Video Of The Month

Sunday, 19 April 2015

Ayam Panggang with just 2 minutes Ingredients!

Assalammualaikum....


The truth story is saya lebih suka panggang ayam dari goreng ayam.  

Jimat minyak!  

Tak perlu nak kencah-kencah kat dapur.

Pelbagai cara dan bahan yang saya gunakan untuk memanggang ayam.  Saya tidak tertumpu pada satu-satu bahan jer iaitu taruk garam, taruk kunyit, taruk kari, taruk segala macam rempah dan terus bakar.  Saya suka pelbagaikan rasa dan bahan yang digunakan untuk memanggang ayam.  Sometimes saya guna daun rosemary yang segar dan rempah yang lain untuk menaikkan bau ayam panggang.  Serius, memang sodap gilos!  Rasanya ayam panggang tu macam makan kat western pulok!  Ayam panggang ni memang favourite my laki.  Instead dari panggang ayam seekor, my laki lebih suka panggang ayam part by part.  Lagi serap rasa kata ko!  Sebab kalo panggang ayam seekor terus, rasanya cuma serap kat bahagian atas jer, kat dalamnya rasa plain.  That's why kitaorang suka panggang part by part.  Apa yang dimaksudkan dengan 2 minit ni?  Oooo...2 minit tu ialah masa penyediaan bahan-bahan untuk memanggang ayam.  Tapi kalo saya nak panggang ayam tu memang estimated masa selama 1 jam.  Baru garing luar dan dalam.  Sementara tunggu ayam kita masak dalam oven, boleh lar kita buat kerja-kerja yang lain pulak kan.  Kalo panggang ayam cuma 2 minit jer memang tak masak lar isinya nanti.  Okay, ada paham sumo....


Kalo nak buat ayam panggang madu, ni resepinya
- beberapa ketul ayam
- madu
- sedikit gula dan garam
- 1 cawan sos tiram
- pewarna merah

Kalo nak buat ayam panggang tandoori lemon rosemary pula, ni resepinya
- beberapa ketul ayam
- sedikit gula dan garam
- rempah tandoori 
- sedikit perahan lemon
- daun rosemary ( suka hati )

Kalo nak buat ayam panggang rendang, ni resepinya
- beberapa ketul ayam
- sedikit gula dan garam
- rempah rendang cap tesco
- daun rosemary ( suka hati )

Kalo nak buat ayam panggang hickory BBQ, ni resepinya
- beberapa ketul ayam
- sedikit gula dan garam
- sedikit sos tiram
- sedikit kicap pekat
- secukup rasa sos hickory BBQ

Kalo nak buat ayam panggang tiram berempah, ni resepinya
- beberapa ketul ayam
- sedikit gula dan garam
- 1 cawan kecik sos tiram
- 3 sudu besar rempah kari
- sedikit kicap manis
- sedikit kicap pekat

Kesemuanya bahan di atas digaulkan dengan rata.  Perapkan sekejap dan panggang.  Tak perlu nak perap sampai berjam-jam lamanya.  Kesemua ayam panggang memang sedap gilos kalo dicicah dengan sos thai.  Terangkat vontot ko tau!  

Ini adalah cara saya yang paling ringkas, mudah dan senang untuk memanggang ayam.  Saya memang tak suka memblender bahan-bahan asas seperti bawang putih dan merah.  Bila dah guna rempah instant, semuanya dah cukup bahan yang ada kat dalam tu, dan rasanya pun sodap gak!  Takde lar bila tak letak bahan asas makanya ayam ko jadi tak sedap dan cair!  Lain lar kalo ko guna ayam yang hanyir, haa...tu memang nak kena bilas betul-betul.  Tapi ada ke orang panggang ayam gunakan ayam hanyir?  Takde kan?  So, banyak cara dan bahan yang kita boleh pelbagaikan untuk memanggang ayam.  Jangan tertumpu pada satu-satu resepi saja yerk!  Rajin-rajin lar untuk membuat eksperimen sendiri kat dapur tu nanti.



Ayam panggang rendang Tesco.  Sila lar buat bagi orang-orang yang dok hostel ke atau dok bujang.  Dari beli kat luar, baik buat sendiri.  Serius, sedap gilos!  Lawan pulak dengan nasi ayam, memang terangkat beb! 



Thanks for reading this entry!



No comments: