Video Of The Month

Monday, 21 March 2016

Why I Am So Hot?

Assalammualaikum...


Fuhhh...tajuk tak agak-agak.  

Padahal citer kat dalamnya pasal cuaca panas jer pun!

Naik sekolah lepas cuti sekolah seminggu, tunggu gak pengumuman dari kementerian, mana ler tau boleh sambung cuti lagi ke sempena cuaca tengah panas berdeting ni kan, dengan harapan boleh lar aku sambung tido balik...hahaha!!

Tiba-tiba...katil(pelamin) anganku musnah!

Johor tak cuti.

Ok...aku terima perkhabaran tu dengan hati yang terbuka dan redha.  Walaupun dalam hati ini, ingin meronta-ronta ku katakan..."mak ko ijao! mak ko ijao! mak ko ijao ar!"

Takpe, hari Rabu nanti cuti lagi sempena keputeraan Sultan Johor.  Boleh tak aku sambung straight cuti sampai ke hujung minggu?  (eh..eh..ko ni asik nak cuti jer dah kenapo?)

Sebab apa aku suka bila budak cuti sekolah?

Sebab inilah masanya untuk aku menyiapkan kerja-kerja aku yang tergendala.  Cuti sekolah seminggu tu hari pun masih tak mencukupi bagi ku sebab masa tu aku busy dengan misi mencari baju raya cum baju untuk dipakai sedondon pada majlis wedding adik ipar aku nanti.  Aku juga busy dengan misi mencari barang hantaran bersama adik ipar aku.  Sudahnya aku tak sempat nak menghias hantaran disebabkan kekangan masa dan kekurangan barang hiasan.  

Korang bayangkan lar...

Aku kena siapkan 3 set hantaran.  1 set hantaran terdiri dari 5 dulang.  Lepas tu aku kena siapkan goodies pack pulak!  Aku incharge goodies pack untuk budak-budak sebanyak 200 ketul.  Lepas tu ada hati pulak adik ipar suruh aku buatkan hiasan untuk goodies vvip sebanyak 500 ketul.  Maklum ler tangan yang kreatif jer yang reti buat benda semua ni.  Tak cukup dengan goodies, adik ipar aku macam nak kenen-kenen suruh aku buatkan bunga pahar homemade sendiri sebanyak 160 batang.  Bapak nyer cerewet adik ipar aku ni!  Dia tak berkenan langsung dengan bunga pahar yang ready made dijual kat kedai pengantin tu.  Of course dia nak cantik dan eksklusif.  Tapi nak yang jimat.  Macam mane tu?  Nak yang cantik dan jimat, kena lar buat sendiri.  Baru puas hati!  Perghhh...makin tinggi lar upah aku untuk siapkan semua benda tu.  



Malay wedding favor (bunga telur):
Maybe akan buat bunga pahar dengan menggunakan crepe paper or tisu paper or organza or apa-apa yang sewaktu dengannya.  Kalo dah tangan kreatif, semua benda boleh buat.


Darling Treat bags:
Goodies untuk budak-budak pula, maybe aku akan buat design macam ni.  Pakai paper bag untuk goreng pisang jer dah!  Kira banyak gak lak goodies yang akan disediakan untuk tetamu nanti.  Mak pak mertua aku dah sediakan 700 ketul goodies untuk saudara mara, rakan-rakan dan orang tua, 500 ketul goodies lagi untuk vvip dan rakan terdekat, 200 ketul goodies untuk budak-budak.  Saper cepat dia dapat.  Sila jangan bawak banyak budak-budak nanti.  Kang ada plak sorang dua budak tergolek dog melalak tak dapat goodies budak-budak nanti kan.  Anak-anak aku suka hias goodies bag ni.  Depa memang rajin bebenar, lepas tu kang sorang-sorang nak cop goodies bag ni seketul dua.


Masa cuti sekolah seminggu tu hari pun, cuaca memang tersangat panas.  Sampaikan budak-budak pun kena demam panas, batuk dan selsema.  Padahal duduk rumah jer pun, tak pergi berjalan ke mana pun.  Humidifier aku hari-hari buka.  Humidifier ini tujuannya untuk berikan kelembapan udara dalam rumah.   Banyak faedahnya jika kita pasang humidifier ni dalam rumah ketika cuaca panas.  Air cond aku takde lar on sepanjang masa.  Bila nak tido jer, baru aku on.  Selalunya aku on kan kipas dengan air cond sekali, baru terasa tido macam kat Kutub Utara.  Air cond kalo aku yang handle, paling tinggi aku buka 23, tapi kalo laki aku handle, dia akan buka sampai 19.  Bila nak tido malam tu, aku slowkan balik lar ke 23.  Bil api baru sampai 2 hari lepas, ingatkan dah cecah RM200 lebih sebab hari-hari buka air cond, rupanya baru RM120 jer.  Eh, kira ok ar tu!  

Hari Rabu masa cuti sekolah seminggu tu hari adalah birthday Humairah.  So, kitaorang dah berjanji nak celebrate kat luar.  Tempah kek Frozen yang Humairah idamkan.  Pergi tengok wayang citer Boboi boy.  Excited giler budak-budak ni.  Walaupun citer boboi boy dah 2 minggu ditayangkan, tapi seat still penuh lagi.  Maybe ada family bawak budak-budak repeat lagi tengok citer tu kot.  Macam mane tak untung berjuta kan...



Tak jumpa pulak baju yang aku berkenan.  Beli baju raya budak-budak jer lar.  Tahun ni memang malas nak tempah bagai sumo.  Beli dah siap jer.  Kecuali my laki.  Badan dia sado sangat, maka terpaksa lar dia kena tempah saiz dia.  Nanti aku add on lar beads ke patch ke kat baju budak-budak nanti.

So, cuti sekolah seminggu ni memang aku tak dapat nak rest pun.  Sentiasa padat dengan aktiviti itu ini.  Dengan Adam nyer kelas UPKK, Maira plak dengan kelas tambahan membaca, cuma Hanie jer ada relaks sikit.  

Harap-harap cuaca panas ini akan berakhir sampai hujung bulan Mac nanti.  Johor pun dah mula nak hujan bila waktu petang sehari dua ni.  Kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air putih tau.  Hanie dengan Adam selalu mandi dulu bila nak bersalin baju untuk ke sekolah belah petang.  Kalo tak mandi, badan akan terasa lengas-lengas dengan peluh.  So, aku suruh depa mandi dulu sebelum nak ke sekolah belah petang nanti.  Baru lar badan terasa segar sikit nak pergi sekolah petang tu.

Jaga kesihatan dari terkena stroke haba.  Humidifier tu kena selalu pasang kat rumah lebih-lebih bila cuaca panas sangat.  Kalo takde humidifier, boleh amik sebesen air penuh dan letakkan kat tengah-tengah hall.  Biarkan air tu kering dengan sendiri.  Dah kering, tambah air lagi dalam besen tu.  Kalo boleh kita tak nak kasi udara kering dalam rumah kita.  Itu yang buat kita demam, batuk dan selsema, sakit tekak.  Kita perlukan kelembapan udara berlegar-legar dalam rumah kita.  Jangan lupa buat tau!



Thanks for reading this entry!




Wednesday, 9 March 2016

Menu Bekal Humairah

Assalammualaikum....


Setakat ini Humairah jer yang rajin bawak bekal hari-hari ke tadika.  Adam dan Hanie disebabkan dah makan berat awal-awal kat rumah, so depa pun malas nak bawak bekal ke sekolah.  Kadang-kadang tanya juga, nak bawak bekal ke tak?  Kalo ada angin puting beliung lalu depan rumah, datang lar mood depa tiba-tiba nak bawak bekal ke sekolah.  Ngengada betul!

Malas nak packing banyak-banyak container untuk bekal Humairah ni walaupun dalam kepala otak aku ni nak bawak macam-macam untuk dia makan kat tadika.  Punca salah satu sebabnya adalah malas nak membasuh sebenarnya.  So, aku lebih suka sediakan bekal Humairah yang banyak compartment.  Senang nak asingkan makanan dalam satu bekas.  Takde lar nanti cikgu Humairah perli anak aku, 'ni bawak bekal banyak-banyak, nak pergi berkelah ke pergi tadika?'  Hahaha....

Nak suruh Humairah makan banyak-banyak, cikgu...

Jom kita terjah menu bekal Humairah yang sempat aku snapkan khas untuk entry ini.  Juga untuk rujukan aku nanti.


Menu bekal pagi tadi.  Sushi dengan roll cakes dan snacks.  Senang bawak bekas ni, Humairah pun boleh tau cara nak buka bekas ni bila nak makan.  Sushi tu digunting dua supaya senang nak masuk ke dalam mulut si cinonet tu.  Tau jer lar...mulut dia memang bersaiz kecik.  


Creamy cheese baked potato with chicken and mushrooms.  Fuhh...first time buat ni, sedap gilos!  Bau dia menusuk-nusuk lubang hidungku!


Roti john kambing dengan butterfly pancakes with honey.  Malas aku nak cincang burger kambing tu.  Masuk jer lar seketul kat celah-celah roti john tu.  Fuhh...sedap giler burger kambing ni!  Bau kambing semerbak satu umah aku tau.  Lepas nak try ar beli burger arnab, ostrich dan rusa.  Macam mane rasanya ekk?  Ada jual kat area aku ni.


Berlambak roti john kambing aku buat ni hah!  Sampaikan sendawa pun bau kambing gak!


Kali ni bawak satu bekas jer.  Mee hoon sup simple.  Taruk fuchuk, daun sup, tumis bawang, campakkan sup bunjut.  Abis dia makan tau!  Maira memang suka mee yang ada kuah macam ni.  Slurp..slurp..slurp!


Sosej mini bun ni ada dijual kat area aku dengan harga RM3.90 kalo tak silap ar.  Mulanya aku ingatkan untuk bakar jer, sekali tak menjadi, keras pulak!  So, aku goreng jer macam goreng donut tu.  Baru lar lembut sikit rasa dohnya.  Alahai...cinonet jer hotdog dia letak dalam bun tu.  Macam hotdog dibelah 4 jer.  Kedekut betul!


Aku gomol dengan gula jer.  Sedap gak!  Ala-ala donut gitu tapi dalamnya ada hotdog.  Hahaha...!!


Aku bawakkan untuk bekal Humairah beserta dengan kopok lekor dan butter cookies.


Kalo terlebih rajin, hujung minggu buat cupcakes.  Boleh tahan 5 hari cupcakes ni dalam bekas bertutup.  Lebih 5 hari terus berkulat dah pun!  


Repeat buat roti john lagi sebab permintaan sangat memberansangkan.  Berserta cupcakes homemade dan chipsmore.


Megi goreng sosej dengan wafer dan cupcakes homemade.  Humairah suka makan cupcakes.  That's why rajin buatkan untuk dia jer.


Banana pancakes with honey, coco crunch dan biskut nenas.


Samosa sardin, strawberry cupcakes homemade dan coco crunch.  Samosa ni aku buat sendiri tau, takde beli yang instant nyer.  That's why samosa ni nampak besar gedobos.  Puas makan dari beli kat kedai, alahai...sikit jer inti dalamnya.  Tak sedap plak tu.  Since I dah terror lipat samosa ni, rajin lar buat sebab my laki suka sangat makan samosa kentang sardin.


Okinomiyoki.  Suka sangat beli kalo singgah kat Jusco.  Pergi Jusco semata-mata nak beli okinomiyoki dengan pizza bechamel jer.  Sedap gilos!  Lagi sedap dari Pizza Hut.  I dah lama tak pandang lagi pizza kat Pizza Hut tu.  Rase doh tepung jer lebih, inti atas kureng.  Pak mertua aku pun suka pizza bechamel since kitaorang ajak dia makan pizza kat jusco.


Mee kerinting goreng, rolled cakes dan biskut tiger.


Nasi goreng resepi omak aku.  Akhirnya dapat gak aku meniru rasa ala-ala nasi goreng omak aku.  Tapi lepas tu siap-siap lar bersin dan selsema terus.  Sebab nasi goreng omak aku ni ada taruk belacan bakar sikit.  Dan aku memang alergik dengan belacan.  Sadis kan?  I'll miss you, omma!  Sob...sob...sob.


Ok, tu jer lar yang sempat aku snap menu bekal Humairah.  Ada yang kadang-kadang tu terlupa nak snap gambar.  Kalo ikutkan memang banyak lar, bersusun menu bekal Humairah aku listkan.  Everyday is different menu, tapi kadang-kadang selang seminggu, ada jugak guna menu yang sama tapi snacks lain-lain pulak.  Yang penting, hari-hari Humairah happy tengok bekal dia ada macam-macam jenis.  Kalo nak buat bento muka kartun, muka orang, hias itu dan ini, memang tak sempat lar aku nak buat pepagi buta.  Janji bila dimakan, nanti taik keluar takde bentuk kartun kan?  

Hahaha...


Thanks for reading this entry!


Tuesday, 8 March 2016

Wedding oh Wedding!

Assalammualaikum...


Sorry lambat update blog.

Busy uruskan persiapan perkahwinan adik sendiri dan juga adik ipar.  Aku bertanggungjawab menyiapkan dulang hantaran untuk kedua-duanya.  Nanti dah siap, aku tempel gambar kat sini ya!  Tu baru dulang hantaran, belum termasuk goodies lagi.  That's why aku nak kena siapkan awal-awal.  Tak nak buat kerja last minute.  Aku pasti nanti bila nak dekat tarikh wedding, baru terasa macam tak cukup kaki tangan untuk buat semua kerja.  Untuk dulang hantaran adik ipar, aku masih mencari idea untuk menghiasnya.  Bukan adik ipar saja, malah bakal suami kepada adik ipar pun, aku turut di 'buruh paksa' untuk menghias dulang hantarannya juga.  Takpe, yang penting ada upah untuk aku nanti.  Ngeh..ngeh...ngeh!

Untuk cuti sekolah akan datang, takde makna nyer lar untuk aku nak bergoyang kaki kat rumah nanti.  Pastinya aku akan busy siapkan hantaran untuk adik aku nanti.  Dan juga menjahit bermacam kain pasang yang sudah banyak tergendala.  Aku dan adik ipar dah planning untuk mencari kain pasang untuk pakai sedondon satu family pada majlis wedding dia nanti.  Setelah berasak-asak, bergaduh, bertumbuk, bergusti untuk memilih color apakah yang sesuai untuk dipakai pada majlis wedding dia nanti, akhirnya kami semua telah bersepakat untuk memakai color....



dusty blue and pink wedding inspiration for 2016 weddings:


Dusty blue. (not final decision yet)

Mulanya, aku yang suggest color ini dulu pada dia.  Tak ramai orang pakai color ini sangat.  Maybe terlampau pastel kot.  Dan adik ipar aku pun setuju.  Parents in law pun setuju.  Then, aku reject sebab aku fikir tentu susah nak cari color ini kalo nak beli baju yang dah siap kat butik or kedai baju.  Aku planning nak cari baju budak-budak ini, beli yang dah siap jer, senang kan!  Jimat masa!  Tapi bila tengok color baju yang dah siap ini kat butik, macam tak berkenan ler pulak!  Apsal warna nyer macam kusam sangat?  So, aku suggest suruh tukar color lain yang senang nak cari baju ready to wear kat butik.  Setelah bermacam-macam color yang telah disuggestkan, parents in law pulak tak berapa setuju.  Bapak mertua aku dah tersuka pulak dengan color dusty blue ni.  So, nak buat macam mane, terpaksa lar cari kain pasang dull satin ke untuk color dusty blue ni.  Harap jumpa lar kat kedai kain nanti.  Nak tak nak, semua baju akan ditempah secepat yang mungkin sebelum masuk tempahan untuk hari raya nanti.  Nasib adik ipar aku nak payung kain pasang untuk semua sekali.  Nasib juga family adik ipar aku ni tak besar mane pun.  Cuma 9 orang jer.  Sikit kan?  Adoiyai...pasal color baju pun dah makan berminggu nak decide.  Belum yang lain-lain lagi tu!

Sekarang majlis wedding kan dah macam jadi satu trend kan bila tuan rumah hidang pelbagai jenis makanan untuk tetamu yang datang.  Dah macam buffet kat hotel pulak rasanya.  Banyak kos tu nak kena keluarkan.  Kalo dulu kan, cuma masak nasi minyak ke or nasi beriani ke, tu jer lar menu yang akan dihidangkan sampai lar abis dikoreknya hingga ke dasar periuk.  Tapi sekarang, emmm....majlis wedding dah macam pesta makanan ler pulak!  Semua benda nak dihidangkan pada tetamu.  Memang lar bagus bagi tetamu makan, murah rezeki...tapi jangan sampai membazir makanan yer!  Tu hari pun aku ada bincang sikit-sikit dengan pak mertuaku, pasal menu untuk majlis wedding nanti.  Nampak macam ada 4 jenis menu berat yang akan dihidangkan nanti.  Tu tak termasuk lagi menu kuih muih dan dessert nanti.  Omaigad...!!


Hantaran:
Adik ipar aku berminat nak buat hantaran dia ada mini padang macam ni hah.  Oh, boleh...no hal!  Aku korek lar kat mana-mana padang hijau yang aku jumpa nanti yer.  Hahaha...!!  Actually, ada jual rumput kapet ni kat kedai kapet.  Kosnya sangat mahal.  Nasib bagi hantaran tak berapa banyak sangat.  5 dulang dibalas 5 dulang juga.  Oiitt...aku dulu kan masa kawin dan tunang, dulang hantaran mencecah 21 dulang tau tak!  Tapi banyak kasi dulang makanan jer lebih.  Biasa ler kan, dulu mak-mak kita sibuk nak kasi agar-agar sumi lar, gula-gula bentuk kubah masjid lar, coklat bentuk bunga lar, kuih tart lar, macam-macam lagi lar!  Layankan jer lar permintaan mak-mak kita.  


So, lepas ni aku terpaksa cari design yang sesuai untuk aku and my daughters untuk dipakai pada majlis wedding nanti.  Yang pasti, tak nak serbah serbih and no ketat-ketat.  Mak mertua aku pun nak buat design baju kurung biasa jer and then nak taruk batu-batu rhinestones tu.  Kelas ko jah...!!  Dah tentu aku nak kena jahit ler tu.  Untung mak mertua aku dapat menantu yang pandai menjahit, pandai memasak, pandai jaga anak, pandai jaga suami, dan comel pulak tu!  Eh..eh..eh..terpuji pulak diri sendiri, hahaha!!

Pening kepala aku nak cari idea yang lebih jimat dan cantik untuk hias dulang hantaran diaorang ni.  Kalo boleh tak nak membazir dan boleh diguna pakai semula dulang hantaran tu nanti.  Kalo ada orang nak tempah buat hantaran pun boleh.  Tunggu bila dah siap nanti dan akan upload satu entry pasal dulang hantaran design by imerynz.  Ecececeh....



Thanks for reading this entry!