal jer kita hanya boleh bakar dan makan biskut raya.  Aku rasa aku nak teruskan tradisi membuat biskut raya sampai ke hari raya haji. Boleh gitu?  Berapa juta balang kah biskut raya yang aku buat dari hari ni hingga ke hari raya haji?  Hahaha....

Sejak dah pandai buat biskut raya ni, ditambah lagi dengan pujian dari my laki dan customer yang singgah ke cc hanya untuk makan biskut raya aku, makin menjadi-jadi lar aku membuat biskut dengan pelbagai perisa.  Yang penting, takde biskut perisa daun ketum.  Hahaha....

Jom aku nak sharekan satu resepi biskut kacang hijau aku yang simple giler lagi mudah sebelum resepi ni hilang dari kepala otak aku.  That's why I make soft copy in here.  So, bila-bila jer aku boleh refer resepi ni kat blog aku sendiri.  Selepas aku google resepi biskut kacang hijau, makanya aku cuba untuk buat alternatif lain iaitu tidak menggunakan minyak jagung mazola, sebaliknya aku gunakan marjerin atau butter.  Rasanya pun sedap jugak!  Aku malas nak keluarkan mesin godak aku, so aku godak pakai senduk jer dengan menggunakan kuasa kuda.  Ko hader?

Sukatan cawan pula aku menggunakan sukatan cawan yang selalu gunakan untuk beras tu.  Yang ni memang just nice!  Kalo gunakan sukatan cawan untuk minum air teh or kopi memang terlebih besar sangat sukatan tu.  

Aku bagi resepi steps by steps yerk!


250g butter atau marjerin
2 cawan gula
- Godak dengan senduk sehingga sebati

1 penutup esen vanila
1 biji telur
- Godak lagi sehingga kembang

Kacang hijau yang ready to eat, siap bergaram 180g
- Separuh blender halus, separuh lagi blender separa kasar
- Masukkan ke dalam adunan dan kacaukan sebati.  

Setengah cawan tepung jagung
4 cawan tepung gandum
- Ayakkan dulu tepung tu dan masukkan ke dalam adunan tadi.  Kacau sekata.
- Uli sampai adunan tak melekat kat tangan dan boleh menggentel bentuk bulat.  Kalo melekat lagi, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit.  Jangan sampai taruk 1 cawan terus.  
- Jangan tambah tepung gandum terlalu banyak sebab nanti bila di bakar, biskut akan menjadi keras kejung.

Bakar dalam 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius.


Ready to eat!  Keranggupannya memang terserlah.  


Mmm...lepas ni nak buat biskut almond chocolate chips, biskut masam manis, dan biskut cheese.  Bahan-bahan dah beli.  Tinggal nak tunggu hujung minggu, budak cuti sekolah, boleh lar nak membuatnya.  Percaya lar, this is 1st time biskut raya kat rumah aku licin sebelum abis raya.  Tu pun aku buat sendiri biskut raya tahun ni.  Selalunya kalau aku beli biskut raya, memang lambat nor biskut tu nak abis.  Kadang-kadang boleh sampai ke hari raya haji!  Bila aku dok sibuk nak buat biskut raya ni, yang rajin membantu aku ialah si cinonet tu, Humairah.  Dia selalu tengok kat game, kat youtube tengok budak-budak main masak-masak.  That's why dia nak cuba buat cookies sendiri tu.

Style aku kan, kalau teringin nak buat biskut raya, tak perlu nak habaq kat semua orang.  Buat dulu biskut raya, dah jadi, baru lar boleh habaq kat semua orang.  Takut nanti bila dah kemalasan melanda, semua benda tak menjadi nak buat, planning bukannya hebak lagi.

Selamat mencuba yerk!



Thanks for reading this entry!






No comments: