Video Of The Month

Sunday, 11 January 2015

How to Match The Glasses With Your Face Shape

Assalammualaikum...


Seriously...

Ketika aku menaip entry ini, jari jemariku sedang mengigil kesejukkan.  Pakai baju sweater 2 lapis pun still mengigil lagi.  Kejap-kejap aku tiup tanganku.  Cuba untuk menghangatkan.  Tapi tidak berhasil.  Barangkali aku kena nyalakan unggun api dalam kedai.  Hari ni cuaca bukannya hujan lebat pun.  Hujan biasa-biasa jer.  Tapi apa pasal rasa sejuknya lain macam jer.  Memang betul lar Malaysia sedang mengalami cuaca sejuk seperti mana yang berlaku awal tahun lepas.

Pagi tadi, disebabkan cuaca mendung dan sejuk, aku dah merengek kat laki nak keluar pakai long coat.  Ya, yang style macam ala-ala The Matrix tu.  Tapi laki aku tak kasi sebab dia takut nanti bini dia dipandang serong oleh orang.

Abangku sayang...

Saya cuma request nak pakai long coat, dan bukannya bikini, bang.


Military long coat design by erynz


Laki aku cakap, long coat tu dah macam style Michael Jackson.  Terus dia nyanyi lagu 'Beat It'...'Beat It'... Bergegar kejap rumah.  Aku tepuk dahi.  Celah mana pulak long coat tu tiru style Michael Jackson.  Adoiyai!   

Abangku sayang...

Kita kena ada confident bila kita nak stylo.  Asalkan ianya masih lagi menutup aurat, bukan?

Tapi at last, kena lar ikut cakap suami.  Mengaku saja lar.  Yer bang, saya memang buat long coat tu tribute to Michael Jackson.  Harap Michael Jackson dapat menghargai apa yang saya buat.  ( Grrr....)

Takpe lar, satu hari nanti pasti aku akan pakai jua.  Dah penat-penat jahit, dah penat-penat design, rugi lar kalo tak pakai.  Melainkan kalo aku nak jual long coat tu lain ler cerita.

So, sempena tahun baru. seminggu yang lepas, aku baru tukar specs setelah hampir 4-5 tahun aku tak tukar specs.  Aku memang jenis pakai sampai rentung.  Sampai dah patah baru nak tukar.  Punya lar jaga specs aku sampai 5 tahun baru nak tukar.  Aku tak suka pakai contact lens.  Setelah aku mendapat info bahawa memakai contact lens, mempercepatkan lagi proses penuaan dan kedutan di bawah mata, maka memang tak lar aku nak pakai contact lens.  Memang lar semua orang akan tua kan.  Tapi kalau boleh, iolls nak kurangkan wrinkle kat bawah mata.  Yelar, masa kita nak pakai contact lens tu, of course ler kita kena tarik otot bawah dan atas mata kan?  Apa-apa pun color asal anak mata Asia is the most beautiful.  Black and dark brown.  Tak perlu nak tukar color lain.  

How about lasik?

Emmm...tunggu lar aku betapa kat gunung atau hutan bakau untuk mencari kekuatan buat lasik ni ya.  Ko hingat tak seram ker bila baca pengalaman orang buat lasik ni?  

Tapi tahukah anda yang sebenarnya ada tips-tips tentang bagaimana untuk mencari specs yang sesuai dengan bentuk wajah kita.  That's why aku survey dulu tips ni sebelum aku pergi membeli specs yang baru.  Setakat ini, aku memang puas hati dengan pemilihan specs aku.  Aku pilih cermin transitions dan bingkai color dark purple.  But, it looks like more than a black color, isn't it?  So, dengan baik hatinya, aku nak kongsikan tips-tips ni kat anda semua agar korang tak ragu-ragu lagi untuk memilih specs yang sesuai dengan bentuk muka korang nanti.  Elakkan dari memilih specs yang half frame kerana ianya menampakkan wajah anda lebih tua dari umur sebenar.  


Zoomkan untuk bacaan lebih jelas lagi.


Zoomkn gambar ini untuk bacaan lebih jelas lagi.


I think I'm oval face shape


Aku dok menghafal tips ni lar masa nak beli specs baru.  Tak nak yang ini, tak nak yang itu, nak yang ini, nak yang itu.  Kalo boleh tak nak yang poyo sangat walaupun designnya cantik.



Satu lagi tips yang berguna untuk memadankan cermin mata dengan bentuk specs.


Tips untuk cermin mata hitam pun ada gak!  Aku suka specs ala-ala The Matrix style yang macam Keanu Reeves pakai tu.  ( matrix lagi! )



Walawey...memang matching lar specs hitam aku yang ada sekarang dengan bentuk wajah aku!



Lagi panas cuaca, lagi gelap cermin ko.  Yer, cermin jenis ni memang mahal sikit.  Ada sesetengah kedai boleh cecah RM1 ribu termasuk bingkai sekali mengikut power ko.  Nasib aku agak baik sebab aku dapat survey harga kat kedai yang boleh dapatkan cermin transition dengan harga RM380 jer sepasang.  



Whoaaa...lawa frame specs ni tapi aku dah malas nak guna yang besi lagi.  So, kali ni aku tukar plastic frame pulak.  


Kalo tengok pic profile aku kat Facebook and Twitter, tu lar specs terbaru aku yang telah selamat pun dirasmikan.  Tapi bila aku nak keluar jer baru pakai sebab yang baru ni ada transition kan.  Ianya untuk menahan cahaya UV masuk dengan lebih banyak ke dalam mata kita.  Kalo kat rumah, pakai yang lama jer sudah lar.  Hahaha...sayang woo!!



Thanks for reading this entry!





1 comment:

Najib Ariyan Ali Basha said...

terima kasih tips yg berguna... saya pun pakai spek sebab dah rabun... muka saya bulat tapi saya pakai pun bulat jugak... nampak kelakar tapi saya selesa sangat...

salam kenal...