Dulu masa sekolah menengah, aku hebat dalam bidang penulisan. Sampaikan cikgu Bahasa Melayu selalu rujuk karangan aku sebagai karangan terbaik dan dijadikan salinan contoh karangan di dalam kelas yang lain pula. Cikgu selalu suruh aku sumbangkan satu rencana dalam majalah sekolah. Mahu saja aku bilang pada cikgu, upah buat satu rencana dikenakan RM10.00. Tapi aku takut dan aku terpaksa buat rencana tersebut di luar kerelaan aku sendiri. Kemerepekkan apakah yang aku cuba sampaikan ini? Kebiasaannya aku cuma sumbangkan puisi saja. Bukan puisi cinta tapi puisi kemanusiaan. Malah, aku pernah sumbangkan puisi sains yang dikarang oleh aku sendiri untuk sekolah dan dibawa bertanding ke Pertandingan Puisi Sains Peringkat Daerah. Malangnya, aku tak dapat mendendangkan puisi aku sendiri. Puisi sains itu didendangkan oleh kawan aku sendiri. Aku mengakui kelemahan diri. Aku pelat 'R'. Macam Lisa Surihani. Aku seringkali diejek oleh budak lelaki di dalam kelas aku. Kadang-kadang, bila mereka bercakap dengan aku, mereka sengaja bertutur pelat 'R' dengan aku. Nak buat macam mana? Sabar aje lar yang aku mampu buat. Meskipun begitu, sabar aku ada hadnya. Aku pernah letak paku payung di atas kerusi budak lelaki yang selalu ejek aku itu. Aku cuma berpegang pada falsafah aku...
" Biar bontot berdarah, jangan mulut berdarah. "
Aku memang suka menulis. Tulisan aku bergantung pada jenis mata pena yang aku pegang. Aku suka pena mata ball point. Aku tak suka pena mata tajam. Koleksi pen aku masa zaman sekolah boleh disamakan dengan koleksi pen dalam sketsa Mr. Beans masa ambil ujian ketika itu. Kemungkinan itulah yang mendorong aku amik kursus Secretary di UiTM Shah Alam. Setiausaha kan memang banyak menulis untuk bos. Tapi aku cuma dapat markah cukup-cukup makan saja dalam subjek Short Writing for Minutes of Meeting. Mana mungkin seorang pujangga dipaksa menulis dalam bahasa yang pendek dan 'short term' yang aku sendiri tulis, sendiri baca, sendiri tak boleh faham? Rasa macam nak menyumpah pun ada. Nak salahkan siapa? Yusuf Haslam? Apa kena mengena Yusuf Haslam dalam cerita aku ni?
Yang pastinya, ada beberapa subjek yang aku lemah masa aku belajar kursus Secretary. Antaranya Computer Processing, Third Language - Mandarin. Semuanya dapat markah cukup-cukup makan. Tapi, Alhamdullilah...aku tak pernah repeat paper, so aku berjaya tamatkan pengajian aku tepat-tepat 3 tahun. Walaupun CGPA aku tak sehebat Ahmad Maslan tapi at least aku dapat 3 pointer gak tau! Yang lelain subjek dalam course aku, ada yang dapat highscore juga. Jangan tak tahu, aku selalu dapat highscore dalam subjek Communication Skills in Business which is subjek ini kan is more related to psychology. Satu hari, lecturer aku suruh buat individual projek. Dia suruh buat essay yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dan kaitkan dengan ciri-ciri psychology. Korang fikir kena buat essay dalam bahasa Melayu ke macam yang aku tengah buat sekarang ni? In English, hokey! Mahunya tak menggila cari idea nak buat essay tentang apa, mengenai apa. Lecturer tu siap bagi warning tau, jangan mengada-ngada nak copy paste cerita dari dalam Internet. Kalo dia dapat detect cerita itu copy paste dari Internet, maka fail lar yang kitaorang dapat markah nanti. Fuhh...terus terang aku cakap, lecturer psychology memang straight giler!
Di satu pagi yang indah, di kala mukaku tengah suci, tiba-tiba idea untuk menulis essay psychology datang mencurah-curah. Di hujung penutup essay tu, aku sertakan puisi indah. In English, hokey! Dah nama pun pujangga kan? Hok tuihh...!! Kali ini memang aku tak bagi can lar nak bagi kawan-kawan aku tengok sipi-sipi essay aku. Biarlah depa cakap kedekut ilmu. Tu semua taktik kotor mereka saja untuk melemahkan semangat kita. Tengok-tengok and then terus curi idea dan isi penting essay aku. So, orang macam ni, biarlah kita takde kawan pun takpe. Yang penting, kita buat atas usaha kita sendiri dan bukannya meniru assignment orang lain.
Aku pernah sekali menanam cita-cita untuk menjadi seorang novelist. Siap hantar email lagi kat publisher untuk tanya macam mana nak hantar karya novel tau! Yang bestnya, publisher tu reply pulak email aku! OMG...!! Tapi akhirnya, betul kata orang...
" Pucuk dicita, ulam mendatang. "
Bukan cita-cita jer yang aku tanam, tapi hanya angan-angan kosong saja. Macam takde kena mengena kan dengan peribahasa kat atas tu.
Disebabkan kesibukkan dengan urusan rumah tangga, maka aku ketepikan dulu niat untuk menjadi novelist. Mungkin tunggu anak-anak aku dah besar panjang baru aku ada masa untuk mempersiapkan diri untuk menjadi seorang novelist ataupun writer. Bukan senang untuk menghasilkan sebuah novel ataupun karya agung. Bahasa perlu lar puitis dan mudah untuk difahami. Jangan lar ko hentam saja karangan macam budak darjah 3, lintang pukang.
Meskipun begitu, sedikit banyak aku dapat luahkan segala isi penaku di dalam blog ini. Satu-satunya medium yang dapat mengubat ketagihan aku untuk mencoret tentang apa yang terlintas di fikiran aku. Jangan harap nak suruh aku buat vlog. Aku masih tahu tahap di mana kemaluan ku sendiri. Ehh? Apsal bunyinya macam lucah jer ni?
Apa-apa pun, setia lar bersama dengan blogku, mana lar tahu, datang bulan mengambang, aku menjadi seorang perindu.
Pppuiihh...!!
Mat lutfi, ko tunggu aku datang...!!
Nampak ada kena mengena tak?
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment