Video Of The Month

Wednesday, 28 January 2015

Tutorial 10 - DIY Paper Laterns and Lamps

Assalammualaikum....


Sometimes kan tertiba kita terasa nak modified atau nak tambahkan lampu di rumah kita untuk menaikkan suasana dan mood kita bila berada di dalam rumah sendiri.


' Oh, cantiknya umah aku kalo ada lampu macam gini! '


Tapi pada masa yang sama, kalo boleh kita nak jimat, tak suka membazir duit sampai beratus-ratus hanya semata-mata kerana hendak membeli lampu untuk rumah kita.


So, ketika ini lar, otak berfungsi dengan ligat selepas minum susu cap dugong, maka terhasil lar entry ini dan juga kreativiti untuk merekacipta lampu anda sendiri tanpa memerlukan kos yang banyak.  Jangan terlalu sangat bergantung pada lampu IKEA jer ataupun kedai lampu Khalid.  Anda hanya memerlukan seorang wireman lampu dan jenis lampu yang anda hendak pasang di rumah.  Kalo laki anda tau tentang selok belok wiring lampu, maka itu sudah lagi bagus.  Jimat kos!  Tapi sebenarnya wiring lampu memang senang jer.  Hanya perlukan plug, wayar, tempat mentol dan mentol.  Dulu, masa Kemahiran Hidup kat sekolah menengah pun ada belajar pasal tajuk ni.  So, kalo laki anda tak tahu pasal wiring lampu, cuba tanya kat laki anda, dulu kat sekolah, ada belajar ker atau lari dari kelas?  Hahaha....just kidding!


Bukan itu sahaja, barang-barang untuk penyediaan lampu juga boleh didapati dengan harga yang murah dari yang dijual siap kat kedai lampu.  Contoh kat tempat aku, paper latern ni ada dijual di kedai RM2.00.  Malah, tempat mentol, wiring, plug, mentol juga dijual dengan harga RM2.00 jugak!  That's why I love shopping at RM2.00 shop!  Bila dikira kos membuat lampu ni, harganya tidak lar mencecah sehingga RM40.00!  Mungkin bawah dari RM10.00 pun ada!  Daebakk...!!


Jom kita tengok design DIY lampu yang boleh kita buat sendiri di rumah mengikut kreativiti kita sendiri.  Bila masa lagi nak menghubungkan saraf otak kita kan kalo tak pikir benda-benda yang kreatif ni semua.




Paper latern ni memang sejibik sejibon ada dijual kat kedai RM2.00 tempat aku.  Apa yang diperlukan ialah pearl, kertas surat khabar, kertas majalah ker, paper color yang digunting bentuk bunga, rama-rama dan ditampal seperti begini.  Adakah dapat membangkitkan suasana romantik di rumah anda jika dipasang lampu begini?  Hahaha...cuba lar!


Gunakan kertas alas kek jer!  


Ini dinamakan lampu ku berbulu lebat.  Apsal macam lucah jer bunyinyer?  


Yeszaa...guna paper cupcakes jer then disusun dan ditampal bentuk bunga.  So sweet!  Cantik kalo letak kat bilik girls.


Aku tak tau depa gunakan apa tapi aku tak rasa depa gunakan batang rokok untuk buat terendak lampu ni.  Apa-apa pun memang sangat kreatif!


Sangat jimat!  Guna paper color yang dipotong corak simetri.  Then sangkut jer lar kat wayar lampu tu!


Fuyooo...lampu bling-bling seyhh!!  Ada jual serbuk glitter ni kat kedai buku atau kedai DIY.  Sangat sesuai bagi mereka yang sukakan suasana disco dalam rumah.  Hahaha....!!


Lampu yang digunakan ialan lampu kelip-kelip dan paper cups.  Boleh diletakkan di hujung sudut rumah anda!  


Omaigadd!!!  I love this rainbow paper laterns!  


Whoaa....ni pun cute gak kalo letak di atas meja makan!  


Lampu obor-obor.  So cute kalo letak kat bilik boys.


Whoaa...kreatif sungguh!  Kalo letak laterns yang hijau jer tu, sudah tentu ku rasakan seperti berada di dalam suasana rimba belantara.


Tak tau depa gunakan bahan apa dan bagaimana tapi yang pastinya tentu dari paper.  


Kalo malas nak guntingkan bentuk bunga dari paper, nak gunakan bunga plastik pun boleh gak!



Rasa nak menangis jer tengok paper latern yang comel giler ni!  Senang plak tu nak buat!


Simple and cute!


Hohoho...pakai paper color jer dan dilubangkan dengan peniti.  


Kenapa comel sangat lampu ni?  Korang juga boleh tampal dengan sticker butterfly dan flower kat latern ni.


Paper latern hot air balloons.  Boleh guna cat poster atau tampal dengan wrapping paper kat paper laterns tu.  Kotak tu ala guna kotak ubat gigi jer, lepas tu balut lar dengan paper color nanti.


Easy DIY Beautiful Shimmering Luminaries Ideas You Should Definitely Try
Gunakan mentol lampu bercolor dan paper latern yang bercorak.  Cantik giler!


Easy DIY Beautiful Shimmering Luminaries Ideas You Should Definitely Try
Easy DIY Beautiful Shimmering Luminaries Ideas You Should Definitely Try
Hanya perlukan kertas kadbod, perkakas lampu dan rumput-rumput yang boleh dibeli di kedai bunga.


Easy DIY Beautiful Shimmering Luminaries Ideas You Should Definitely Try
Ok, ni senang jer!  Beli sangkar dan masukkan lampu kelip-kelip ke dalamnya.


Amik batang kayu dan bolot paper kat batang kayu tersebut.  Tampalkan dengan dedaun kering.  Cantik kalo buat lampu garden.


Lamp idea
Mak aiihh...bapak nyer besar bola nak buat lampu ni!  Okay, kalo tak nak pakai bola yang besar ni pun takpe, kita boleh gunakan belon jer lar.  Tiup-tiup lepas tu lilitkan dengan tali, kemudian sapukan dengan gam.  Tunggu biar betul-betul sampai kering, baru letupkan belon tu.  Dah dapat bentuk terendak lampu bola-bola macam gambar kat atas.


Twine Lanterns - DIY Garden Lighting Ideas
Guna belon dan lampu kelip-kelip jer.  Tali ni ada dijual di kedai RM2.00


Cool Light Idea
Pakai botol minyak masak jer!  Spray color sikit, terus masuk wiring lampu.  Mudah kan?


DIY: felt light decoration
Hanya gunakan kapas, tampal dengan gam dan masukkan lampu kelip-kelip ke dalamnya.  Tambahkan dengan ranting-ranting kayu yang boleh didapati di kedai pokok bunga plastik.


Light ideas
So beautiful...!!!!  I wanna do this at my intimate rooms!  Hahaha!!!  Romantik tak?  Jangan tengah-tengah tido, tersangkut tangan kat lampu kelip-kelip, terus terkena kejutan elektrik!  Hok ganas sungguh mung ni tido!  But, it's really really beautiful isn't?


Great idea
Guna lampu garden jer.  Ada jual lampu ni kat kedai Mr. DIY


Cut a small x into the Ping pong balls, and pop them over the bulbs for a Cafe Light look
Guna bola ping pong jer.  Dalam bola tu kalo kita letak kertas yang bercolor mesti cantik percahayaannya.


DIY
Hula hoop kalo ada kat rumah jangan dibuang.  Ko lilit jer lar dengan lampu kelip-kelip, lepas tu ko gantung jer lar kat luar rumah.  Senang...tak payah beli lampu cantik-cantik untuk pasang kat luar rumah yer tak?



Fuhh....bersemangat nak buat lampu sendiri kat rumah ni!  Abis lar aku borong paper latern tu kat kedai RM2.00 nanti.  Kalo tak nak guna lampu mentol, guna lampu kelip-kelip pun boleh, lagi senang sebab dah ada wiring dan plug kan.  Mesti lagi cantik!  So, tak perlu membazir lagi beli lampu siap pasang hanya semata-mata untuk cantikkan rumah lepas ni!  Eh, lampu corner aku pun buat sendiri tau!  Laki tukang wiring, aku tukang design terendak lampu tu.  Sampai sekarang hidup lagi lampu corner tu tau, nak dekat 5 tahun rasanya!  


Let's do it right now!


Thanks for reading this entry!


No comments: