Video Of The Month

Saturday, 15 August 2015

Practical Uses for Coca-cola, Proof It Should Not Be In Human Body

Assalammualaikum....


Siapa di sini peminat tegar minum air gas Coca Cola, sila angkat tangan!  Weeii...jangan nak tipu lar, kalo hangpa pergi makan burger kat Mc Donalds, dah tentu dapat 1 set sekali dengan air Coke kan?  That's why aku dah muktamad, buang abis-abisan, dah tak makan lagi kat Mc Donalds tu.  Sekarang ni pun aku jarang makan fast food.  Tapi kalo aku teringin nak makan burger, aku beli burger tepi jalan tu jer.  Lagi pueh hati dek non!  Bantu orang bumiputra nak berniaga.

Kalo pergi beraya rumah orang, fuhh...rata-rata orang dok hidangkan air gas jer!  Aku ni kalo boleh tak nak minum banyak sangat air gas.  Tapi orang dah hidangkan air gas, pulak masa tu ko tengah tercekik makan kuih raya, tak kan nak telan air liur?  Nak tak nak terpaksa minum sikit-sikit.  Tapi kalo pergi beraya ke rumah orang, ada pilihan air yang dihidangkan, elakkan dari minum air gas lar yer.  It's not quite good for our bodies.

Sedangkan omputih kat luar sana sibuk war-warkan tentang kesan minum air Coke ni terhadap tubuh badan manusia, tak kan kita kat sini asyik dok nak tala juga minum air Coke ni.  Nak tahu tak apakah kegunaan lain air Coke selain dari kita sedut minuman ini?


source: http://lifecheating.com/2013/12/10/how-to-clean-your-toilet-with-coca-cola/
Boleh membersihkan tandas dan lubang jamban anda.  Apa yang perlu anda buat ialah tuangkan 1 tin air Coke dan biarkan selama 1 jam sebelum anda memberus dengan berus jamban dan flushkan.  Pasti tandas anda akan berkilat!  Tapi selalunya aku spray dengan klorox jer dan biarkan.  Tak perlu nak memberus, terus hilang semua daki!  Tak percaya?  Buat lar sendiri!  


source: http://www.lifehacker.com.au/2011/10/remove-tough-greasy-stains-from-clothing-with-coca-cola/
Boleh membersihkan kotoran yang degil.  Tak perlu lagi membeli stain removers yang mahal, amik sedikit air Coke dan masukkan ke dalam mesin basuh bersama dengan detergent.  Basuh seperti biasa.  Kotoran yang degil akan tertanggal dari pakaian dan ianya sekaligus berbau wangi.  Terima kasih kepada carbonic dan phosphoric acid yang terdapat di dalam minuman Coke!



Kita semua tahu yang air Coke mempunyai magic dalam kuasa pembersihan.  Salah satunya ialah boleh membersihkan tingkap dengan berkilat.  Disebabkan dengan kehadiran asid sitrik di dalam air Coke, ianya boleh membuatkan sebagai agen pembersihan tingkap terbaik.  Kuasa pembersihannya sama seperti kandungan asid sitrik di dalam pembersih tingkap yang lain.


source: http://toptenfamous.com/top-10-famous-unusual-but-amazing-uses-for-coca-cola/
Selain daripada itu, air Coke ini boleh dijadikan sebagai pembunuh serangga.  Kita semua termasuk serangga sangat sukakan dengan rasa manis fizzy air Coke tanpa mengetahui ianya sebenarnya boleh memusnahkan dan menghalau mereka dengan menyembur air Coke ni pada sarang semut dan lipas yang bersembunyi di dalam almari anda.  Cuba lar!


Source: http://will2salon.blogspot.in/2012_06_01_archive.html
Jika ada bubble gum melekat pada rambut anda, jiruskan air Coke pada bubble gam tersebut dan biarkan beberapa minit.  Anda akan lihat yang ianya akan memudahkan anda untuk menanggalkan bubble gam yang melekat pada rambut anda.



Jika anda digigit oleh serangga, lebah, jellyfish dan yang sewaktu dengannya, anda tidak perlu berasa panik.  Jiruskan dengan air Coke pada kawasan yang terkena gigitan tersebut.  Anda akan rasa kesakitan anda akan berkurangan dalam sesaat.  Terima kasih kepada bahan kimia yang terdapat di dalam air Coke!



Sebagai agen pembersih pinggan mangkuk.  Jika anda ada periuk yang berkeladak dengan bekas hangus, anda hanya perlu jirus air Coke ke dalam dan biarkan seketika.  Bahan kimia di dalam air Coke akan menanggalkan bekas berkeladak di dalam periuk dan anda boleh memberusnya dengan mudah!


Source: http://yush.com/coca-cola-great-as-pesticide-say-farmers.htm
Boleh digunakan juga sebagai penyembur pesticide pada tanaman!  Di India, sesetengah petani telah menggunakan air Coke sebagai penyembur pemusnah serangga pada tanaman sebab ianya murah dan hasilnya memang amat menakjubkan!  Kandungan gula yang tinggi di dalam air Coke boleh memusnahkan serangga pada tanaman dengan berkesan.  Walaupun pihak syarikat pengeluar Coke telah menafikan yang tiada kandungan di dalam air Coke yang boleh digunakan sebagai pesticide.  Tetapi teknik yang digunakan oleh petani India tersebut telah menunjukkan sebaliknya.  Eeee...anda pasti anda minum air Coke bukan air penyembur pemusnah serangga?


source: http://pt.wikihow.com/Limpar-Moedinhas
Jika anda pengumpul duit syiling lama, anda boleh celupkan duit syiling anda ke dalam satu cawan penuh air Coke.  Biarkan seketika.  Duit syiling anda akan pasti berkilat dan kelihatan seperti baru selepas anda mengeluarkannya dari dalam air Coke.



Campurkan satu sudu air Coke biasa ke dalam moisturizer yang anda selalu gunakan.  Sapukan krim tersebut ke muka anda.  Muka anda akan tampak lebih berseri dan kulit menjadi licin.



Jika perabot anda terkena sedikit kotoran cat, ambil tuala dan rendamkan ke dalam air Coke, kemudian kesatkan pada kotoran tersebut.  Pastikan anda basuh semula dengan air sabun selepas itu supaya rasa melekit dalam air Coke dapat dihilangkan.




Air Coke juga boleh menghilangkan segala jenis kotoran minyak yang terdapat pada lantai atau bahagian dapur.  Gunakan cara yang sama iaitu tuangkan air Coke pada kotoran yang terkena minyak, biarkan seketika.  Lap dan beruskan dengan air bersih.



Air Coke juga terkenal sebagai agen untuk menghilangkan kotoran darah pada baju, kapet, perabot, dinding dan lantai.  Ianya dikatakan sangat berguna dan penting dalam agen pembersihan crime scene.  Ayoyoyo...seramnya!


Korang semua mahu minum air Coke selepas ni?

Eeeiiii...seram kan bila kita baca tentang kegunaan yang lain selain dari kita minum air Coke ni.  Dulu-dulu pun aku selalu dok tala jer air Coke, dan macam-macam air gas yang lain.  Lagi sedap kalo kena dengan ais batu.  Tetapi lepas mengetahui bahawa bahayanya pengambilan air berkarbonat pada tubuh badan kita, aku cuba kurangkan.  Lama-kelamaan dah terbiasa bila tak minum air gas ni.  Tapi tak boleh nak lawan nafsu bila hari raya sebab tuan rumah dok asyik menjamu tetamu dengan air gas jer.  Nak tak nak terpaksa lar minum sikit jer.  Limit setengah cawan.  

Tapi...kalo boleh, elak-elakkan lar.  Gula banyak woo!  Nanti dah tua, kena kencing manis woo!  




Thanks for reading this entry!







1 comment:

Rizziela said...

Bagus.. good sharing.. lepas ni nak sental kat dapur + toilet ..blh terus guna coke la...blk nak g beli setin 2..nak try kat rumah