Video Of The Month

Wednesday, 15 April 2015

Fashion Chapter 28 : Guidance of Dress / Baju Kurung for Hari Raya

Assalammualaikum...


Seperti yang telah dijanjikan, saya akan memberikan beberapa lagi gambar tips dan ideas untuk design busana Hari Raya nanti.  So, terpulang lar sama ada anda nak follow atau tidak, ataupun anda lebih suka membeli yang dah siap, busana ready to wear.  It's ok...memasing punya pilihan kan?

Bagi sesiapa yang sudah membeli kain pasang tapi tidak tahu design apakah yang sesuai ataupun meletop, marilah kita muhasabah membaca entry ini sampai habis.



I love this black pasmina | Looks so elegant      KIVITZ
Style ni amat sesuai bagi muslimah yang betul-betul mementingkan penjagaan aurat.  Kekadang nak pakai jubah pun terasa bosan kan.  Sesekali kita tukar kepada style maxi skirt yang labuh dan besar, dipadankan pula dengan blouse.  Pakailah tudung hingga menutupi dada anda.  Sangat manis bila berjalan di hari raya nanti.


African Style
Mula-mula aku ingatkan busana ini tergantung tau.  Rupa-rupanya si model ni kulitnya hampir sama dengan color dinding kat belakang tu.  Tak baik tau korang aniaya model ni.  Design ini boleh lar kalo anda nak tiru jika cuaca di hari raya terlampau panas.  Hahaha...jangan nak mengada-ngada ekk!  Kang kena halau kan dengan tuan rumah yang nak pergi beraya tu.


SHAFIRA - Family Life Style 2013 songket series
Adakah sekarang ini sudah trend songket?  Sana sini orang jual kain songket tapi bukan yang jenis mahal tu, jenis yang biasa-biasa jer.  Tapi seriously, kalo orang buat kain songket tu kepada kurung moden, kenapa mesti nak ketat-ketat, mengikut bentuk badan ko?  Tak boleh ke buat yang lebih selesa sikit.  Tau jer lar kain songket ni bukan jenis bidang yang besar.  So, kalo buat baju kurung moden pun hanya betul-betul ikut bentuk badan ko.  Apa kata kita buat pattern design macam ni?  Maxi dress dengan songket jacket yang dijahitkan sekali.  Ataupun nak buat separate pun boleh juga.  Design ini lain dari yang lain bukan?


solemnization dress
Aku lebih suka details beads seperti begini.  Tak suka yang crowded sangat.  Leceh wooo...nak jahit beads macam gini.  Sebab tu kena cas kow-kow!  Ikutkan nak jer pakai glue gam tampal beads ni kan.  Tapi nanti rosak baju.  Takpe lar kita redha, kita pakai beads lining jer lar yerk!


Dazzle | Dian Pelangi
Songket hemline peplum.  Bagi yang dah terbeli kain songket tu boleh dibuat baju peplum begini.  Tapi mohon peplum tu dilabuhkan hingga ke paras menutup punggung lar.  Jangan lar pakai singat macam ni.  Padankan dengan maxi skirt plain color.  


Elie Saab
Lawa giler kan color baby blue ni.  Insha Allah, tahun depan lar nak buat color macam ni.  Tu pun kalo jumpa color kain ni.  Bagi sesiapa yang suka dress lace lip lap lip lap, boleh tiru design macam ni.  Dah macam ala-ala Frozen dah aku tengokkan.  Tapi akuk sukak gilak dress macam nik!


Navy Songket Dress
Songket blouse.  Cantik design ni.  Korang suruh tailor tu bagi panjangkan sikit lengan dia jer.


paduan songket dan warna yang cantik
Songket dress.  Design ni pun ok gak.  Tak payah lar ko nak suruh tailor jahitkan baju kurung moden betul-betul ikut bentuk badan ko.  Ni pun dah dikira sopan juga ni.


A model displaying Muslim themed creations by Indonesian designer Itang Yunasz during Jakarta Fashion Week in Jakarta.
Plain inner dipadankan dengan lace bunga.  Tapi tudung jangan lar sama dengan fabrik pula.  Dah nanti ko tenggelam pulak dengan corak fabrik tu.  


KIVITZ love
Details for songket.  Beads yang ringkas sebab songket tu sendiri sudah terserlah kecantikan melalui coraknya.


Long Red Dress Chiffon Satin with Songket
Ok, ni last!  Design for songket dress.  


Pink Lace / Dolce & Gabbana Woman's Apparel - Collection Fall Winter 2014 2015
Bagi peminat prada lace, anda boleh tiru design ni untuk dress anda tapi jangan lar guna material chiffon yang jarang tu.  Guna lar material fabrik yang tak jarang especially part yang dada tu yer.  At least guna lining ker kan, jangan lar menampakkan bentuk dan color bra ko.  Apa ko fikir ko taraf Diana Danielle ker?


BIYAN Istia embellished crepe gown has been meticulously embellished with beads, crystals, faux pearls and sequins. It's designed with a fluttering cape back that drapes elegantly over your shoulders, and has a small floor-sweeping train. Though loose at the top, this piece is fitted through the skirt for a slimming effect. $2,225
Ok, ni cantik!  Tapi masih nampak lagi aurat di bahagian pergelangan tangan.  Takpe, kita siap-siap pakai inner lengan panjang yerk!


Naeem Khan Pre-Fall 2014 - Slideshow - Runway, Fashion Week, Fashion Shows, Reviews and Fashion Images - WWD.com
Kalo nak rare, buat lar design macam ni.  Dalam maxi skirt yang kembang tu rupanya ada seluar.  Fuhhh...rare giler design ni.  Memang unik!


kebaya muslim remaja
Anda ada baju kebaya yang tak pakai lagi?  Atau baju lace?  Jangan dijual atau disimpan.  Boleh diguna pakai untuk second look.  Anda cuma nak cari atau jahitkan skirt chiffon kembang semangkuk macam ini.  Lilitkan dengan tali pinggang!  Dah nampak comel ala-ala princess!


Mod kebaya
Kebaya labuh.  Back to old school.


Perkawinan Magz (Contributor) - Fashion Spread - Dec 2009
Baju kurung kedah dengan kain samping laki ko.  Agak-agak kalo ada kain samping laki ko yang tak pakai lagi, boleh dijadikan baju kurung kedah macam ni.  Ok ke apa kan?


Leonard SS 2014 ~ Colette Le Mason @}-,-;--- (^.^) Thanks, Pinterest Pinners, for stopping by, viewing, re-pinning,  following my boards.  Have a beautiful day! ^..^ and “Feel free to share on Pinterest ^..^ #streetfashion   #fashionupdates
Pastel color prints for maxi dress.


Leonard Spring Summer 2014
Just simple prints dan jangan terlalu over crowded sangat dengan pelbagai color.


JFW 2015 # Indonesia Fashion Forward – Norma Hauri – The Actual Style
Oh, I love this!  Ikutkan hati, nak jer jahit sekarang dress ni.


Chic Embroidered Jacket and Dress Pants
Sooo...elegan!


Designer Inspired Abaya 134
Beautiful abaya.


Raya 14-14 by Innai Red. A purple dress with belt/bow at the waist.
So sweet lar Fazura!  Color ni pun nampak sepadan dengan kulit kita yang sawo matang kan.


Altuzarra Swiss Dot dress from Spring 2010
Beautiful hijab dress.  Simple, tak perlu letakkan segala design dan details yang ko nak dalam satu-satu busana. 


Zahra 
Maxi dress prints.  Kalo prints bunga-bunga english garden macam ni aku suka lar.  I don't like too much prints and too much colors.  




Kadang-kadang pening kepala nak pilih design yang mana sesuai untuk Hari Raya ni.  Semuanya memang gorgeous giler!  Aku ada banyak stok baju kurung yang tak pakai lagi.  So, aku fikir better refashion jer balik.  Modified, tambah kain, tambah details dan boleh dipakai lagi semula.  Jimaaatt...!!  Since ada gst ni, semua benda nak kena jimat kan?  Lebih-lebih lagi kain pasang ke kain baju ke semua dah ada gst.  Nak tak nak kena lar belajar menjahit baju sendiri untuk anak-anak dan suami.  

Bertabah lar wahai hati...

Bulan 6 ni ada majlis pertunangan adik ipar aku.  So, aku kena siapkan baju dress aku dan anak-anak untuk majlis tersebut.  Hahaha...ko ingat apa, majlis Oscar ker?  Majlis tunang jer pun, bukan ko nyer nak tunang!  

Teringat aku masa zaman aku baru-baru kahwin dengan laki aku.  Pergi temankan adik kepada kawan laki aku ke majlis nikah kat masjid.  So, kitaorang laki bini pakai couple wears color kelabu.  Ada sorang makcik ni ingatkan aku ni pengantin.  Dia pi suruh aku duduk kat atas bantal pengantin.  

" Eh, saya bukan pengantin, cik.  Saya cuma temankan pengantin. "
" Oooo...ingatkan awak pengantin. "

Alaa...makcik.  Cakap jer lar saya lagi lawa dari pengantin.  Malu-malu taik kucing pulak makcik ni!  

Hok tuiihh...!!

So, aku tertanya pada diri ku...

'Adakah seri pengantin aku masih belum hilang lagi? '




Thanks for reading this entry!




No comments: