Beauty with a brain.
Tu saje yang aku dapat simpulkan tentang Emma Watson.
Dia seorang yang educated, berjaya abiskan pengajiannya di universiti terkemuka walaupun sesibuk mana dia dengan dalam bidang lakonan. Kelantangan dia bersuara tentang hak wanita juga turut aku kagumi.
Muda-muda lagi sudah dilantik duta sebab kebijaksanaannya dalam memberikan dan mempertahankan pendapatnya tersendiri dalam suatu forum tentang hak wanita.
Jom kita tengok celebrity style, Emma Watson yang boleh diterapkan kepada muslimah style. Yang seksi-seksi kita tak nak yerk!
I love her blouse. Simple and longgar. Dipadankan dengan bag hitam yang takde tulis huruf capital letters "C" besar-besar. Just plain, ok.
Well, aku tak berapa minat jumpsuit macam ni tapi bila Emma padankan dengan kemeja berlengan panjang, nampak macam menarik pulak bagi aku.
I love..love..love long blazer. Tutup sekali hah punggung ko! Even orang cakap style ni macam serial killer jer. But I like this style. Luckily, dalam wardrobe aku cuma ada sehelai jer long blazer macam ni. Tunggu lar...aku tengah refashion lagi satu blazer aku nanti.
Walaupun dress ni berlengan pendek tapi aku suka dress ni sebab lain dari yang lain. Well, suka hati kan kalo tak nak pakai seluar kan, tapi Emma memilih untuk memakai pants dari menunjukkan pahanya. Well, good job Emma!
Rasanya Emma ni memang suka pakai pants yang singkat-singkat ataupun gulung seluar bahagian bawahnya. Apa-apa pun I love your style.
OMG..!! Dalam banyak-banyak punya Emma's style, style inilah yang paling aku suka sekali! Loe your details of your maxi skirt. Simple but is's gorgeous.
Sometimes Emma suka imej yang simple. Just black and white.
Imej boyish Emma memang amat mengagumkan pada pengkritik fashionista di luar sana. Siapa sangka dengan hanya padankan dengan kemeja, blazer dan pants boleh menjadi stylo seperti begini.
Aku suka cara dia melilit belt di luar blazer or coat. Nampak educated.
Musim sejuk boleh lar pakai macam ni. Tapi kalo kat Malaysia nak pakai macam ni pun boleh gak. Buang scarf kat leher tu, just pakai tudung yang sama color dengan pants. But, seluar jangan ketat norr...
Aku jumpa coat ni kat butik pakaian. Color khaki pulak. Memang berkenan giler! Harga toksah nak cakap ar. RM90.00! Tanya kat laki, boleh tak nak beli coat ni. Laki cakap, nak pakai bila? Malaysia ada musim salji ker? Kecewa tau! Tapi kalo untuk stylo dan selagi boleh menutup aurat, pejamkan jer lar mata tu kalo nak bayar.
Emma suka style like office wear.
Beautiful hemline dress. Kalo dilabuhkan lagi cantik. Tapi kalo pakai pants lagi cantik giler untuk gaya muslimah kan?
Love this cape. Emma padankan dengan kemeja di dalamnya. Teringin juga dalam wardrobe aku nak ada cape macam ni. Aku pun ada banyak juga kemeja berlengan panjang. One day, aku akan jahit juga cape untuk diri sendiri.
So cute Emma when she wearing a big glasses.
Emma suka pakai long blazer. Same with me.
Love her boots. Memang smart giler! Everything is just nice to cover your aurah. Tinggal nak pakai tudung jer ni.
Emma merupakan seorang petite. Kaki pendek tapi badan memanjang. Sesiapa yang mempunyai body shape seperti Emma Watson, boleh lar bergaya seperti dia.
For the next entry, saya akan bagi tips and ideas lagi untuk design baju raya anda untuk tahun ini dan tahun-tahun akan datang. Yang penting design tersebut bukan lar datang dari lambakan fesyen baju raya yang terdapat di dalam negara kita. Kalo sorang buat baju dengan sulam tampal, maka semua orang pun berjemaah buat design sulam tampal jugak. Kalo sorang buat kain berbelang-belang, semua orang berjemaah buat kain berbelang-belang color. Ayoyo...mat yo! Korang tau tak, design sulam tampal atau beads yang dijahit kat baju tu, dari zaman aku masa sekolah menengah dah pernah ada orang buat baju macam tu. Tu pun makcik aku kat Singapore yang bagi. Yeah, maybe trend macam tu dah naik semula kot. Apa-apa pun memang aku tak suka ikut trend design orang yang selalu buat sekarang.
Jom kita tiru design dari negara luar pulak!
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment