Video Of The Month

Monday 6 April 2015

House of Recipes : Only 3 Ingredients for Slow Cooker Recipes!

Assalammualaikum....


I guarantee...

Entry ni pastinya menarik minat golongan kaum wanita, sama ada bekerja mahupun surirumah untuk membacanya sehingga abis!

Lagi-lagi GST sudah pun bermula, pastinya semua benda nak berjimat cermat, bukan?

Selain daripada periuk nasi korang boleh digunakan untuk memasak nasi, ianya juga boleh digunakan sebagai slow cooker untuk memasak pelbagai resepi.  Itu pun kalo korang ada extra periuk nasi kan.  Macam aku ni, memang dah biasa masak nasi guna api dapur gas.  Ni semua arwah mak yang ajarkan.  Anak dara kalo tak reti masak nasi, baik tak payah kahwin!  Arwah mak selalu ngomong kat anak-anak dara dia.  So, aku nak kahwin cepat, aku kena belajar ar skill tu.  Tapi kat rumah aku still ada rice cooker walaupun aku jarang menggunakannya.  Daripada jarang digunakan, better aku jadikan rice cooker tu kepada slow cooker dan bukannya transformer decepticon.  Aku tak pernah masak resepi dengan menggunakan slow cooker ni.  So, bila aku jumpa entry tentang resepi slow cooker ni, aku rasa teruja sangat sehingga lompat ala-ala tapak sulaiman sampai terhantuk kat kepala kipas.  Dan yang paling best ialah resepi ini hanya menggunakan 3 bahan jer!  Senang giler!  Ko tak payah nak tumis bawang ke apa, ko main campak-campak jer!  Jangan ko main campak terkena kat tingkap jiran sebelah rumah sudah lar yerk!

Aku nak cuba kesemua resepi ni dan yang paling bertuah sekali ialah aku hanya kongsikan entry ni cuma di dalam blog aku jer!  Aku takde share kat dalam facebook or instagram.  Untung tak jadi pembaca blog aku?  Sama-sama kita kongsi ilmu yang bermanafaat yer!  Bukan kongsi gambar hadiah apa yang ko dapat yerk!  Tu bukan berkongsi, tu menunjuk nama.  Ramai lagi orang tak faham makna dan fungsi perkataan berkongsi dengan menunjuk?  Kat sekolah Bahasa Melayu dapat berapa hah?  Meh sini ketuk kepala sikit...

Kepada silent readers, cepat-cepat lar register sebagai followers blog ni sebelum saya privatekan blog ni khas untuk followers saya sahaja.  Sebab saya rasa kesemua entry dalam blog saya ini adalah sangat berharga untuk dikongsikan dengan orang luar dan saya tak perlukan populariti untuk naikkan rating blog saya.  Saya cuma suka kongsikan ilmu yang saya dapat bersama followers yang suka membaca blog ini.

Ok, that's it!

Jom kita terjah resepi slow cooker ni.


Slow Cooker BBQ Chicken Hip2Save
How to make root beer bbq chicken sandwiches Hip2Save
Bahan-bahannya :  
4 ketul dada ayam
Setengah botol atau tin root beer atau Coke
18 oz sos BBQ
Garam dan lada sulah secukup perasa.

Cara-caranya:
Masukkan dada ayam dan root beer ke dalam slow cooker dan masak sehingga 3 jam.  Toskan cecair dan tinggalkan sedikit kuah supaya ayam tu tidak kering.  Masukkan lada dan garam.  Masukkan sos BBQ setengah botol dan masak lagi sehingga 15-20 minutes.  Dah siap!  Boleh makan dengan roti hotdog, roti burger, roti canai, lempeng, tortilla, nan dan macam-macam lagi.



Step by Step Crock Pot Creamy Chicken Tacos - get recipe here!
Bahan-bahannya  :
3 ketul dada ayam
4 biji tomato dipotong dadu
Pati tomato dalam 3 sudu
Setengah buku cream cheese
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-caranya  :
Dada ayam dimasak dengan tomato dan pati tomato dalam 6-8 jam.  30 minit terakhir sebelum siap masak, angkat penutup slow cooker dan kecaikan isi ayam dengan garfu sehingga rata.  Tambahkan dengan cream cheese.  Jangan kacau cream cheese tu dan biarkan ianya cair di dalam slow cooker tu dalam masa 30 minit.  Dah siap masak 6-8 jam, baru lar digaulkan dengan cheese tersebut bersama dengan ayam which will now be perfectly softened and prevent any lumps into the meat mixture.



3-Ingredient Chicken Cacciatore in the Slow Cooker Recipe on Shockingly Delicious
Gina Rispoli Arrabbiata 25oz on Shockingly Delicious
Bahan-bahannya  :
6 ketul paha ayam tiada tulang
1 botol Arabbiata sos 
Spiral pasta
Perasa secukup hati


Cara-caranya  :
Salutkan periuk slow cooker dengan butter.  Masukkan ayam dan sos Arabbiata.  Kacaukan dengan rata dan masak sehingga 4-5 jam.  Jangan sesekali buka penutup slow cooker tadi sebab ianya akan merencatkan kepanasan pada slow cooker tersebut.  Rebus spiral pasta seperti biasa.  Bila dah siap masak, tuangkan sos ayam di atas pasta.  
* Jenama Kimball sekarang sudah ada sos spaghetti perisa baru seperti Rendang.  Rasa macam nak cuba pula sos baru tu. Nyum...nyum!


Easy 3-Ingredient Sweet and Sour Chicken in the Slow Cooker by @SeededTable
Easy 3-ingredient Sweet and Sour Chicken in the slow cooker by @SeededTable
Easy Slow Cooker Sweet and Sour Chicken by @SeededTable
Combine just 3 ingredients in a slow cooker to make a sweet and sour chicken recipe by @SeededTable
Bahan-bahannya  :
Isi ayam atau dada ayam dipotong dadu
( omputih ni guna frozen yang dah siap potong dadu, so kita gunakan yang fresh jer lar! )
Cili sos apa-apa jua jenama. 
1 tin apricot atau nenas dalam tin.
Perasa secukup hati

Cara-caranya  :
Masukkan isi ayam ke dalam slow cooker.  Dalam mangkuk yang asing, campurkan cili sos dengan aprikot atau nenas dan kacaukan sehingga rata.  Campurkan ke dalam ayam dan masak dengan slow cooker sehingga 2-3 jam.  Di sini anda boleh buat pertambahan resepi yang anda suka seperti tambahkan cili boh sikit supaya rasa lagi pedas-pedas manis.


Crock pot grape jelly meatballs on iheartnaptime.com -only takes 3 ingredients and 5 minutes to prep! YUM!
Sweet and sour smokies
Bahan-bahannya  :
Meatball frozen
1 cawan BBQ sos
1 cawan Jeli Anggur ataupun boleh gunakan jem anggur jer! (seriously?)

Cara-caranya  :
Campurkan sos BBQ dan jem anggur ke dalam slow cooker dan kacaukan hingga sebati.  Masukkan meatball dan masak selama 3 jam.  Boleh dicampurkan juga dengan hotdog smokey.  Boleh dimakan begitu sahaja atau diletakkan di atas spaghetti, tortilla dan juga tacos.  Nyum..nyum!


crock pot teriyaki chicken
Bahan-bahannya  :
Dada Ayam
Teriyaki sos yang halal
Sayur-sayur yang sewaktu dengannya.

Cara-caranya  :
Potong dada ayam nipis tapi memanjang.  Taburkan lapisan di bahagian bawah slow cooker anda dengan garam dan pepper.  Salutkan ayam anda dengan teriyaki sos sehingga rata.  Masak sehingga 30 minit.  Boleh juga masak di atas kuali leper dan rasanya pun sedap gak!  Sayur-sayur yang anda boleh tambah ke dalam teriyaki ayam ni ialah seperti brokoli, carrots, peas, bell pepper, onions dan juga taugeh.


crockpot-salsa-chicken-2
Bahan-bahannya  :
6 ketul dada ayam tanpa kulit
1 cawan sos salsa
1 cawan keju parut

Cara-caranya  :
Masukkan dada ayam ke dalam slow cooker dan tuangkan sos salsa ke dalamnya.  Masak sehingga 1 setengah jam hingga 2 jam.  Panaskan oven.  Masukkan ayam salsa ke dalam mangkuk pembakar.  Jangan lupa salutkan dulu butter pada mangkuk pembakar yerk!  Tuangkan baki sos salsa dalam slow cooker ke atas ayam.  Taburkan dengan keju.  Bakar dalam 15 minit sehingga keju dan sos salsa meletup-letup.  Yummy!


crock pot swedish meatballs
Bahan-bahannya  :
Frozen meatballs
1 mangkuk sour cream
1 botol sos savory beef ataupun anda boleh juga menggantikannya dengan sos hickory bbq, sos bbq, blackpepper, wochester dan pelbagai sos yang sesuai dengan rasa daging.

Cara-caranya  :
crock pot, swedish meatballs
Campurkan sour cream dengan sos daging dan kacaukan sehingga sebati.

crock pot, swedish meatballs
Masukkan meatball dan gaulkan sekata kesemua meatball tadi dengan sos.

crock pot swedish meatballs
Masak di dalam slow cooker sehingga meatball empuk dengan sempurna.

Boleh dihidangkan dengan noodles atau mash potato.  Guys, ni macam meatball yang jual IKEA tu jer kan?  Boleh lar cuba nanti resepi ni...



orange soda slow cooker crockpot chicken
Bahan-bahannya  :
4-5 ketul dada ayam
1 tin diet orange soda
1/3 cawan kicap

Cara-caranya  :
Campurkan kesemua sekali bahan-bahan di atas di dalam zipper bag plastik dan peramkan semalaman di dalam peti sejuk.  Masakkan di dalam slow cooker sehingga 6-8 jam.  Boleh dihidangkan bersama nasi.


crockpot
Bahan-bahannya  :
1 cawan dark chocolate
1 cawan coconut milk ( <---- santan kan? )
1/4 cawan madu

Cara-caranya  :
Campurkan kesemua bahan-bahan di dalam slow cooker.  Kacau sehingga sebati.  Bila dah sebati, baru lar masak sehingga 2 jam.  Selepas fudge masak, kacaukan lagi untuk elakkan fudge menjadi berketul dan berkerak.  Biarkan sejuk.  Masukkan fudge ke dalam bekas yang telah disapu dengan butter.  Ketika ini, anda boleh tambahkan kekacang atau kismis mengikut kesukaan anda.  Tutup fudge dengan plastik dan sejukkan selama 3 jam sebelum dimakan.  Yummy!!


3 Ingredient Slow Cooker Apple Sauce | Aunt Bee's Recipes
3 Ingredient Slow Cooker Apple Sauce | Aunt Bee's Recipes
Bahan-bahannya  :
12 biji apple, dikupas kulit, dipotong
2 batang kayu manis
1/4 kulit lemon dan sedikit jus lemon

Cara-caranya  :
Masukkan apple, batang kayu manis dan kulit lemon ke dalam slow cooker.  Perahkan dengan jus lemon.  Masakkan sehingga 5 - 7 jam.  Buangkan kayu manis dan kulit lemon setelah ia masak.  Kisar sos epal tadi supaya lebih sebati.  Biarkan sejuk.  Boleh dihidangkan bersama dengan crepes, pancakes, puff pastry dan boleh disapukan juga di atas roti!  


Recipe for 3-Ingredient Slow Cooker Peach Cobbler
Bahan-bahannya  :
Buah peaches dalam tin
1 kotak white cake mix ready made
1/2 cawan butter, dilembutkan

Cara-caranya  :
Masukkan peaches di dasar slow cooker.  Sementara itu di dalam mangkuk yang lain, masukkan butter ke dalam adunan cake yang ready made dan kacau sehingga ketul-ketul halus.  Taburkan adunan kek ke dalam peaches.  Letakkan tuala kain di atas slow cooker dan tutupkan dengan penutup slow cooker.  Masak sehingga 4 jam.  Hidangkan bersama dengan vanilla ice cream.  (Jejes pulak air liur ni!)


apple-dump
3ingredientappledumpingred
dumpcakecrockpot
goldenbrown
dumpcakefinal
Sama seperti di atas cuma tukarkan dengan apple jer!



Ok, that's enough!

It is awesome recipes, right?  Hanya gunakan 3 bahan jer!  Sekarang musim GST tak boleh banyak bunyi bila nak makan.  Makan jer lar apa yang ada.  Yang penting, kita bersyukur sebab dapat makan lagi dan bukannya kelaparan sebab takde makanan lagi atau disekat makan.  Ini semua terpulang pada kreativiti kita bagaimana untuk berjimat cermat dan cukup makan sekeluarga selama sebulan.  Sejak GST ni banyak yang kena cut cost kan?  Kurangkan makan kat luar, kurangkan makan di cafe yang mahal dan lebihkan masa memasak untuk keluarga kita.  Makan kat food court pun dah dikenakan GST.  Chipet betul!  

Bertabah lar wahai hati...


Thanks for reading this entry!



1 comment:

Asmalalalala said...

Tq for sharinng :)