Video Of The Month

Friday 2 September 2016

Sekilas Ramadan dan Syawal 2016



Assalammualaikum....


Ramadan aku pada tahun ini telah mencatat rekod bahawa hanya sekali jer aku menjejakkan kaki ke bazar ramadan.

Hari-hari seterusnya kebanyakkannya aku masak sendiri dan ada juga aku berbuka puasa makan di luar.  Tahun ni juga bazar ramadan kat tempat aku tak berapa meriah dan tak banyak penjual makanan yang jual makanan.  Masuk pertengahan Ramadan, lagi lar makin sikit orang yang menjual.  Maybe tak balik modal kot.  Macam-macam kes aku baca kat Facebook bila pembeli terpaksa membeli makanan kat bazar ramadan.  Ada yang dah basi, dah berulat, makanan recycle balik, kedekut inti, sesuka hati naikkan harga makanan dan macam-macam lagi lar.  Aku dah agak dah perkara ni memang akan terjadi.  Dari aku beli makanan kat bazar ramadan, better aku pergi makan luar terus kat restoran.  Bukan tak nak support.  Kalo penjual masak makanan dengan ikhlas, maka ikhlas kami nak membeli.  Ni tidak, kebanyakkannya semuanya macam nak amik untung jer.  Masa awal dan pertengahan Ramadan, mostly aku masak  sendiri menu berbuka puasa.  Dari menu utama hingga lar buat kuih sendiri tau.  Letih juga tapi puas hati sebab anak-anak dan laki makan dengan penuh selera.  Selalunya aku selang seli kan menu berbuka puasa macam hari ni makan nasi berlauk, esok makan mee pulak tak kira lar mee bandung ke mee rebus ke spaghetti ke mee goreng ke.  Bila nak dekat penghujung Ramadan, lebih kurang lagi seminggu nak raya, time tu lar mood malas memasak pun dah mula nak tempias.  Masa penghujung Ramadan tu kan time tu lar nak pikir nak kemas rumah, nak kemas baju raya, malam-malam nak shopping raya lar, macam-macam preparation raya nak buat.



Anak-anak request nak makan sushi bila nak buka puasa nanti.  Baiklah...terus omak ko buat sushi sebesen ni hah.  Ni antara menu berbuka puasa kitaorang di bulan Ramadan.  Kadang-kadang makan mee dah jemu, makan nasi pun dah jemu, so apalagi kita buat western, italian and japanese pulak.  Buka puasa makan chicken chop, fish and chip, spaghetti bolognese, makacaroni baked cheese, dan sushi.  Yeay...aku dah pandai salut fish and chip!  Kuah black pepper pun bukan kemain laki aku dan anak-anak puji.  Lepas ni berkeping-keping lar omak ko salut fish and chip nanti.


Ni pun antara menu berbuka puasa kitaorang.  Dah jemu makan nasi dan mee, kita pergi ke menu Arabian pulak!  Tortilla dengan daging cincang masak tomato with shitake mushrooms.


Roti jala tempah kat orang.  Malas aku nak kirai roti jala, so aku buat kuah kari ayam jer lepas tu roti jalanya aku tempah kat orang.  Sekilo RM15. Banyak gak dapat roti jala kalo tempah sekilo jer.  Laki aku dan anak-anak memang menggila makan roti jala ni.  Masa aku tempah roti jala ni dah nak penghujung Ramadan.  Malas nak masak kan, excited nak shopping jer kerjanya...


Tahun ni macam tahun-tahun lepas juga, aku dah siapkan awal-awal persiapan raya untuk family.  Dan tahun ni juga, aku berjaya grab beberapa pasang baju kurung dan baju melayu ready to wear untuk budak-budak dengan harga yang tak masuk dek akal!  Beli kain pasang, upah tailor buat baju pun tak kan dapat dengan harga hanya RM30 dan RM15 untuk sepasang baju kurung dan baju melayu.  Dan yang paling murah sekali yang aku dapat grab ialah dengan harga RM5.00 untuk sepasang baju kurung budak.  Terkejut bukan?  Aku pun terkejut gak!  Boleh lar buat sampai raya haji or raya tahun depan kan.  Sengaja aku beli baju saiz 2 kali ganda dari saiz badan diaorang.  Anak-anak aku ni tak gumok tapi cepat nor tinggi menunjang!

Sekarang ini aku dah learn from the mistake.  Aku tak nak lagi mementingkan design trend terkini untuk baju kurung budak sebab kalo kita design yang cantik-cantik pun, yang style paling bergaya pun, balik kampung totap berlendir, berlengas dengan peluh, masuk dalam kereta, tak tahan terus buka baju, nak keringkan peluh kat badan katanya, tudung hanie semua lari 360 darjah, maira jadi tantrum mengamuk tak nak pakai baju yang sama sebab tak selesa.  Ni semua gara-gara sebab nak tengok anak-anak kita nampak cantik ler ni di pagi raya.  Mak yang melebih-lebih, anak pula yang menjadi mangsa.  So, tahun ni aku plan nak carikan baju kurung/baju melayu yang selesa, kain tak panas, design tak melebih-lebih, yang takde beads, lace dan sulaman sebab benda tu lar yang menjadikan budak rasa tak selesa, rasa tajam-tajam kat badan kan.  Kain chiffon nipis-nipis, yang tak berkualiti pun takpe, janji budak yang pakai rasa selesa.




Ingatkan sempat jahit kain batik belah tepi untuk budak-budak bulan puasa ni tapi rupanya tak sempat plak!  Takpe lar tahun depan jer lar pakai.  Lagipun ni bukan baju raya first choice, ni baju raya another choice...hahaha.  Baju kebaya ni beli asing takde kain, so terpaksa lar beli kain batik lain untuk dipadankan dengan baju kebaya labuh ni.  Tak silap aku baju kebaya yang ready to wear ni harganya cuma RM10.00 manakala kain batik yang belum dijahit tu harganya RM18.00 sepasang. Ni baju kebaya Hanie, yang Maira punya dia tak nak pakai pulak sebab tak selesa ada tajam-tajam kat leher.  Dah terpaksa buat baju lain lar untuk dia.



Ni baju Humairah.  Yang pink tu harganya RM15.00, ada lace dan beads sikit dan baju yang dark purple tu ialah baju cotton kurung biasa, harganya cuma RM5.00 jer.  Walaupun RM5.00 tapi kain tak panas dan sejuk dipakai.  Ni pun baju raya another choice.



Baju raya another choice lagi.  Baju bersulam bunga.  Aku minat color light blue tapi takde saiz untuk Humairah, cuma ada saiz Hanie jer.  Dah terpaksa beli color lain pulak.  Ok lar color light green, kalo bebudak ni pakai, naik gak skin color diaorang.  Harga untuk 2 pasang cuma RM60.00 jer.  RM30.00 untuk sepasang.  Murah giler kan?  That's why aku cepat-cepat grab baju ni.  Tempah baju kat tailor pun takkan dapat harga RM30.00 sepasang.



Ni lar baju raya Humairah first choice!  Baju dari Gene Martino yang dibeli dengan harga diskaun, RM30.00 sahaja!  Dokoh patch tu aku iron sendiri.  Baru lar naik seri baju ni.



Masa ni Humairah ada sambutan hari raya kat tadika dia.  Kain A line lagi ko!  Memang cantik sangat design baju ni.  Aku suka brand Gene Martino sebab jahitannya sangat kemas.



Ni baju raya another choice Hanie.  Mula-mula ada bunga kecik tak lawa kat tengah-tengah tu, aku buang dan aku ironkan dokoh patch gold kat baju ni.  Baru lar nampak macam pakai brooch dokoh kat tengah-tengah tu.  Tampal 2 jer dokoh sebab kalo tampal 3 dokoh nampak macam crowded plak.  Lagipun kalo pakai tudung sure tak nampak dokoh yang paling atas tu kan.  Bijak tak aku?



Persiapan menu lauk pauk raya tahun ni pun macam tahun-tahun lepas gak, memang aku akan sentiasa masak menu kegemaran keluarga aku.  Omak mertua aku selalu masak lauk pauk raya yang pedas macam ayam merah, sambal sotong, serunding dan rendang daging, so lauk pauk yang tak pedas takde untuk budak-budak.  Kebiasaannya, lauk pauk raya yang aku masak tiap-tiap tahun ialah ayam kicap, sambal goreng johor, kuah lodeh.  Pak dan mak mertua aku suka bangat kuah lodeh dan sambal goreng johor aku, hangpa tau!  Teringin juga nak buat sambal goreng paru tapi laki aku tak makan organ dalaman binatang ni.  Aku dan mak mertua jer yang makan.  Lain kali tahun depan nak buat asing sambal goreng paru dan johor.  Pak mertua aku rajin beli lemang kat tepi jalan.  Nak buat lemang sendiri memang tak ler sebab saper yang larat nak ngadap asap kat muka, nak jaga api lagi untuk bakar lemang tu.

So, aku telah mengambil langkah bijak iaitu dengan memasak lemang segera untuk juadah di pagi raya.  Hahaha....gerenti bersih, halal dan tiada katak atau apa-apa menu tambahan di dalamnya.



Rasanya pun berlemak juga sebab dah siap santan or krimer kat dalam bungkusan tu.  Tinggal nak masak jer.  Dah nama pun segera kan.  Tak payah nak susah nak takik buluh dengan parang.  Ni tinggal potong dan ngap jer masuk dalam mulut.


Begini lar rupanya bila dah siap.  Ketupat mini segera pun aku dah siap masak, walaupun omak mertua aku pun ada masak ketupat mini tapi percaya lar bila sumo ni bawak balik ke kampung, memang tak cukup.  Apa taknya, raya pertama dah sumbat sampai 4 kali, pagi tengahari petang dan malam.  Asik nak melantak jer.  Tu belum masuk lagi kalo ada sedara mara datang raya kat kampung, depa pun nak melantak gak ketupat.  So, memang aku kena bawak extra ketupat mini yang dah masak.  Ketupat palas segera aku pun ada sediakan juga.  Laki aku dan pak mertua memang minat ketupat palas.  Nak buat memang tak tau lar.  Tapi tahun ni memang takde rezeki nak makan ketupat daun.  Pak mertua aku pun tak sempat buat, apatah lagi aku ni yang tak reti nak menganyam ketupat.  Aku tau mengetatkan kelongsong ketupat jer.  Tapi aku berazam tahun depan nak belajar buat ketupat, tak kira lar ribut taufan datang melanda sekalipun. 


Tahun ni planning raya ada tukar sikit.  Kalo tahun lepas, aku tak tido kat kampung.  Pergi beraya kat kampung lepas tu balik hari jer. Dari pagi pergi beraya kat kampung, sampai kat rumah aku pun dah lewat malam.  Memang penat giler!

Penat tapi kena redha jer lar sebab setahun sekali kan.

So, tahun ni kami balik ke kampung malam raya dan tido 1 hari jer kat kampung, lepas tu balik ke rumah aku pada malam raya pertama.  Last minute nyer planning.  Hahaha...kejap jer kan tido kat kampung.  Bawak baju berkati-kati.  Ni semua gara-gara bahangnya dok kat kampung.

Sabor jer lar, setahun sekali kan.



Balik kampung pada malam raya.  Trafik berjalan lancar, takde jem langsung.  Maybe sebab orang dah balik kampung awal kot.  Aku suka balik malam sebab sejuk sikit.  Last day puasa tu hari, masya Allah panasnya hari, sampai anak-anak aku pun dok cakap haus.  Nak balik petang raya pun tak jadi sebab cuaca terlampau panas.  Bila masuk jer azan magrib, laki aku dan budak-budak terpa dulu air sejuk 1 jag, lepas tu baru lar makan sikit.  Ni pun aku gerak balik ke kampung lebih kurang pukul 9 malam.  Tak lama pun, perjalanan balik ke kampung amik masa lebih kurang dalam 2 jam jer.  Masuk tol, sampai kat area kampung, whoaa....seronok sangat tengok kampung-kampung still lagi pasang pelita dan budak-budak main mercun dum dam dum dam.  Baru lar terasa kemeriahan raya.


Kitaorang sampai ke kampung lebih kurang pukul 11 mlm.  Nasib baik lar moyang, atok dan nenek belum tido lagi.  Budak-budak ni sampai jer kat kampung terus main bunga api yang atok beli.  Mau tak terang biji mata memasing sebab sumo dah berdengkur kat dalam kereta tadi.  Aku dan laki jer terkebil-kebil tahan ngantuk dari siang tadi.  Tepat pukul 1 pagi, semua kena perembat suruh masuk tido sebab esok nak bangun awal sembahyang raya.  Tapi malam raya tu memang serius lar, tak boleh nak tido sebab kepanasan.  Kipas dah pasang 3 jenis pun tetap terasa bahangnya.  Terasa macam nak tido berkemban jer.  Laki aku siap mandi malam dulu sebelum nak tido.  Dia kata nak sejukkan badan, nanti tak boleh nak tido kalo badan dah berpeluh.  Malam tu plak kan aku siap layan korean drama lagi yang aku tengah ketagih tengok sekarang.  Bila dah lewat malam sangat, bahang pun makin beransur, baru lar aku bleh tido.

Esoknya pagi raya, tertiba hujan turun dengan lebatnya diiringi dengan kilat berdentum.  Terasa sejuk sangat kat kampung.  Rasa macam nak sambung tido balik plak.  Tapi tak boleh sebab macam-macam benda nak buat pagi raya kan.  Gambar-gambar masa bersalaman di pagi raya, dapat duit raya, makan-makan lauk pauk raya semua tak sempat nak amik sebab gajet hp sumo simpan letak ke tepi.  Kitaorang lebih utamakan untuk mengeratkan silaratuhrahim sesama keluarga.  Oh, ya...anak-anak aku iaitu Adam Izz, Farahanie dan Farah Humairah, kalo belah family laki aku adalah merupakan cucu-cucu sulung omak dan pak mertua aku.  Takde cucu-cucu ni, tak meriah raya omak dan pak mertua aku.  Adam Izz still cucu lelaki kesayangan pak mertua aku dari dulu lagi sampai dia dah besar sekarang.  Risau pak mertua aku kalo dengar dia sakit demam ke pening kepala.  Nak tunggu makcik dia beranak cucu yang lain memang lambat ar sebab baru tahun ni nak kahwin kan.  Kalo belah family aku, memang dah berlambak cucu yang ada.  Disebabkan depa the only cucu yang ada, maka meriah lar depa dapat collection duit raya dari moyang, atok, nenek dan makcik depa.  Semua duit besor-besor, tapi yang besor tu awal-awal aku simpan dulu, kang takut tercicir plak.  So, yang simpan dalam beg duit raya depa sumo duit raya kecik-kecik jer.  Pun begitu, laki aku memang tiap-tiap tahun tak lupa nak bagi duit raya kat bini dia yang comel lotek ni.  Terima kasih bang.  Semoga sentiasa dilimpahi rezeki yang halal dunia dan akhirat.  Aamiin...



So, raya pertama kitaorang berdondon dengan color purple palettes.  Aku lebih suka sedondon begini dari sedondon 1 color jer.  Baru ler nampak lagi menarik.  Macam pasangan Awal, Scha dan anak dia kan, meskipun tak sedondon 1 color, tapi pandai depa match kan color ikut palette.  Aku berjaya membeli baju raya Adam, Hanie and Humairah, ready made dari Gene Martino dengan harga RM30 sepasang.  Syukurlah, rezeki korang dapat baju raya tahun ni.  Yang pakai tudung merah tu lar adik ipar aku yang bakal melangsungkan perkahwinan hujung bulan September nanti.  Sekarang ni aku tengah gear up buat gubahan untuk dia lar.  Macam-macam benda nak kena buat!  Yelar, aku the only one kakak ipar yang dia ada.  Yang  tudung kelabu tu ialah mak mertua aku.  Muka macam sama dengan aku kan?  Ramai orang ingat kitaorang anak beranak, padahal menantu.  The only one menantu selama 11 tahun tau.  Tak lama lagi omak nak terima menantu lelaki plak!


almost black color, blue color, color matching, color of hydrangea, color of jeans, color of purple orchids, color of violets, color solution for house:
Of course my favourite color is purple!


Oh, flawless nyer muka ko Humairah!  Tapi tak boleh nak lawan muka flawless ibu dengan eyebag sebab tak cukup tido layan korean drama semalaman.  Aku lebih suka pakai tudung bawal sebab nak serasikan dengan cuaca yang panas dan ketidakselesaan beraya kat kampung dalam keadaan bahang teramat sangat.


Raya kedua pula aku dah ada kat Pasir Gudang pasir berdengung.  So, kitaorang berdondon beraya pula dengan color hijau olive palette.  Raya kedua kitaorang just pergi beraya rumah saudara kat kawasan bandar jer.  Macam biasa...baju raya olive green Adam, Hanie and Humairah dari Gene Martino yang berjaya dibeli dengan harga RM30 sepasang.  Aku geram tengok design baju Hanie tu sebab cantik sangat dan bila dia pakai baju tu kan, memang naik skin tone color dia.  Nampak lar macam anak cina mana ntah pakai baju kurung.  Orang cina pun ingat dia macam anak cina.  Tudung dah hilang ntah ke mana sebab kepanasan. 


бледно-серый, оливковый, оттенки зеленого, палитра для зимы 2016, подбор цвета, салатовый, серо-зеленый, серый, тёмно-зелёный, цвет базилика, цвет зимнего тумана, цвет лайма, цвет листьев базилика.:  
Olive green color palettes.


Raya ketiga rasanya kitaorang tak kemana.  Just pergi shopping mall, top up barang dapur jer.  Raya keempat kitaorang dah buka cc.  Customer dah dok tanya, message kat hp, bila nak buka cc.  Buka jer terus menderu depa datang.  So, aku tak payah nak susah-susah lagi tukar duit baru kat bank.  Sebabnya ramai customer bayar pakai duit raya yang masih crispy lagi.  Macam biasa...aku tak pernah buat open house tiap-tiap kali raya, tapi aku selalu buat open cc.  So, aku terima 'duit raya' jer lar tiap-tiap hari.  Alhamdullilah....

Argh...kalo nak menjamu orang makan, tak semestinya nak kena tunggu raya jer baru nak buat open house.  Ada rezeki lebih, kita jamu jer, bagi-bagikan kat customer dengan makanan yang kita masak tanpa mengira hari tu hari raya ke tidak.  Betul ke bohong?  Hahaha....

Setakat itu ajer lar citer raya aku tahun ni.  Sorry lar yerk kalo terlambat upload.  Draft ni memang dah lama berabad kurun ada kat blog aku tapi tak sempat nak siapkan sebab kemaruk sangat tengok drama korean Park Shin Hye.  Walaupun drama tu dah abis, tapi feeling aku belum lagi abis.  Hahaha....!!


Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua pembaca blog dan juga silent readers (eh, pulak dah!)


Thanks for reading this entry!


No comments: