Video Of The Month

Sunday, 19 April 2015

Ayam Panggang with just 2 minutes Ingredients!

Assalammualaikum....


The truth story is saya lebih suka panggang ayam dari goreng ayam.  

Jimat minyak!  

Tak perlu nak kencah-kencah kat dapur.

Pelbagai cara dan bahan yang saya gunakan untuk memanggang ayam.  Saya tidak tertumpu pada satu-satu bahan jer iaitu taruk garam, taruk kunyit, taruk kari, taruk segala macam rempah dan terus bakar.  Saya suka pelbagaikan rasa dan bahan yang digunakan untuk memanggang ayam.  Sometimes saya guna daun rosemary yang segar dan rempah yang lain untuk menaikkan bau ayam panggang.  Serius, memang sodap gilos!  Rasanya ayam panggang tu macam makan kat western pulok!  Ayam panggang ni memang favourite my laki.  Instead dari panggang ayam seekor, my laki lebih suka panggang ayam part by part.  Lagi serap rasa kata ko!  Sebab kalo panggang ayam seekor terus, rasanya cuma serap kat bahagian atas jer, kat dalamnya rasa plain.  That's why kitaorang suka panggang part by part.  Apa yang dimaksudkan dengan 2 minit ni?  Oooo...2 minit tu ialah masa penyediaan bahan-bahan untuk memanggang ayam.  Tapi kalo saya nak panggang ayam tu memang estimated masa selama 1 jam.  Baru garing luar dan dalam.  Sementara tunggu ayam kita masak dalam oven, boleh lar kita buat kerja-kerja yang lain pulak kan.  Kalo panggang ayam cuma 2 minit jer memang tak masak lar isinya nanti.  Okay, ada paham sumo....


Kalo nak buat ayam panggang madu, ni resepinya
- beberapa ketul ayam
- madu
- sedikit gula dan garam
- 1 cawan sos tiram
- pewarna merah

Kalo nak buat ayam panggang tandoori lemon rosemary pula, ni resepinya
- beberapa ketul ayam
- sedikit gula dan garam
- rempah tandoori 
- sedikit perahan lemon
- daun rosemary ( suka hati )

Kalo nak buat ayam panggang rendang, ni resepinya
- beberapa ketul ayam
- sedikit gula dan garam
- rempah rendang cap tesco
- daun rosemary ( suka hati )

Kalo nak buat ayam panggang hickory BBQ, ni resepinya
- beberapa ketul ayam
- sedikit gula dan garam
- sedikit sos tiram
- sedikit kicap pekat
- secukup rasa sos hickory BBQ

Kalo nak buat ayam panggang tiram berempah, ni resepinya
- beberapa ketul ayam
- sedikit gula dan garam
- 1 cawan kecik sos tiram
- 3 sudu besar rempah kari
- sedikit kicap manis
- sedikit kicap pekat

Kesemuanya bahan di atas digaulkan dengan rata.  Perapkan sekejap dan panggang.  Tak perlu nak perap sampai berjam-jam lamanya.  Kesemua ayam panggang memang sedap gilos kalo dicicah dengan sos thai.  Terangkat vontot ko tau!  

Ini adalah cara saya yang paling ringkas, mudah dan senang untuk memanggang ayam.  Saya memang tak suka memblender bahan-bahan asas seperti bawang putih dan merah.  Bila dah guna rempah instant, semuanya dah cukup bahan yang ada kat dalam tu, dan rasanya pun sodap gak!  Takde lar bila tak letak bahan asas makanya ayam ko jadi tak sedap dan cair!  Lain lar kalo ko guna ayam yang hanyir, haa...tu memang nak kena bilas betul-betul.  Tapi ada ke orang panggang ayam gunakan ayam hanyir?  Takde kan?  So, banyak cara dan bahan yang kita boleh pelbagaikan untuk memanggang ayam.  Jangan tertumpu pada satu-satu resepi saja yerk!  Rajin-rajin lar untuk membuat eksperimen sendiri kat dapur tu nanti.



Ayam panggang rendang Tesco.  Sila lar buat bagi orang-orang yang dok hostel ke atau dok bujang.  Dari beli kat luar, baik buat sendiri.  Serius, sedap gilos!  Lawan pulak dengan nasi ayam, memang terangkat beb! 



Thanks for reading this entry!



Wednesday, 15 April 2015

Fashion Chapter 28 : Guidance of Dress / Baju Kurung for Hari Raya

Assalammualaikum...


Seperti yang telah dijanjikan, saya akan memberikan beberapa lagi gambar tips dan ideas untuk design busana Hari Raya nanti.  So, terpulang lar sama ada anda nak follow atau tidak, ataupun anda lebih suka membeli yang dah siap, busana ready to wear.  It's ok...memasing punya pilihan kan?

Bagi sesiapa yang sudah membeli kain pasang tapi tidak tahu design apakah yang sesuai ataupun meletop, marilah kita muhasabah membaca entry ini sampai habis.



I love this black pasmina | Looks so elegant      KIVITZ
Style ni amat sesuai bagi muslimah yang betul-betul mementingkan penjagaan aurat.  Kekadang nak pakai jubah pun terasa bosan kan.  Sesekali kita tukar kepada style maxi skirt yang labuh dan besar, dipadankan pula dengan blouse.  Pakailah tudung hingga menutupi dada anda.  Sangat manis bila berjalan di hari raya nanti.


African Style
Mula-mula aku ingatkan busana ini tergantung tau.  Rupa-rupanya si model ni kulitnya hampir sama dengan color dinding kat belakang tu.  Tak baik tau korang aniaya model ni.  Design ini boleh lar kalo anda nak tiru jika cuaca di hari raya terlampau panas.  Hahaha...jangan nak mengada-ngada ekk!  Kang kena halau kan dengan tuan rumah yang nak pergi beraya tu.


SHAFIRA - Family Life Style 2013 songket series
Adakah sekarang ini sudah trend songket?  Sana sini orang jual kain songket tapi bukan yang jenis mahal tu, jenis yang biasa-biasa jer.  Tapi seriously, kalo orang buat kain songket tu kepada kurung moden, kenapa mesti nak ketat-ketat, mengikut bentuk badan ko?  Tak boleh ke buat yang lebih selesa sikit.  Tau jer lar kain songket ni bukan jenis bidang yang besar.  So, kalo buat baju kurung moden pun hanya betul-betul ikut bentuk badan ko.  Apa kata kita buat pattern design macam ni?  Maxi dress dengan songket jacket yang dijahitkan sekali.  Ataupun nak buat separate pun boleh juga.  Design ini lain dari yang lain bukan?


solemnization dress
Aku lebih suka details beads seperti begini.  Tak suka yang crowded sangat.  Leceh wooo...nak jahit beads macam gini.  Sebab tu kena cas kow-kow!  Ikutkan nak jer pakai glue gam tampal beads ni kan.  Tapi nanti rosak baju.  Takpe lar kita redha, kita pakai beads lining jer lar yerk!


Dazzle | Dian Pelangi
Songket hemline peplum.  Bagi yang dah terbeli kain songket tu boleh dibuat baju peplum begini.  Tapi mohon peplum tu dilabuhkan hingga ke paras menutup punggung lar.  Jangan lar pakai singat macam ni.  Padankan dengan maxi skirt plain color.  


Elie Saab
Lawa giler kan color baby blue ni.  Insha Allah, tahun depan lar nak buat color macam ni.  Tu pun kalo jumpa color kain ni.  Bagi sesiapa yang suka dress lace lip lap lip lap, boleh tiru design macam ni.  Dah macam ala-ala Frozen dah aku tengokkan.  Tapi akuk sukak gilak dress macam nik!


Navy Songket Dress
Songket blouse.  Cantik design ni.  Korang suruh tailor tu bagi panjangkan sikit lengan dia jer.


paduan songket dan warna yang cantik
Songket dress.  Design ni pun ok gak.  Tak payah lar ko nak suruh tailor jahitkan baju kurung moden betul-betul ikut bentuk badan ko.  Ni pun dah dikira sopan juga ni.


A model displaying Muslim themed creations by Indonesian designer Itang Yunasz during Jakarta Fashion Week in Jakarta.
Plain inner dipadankan dengan lace bunga.  Tapi tudung jangan lar sama dengan fabrik pula.  Dah nanti ko tenggelam pulak dengan corak fabrik tu.  


KIVITZ love
Details for songket.  Beads yang ringkas sebab songket tu sendiri sudah terserlah kecantikan melalui coraknya.


Long Red Dress Chiffon Satin with Songket
Ok, ni last!  Design for songket dress.  


Pink Lace / Dolce & Gabbana Woman's Apparel - Collection Fall Winter 2014 2015
Bagi peminat prada lace, anda boleh tiru design ni untuk dress anda tapi jangan lar guna material chiffon yang jarang tu.  Guna lar material fabrik yang tak jarang especially part yang dada tu yer.  At least guna lining ker kan, jangan lar menampakkan bentuk dan color bra ko.  Apa ko fikir ko taraf Diana Danielle ker?


BIYAN Istia embellished crepe gown has been meticulously embellished with beads, crystals, faux pearls and sequins. It's designed with a fluttering cape back that drapes elegantly over your shoulders, and has a small floor-sweeping train. Though loose at the top, this piece is fitted through the skirt for a slimming effect. $2,225
Ok, ni cantik!  Tapi masih nampak lagi aurat di bahagian pergelangan tangan.  Takpe, kita siap-siap pakai inner lengan panjang yerk!


Naeem Khan Pre-Fall 2014 - Slideshow - Runway, Fashion Week, Fashion Shows, Reviews and Fashion Images - WWD.com
Kalo nak rare, buat lar design macam ni.  Dalam maxi skirt yang kembang tu rupanya ada seluar.  Fuhhh...rare giler design ni.  Memang unik!


kebaya muslim remaja
Anda ada baju kebaya yang tak pakai lagi?  Atau baju lace?  Jangan dijual atau disimpan.  Boleh diguna pakai untuk second look.  Anda cuma nak cari atau jahitkan skirt chiffon kembang semangkuk macam ini.  Lilitkan dengan tali pinggang!  Dah nampak comel ala-ala princess!


Mod kebaya
Kebaya labuh.  Back to old school.


Perkawinan Magz (Contributor) - Fashion Spread - Dec 2009
Baju kurung kedah dengan kain samping laki ko.  Agak-agak kalo ada kain samping laki ko yang tak pakai lagi, boleh dijadikan baju kurung kedah macam ni.  Ok ke apa kan?


Leonard SS 2014 ~ Colette Le Mason @}-,-;--- (^.^) Thanks, Pinterest Pinners, for stopping by, viewing, re-pinning,  following my boards.  Have a beautiful day! ^..^ and “Feel free to share on Pinterest ^..^ #streetfashion   #fashionupdates
Pastel color prints for maxi dress.


Leonard Spring Summer 2014
Just simple prints dan jangan terlalu over crowded sangat dengan pelbagai color.


JFW 2015 # Indonesia Fashion Forward – Norma Hauri – The Actual Style
Oh, I love this!  Ikutkan hati, nak jer jahit sekarang dress ni.


Chic Embroidered Jacket and Dress Pants
Sooo...elegan!


Designer Inspired Abaya 134
Beautiful abaya.


Raya 14-14 by Innai Red. A purple dress with belt/bow at the waist.
So sweet lar Fazura!  Color ni pun nampak sepadan dengan kulit kita yang sawo matang kan.


Altuzarra Swiss Dot dress from Spring 2010
Beautiful hijab dress.  Simple, tak perlu letakkan segala design dan details yang ko nak dalam satu-satu busana. 


Zahra 
Maxi dress prints.  Kalo prints bunga-bunga english garden macam ni aku suka lar.  I don't like too much prints and too much colors.  




Kadang-kadang pening kepala nak pilih design yang mana sesuai untuk Hari Raya ni.  Semuanya memang gorgeous giler!  Aku ada banyak stok baju kurung yang tak pakai lagi.  So, aku fikir better refashion jer balik.  Modified, tambah kain, tambah details dan boleh dipakai lagi semula.  Jimaaatt...!!  Since ada gst ni, semua benda nak kena jimat kan?  Lebih-lebih lagi kain pasang ke kain baju ke semua dah ada gst.  Nak tak nak kena lar belajar menjahit baju sendiri untuk anak-anak dan suami.  

Bertabah lar wahai hati...

Bulan 6 ni ada majlis pertunangan adik ipar aku.  So, aku kena siapkan baju dress aku dan anak-anak untuk majlis tersebut.  Hahaha...ko ingat apa, majlis Oscar ker?  Majlis tunang jer pun, bukan ko nyer nak tunang!  

Teringat aku masa zaman aku baru-baru kahwin dengan laki aku.  Pergi temankan adik kepada kawan laki aku ke majlis nikah kat masjid.  So, kitaorang laki bini pakai couple wears color kelabu.  Ada sorang makcik ni ingatkan aku ni pengantin.  Dia pi suruh aku duduk kat atas bantal pengantin.  

" Eh, saya bukan pengantin, cik.  Saya cuma temankan pengantin. "
" Oooo...ingatkan awak pengantin. "

Alaa...makcik.  Cakap jer lar saya lagi lawa dari pengantin.  Malu-malu taik kucing pulak makcik ni!  

Hok tuiihh...!!

So, aku tertanya pada diri ku...

'Adakah seri pengantin aku masih belum hilang lagi? '




Thanks for reading this entry!




Monday, 13 April 2015

Dari Mata Penaku...

Assalammualaikum....


Dulu masa sekolah menengah, aku hebat dalam bidang penulisan.  Sampaikan cikgu Bahasa Melayu selalu rujuk karangan aku sebagai karangan terbaik dan dijadikan salinan contoh karangan di dalam kelas yang lain pula.  Cikgu selalu suruh aku sumbangkan satu rencana dalam majalah sekolah.  Mahu saja aku bilang pada cikgu, upah buat satu rencana dikenakan RM10.00.  Tapi aku takut dan aku terpaksa buat rencana tersebut di luar kerelaan aku sendiri.  Kemerepekkan apakah yang aku cuba sampaikan ini?  Kebiasaannya aku cuma sumbangkan puisi saja.  Bukan puisi cinta tapi puisi kemanusiaan.  Malah, aku pernah sumbangkan puisi sains yang dikarang oleh aku sendiri untuk sekolah dan dibawa bertanding ke Pertandingan Puisi Sains Peringkat Daerah.  Malangnya, aku tak dapat mendendangkan puisi aku sendiri.  Puisi sains itu didendangkan oleh kawan aku sendiri.  Aku mengakui kelemahan diri.  Aku pelat 'R'.  Macam Lisa Surihani.  Aku seringkali diejek oleh budak lelaki di dalam kelas aku.  Kadang-kadang, bila mereka bercakap dengan aku, mereka sengaja bertutur pelat 'R' dengan aku.  Nak buat macam mana?  Sabar aje lar yang aku mampu buat.  Meskipun begitu, sabar aku ada hadnya.  Aku pernah letak paku payung di atas kerusi budak lelaki yang selalu ejek aku itu.  Aku cuma berpegang pada falsafah aku...

" Biar bontot berdarah, jangan mulut berdarah. "

Aku memang suka menulis.  Tulisan aku bergantung pada jenis mata pena yang aku pegang.  Aku suka pena mata ball point.  Aku tak suka pena mata tajam.  Koleksi pen aku masa zaman sekolah boleh disamakan dengan koleksi pen dalam sketsa Mr. Beans masa ambil ujian ketika itu.  Kemungkinan itulah yang mendorong aku amik kursus Secretary di UiTM Shah Alam.  Setiausaha kan memang banyak menulis untuk bos.  Tapi aku cuma dapat markah cukup-cukup makan saja dalam subjek Short Writing for Minutes of Meeting.  Mana mungkin seorang pujangga dipaksa menulis dalam bahasa yang pendek dan 'short term' yang aku sendiri tulis, sendiri baca, sendiri tak boleh faham?  Rasa macam nak menyumpah pun ada.  Nak salahkan siapa?  Yusuf Haslam?  Apa kena mengena Yusuf Haslam dalam cerita aku ni?

Yang pastinya, ada beberapa subjek yang aku lemah masa aku belajar kursus Secretary.  Antaranya Computer Processing, Third Language - Mandarin.  Semuanya dapat markah cukup-cukup makan.  Tapi, Alhamdullilah...aku tak pernah repeat paper, so aku berjaya tamatkan pengajian aku tepat-tepat 3 tahun.   Walaupun CGPA aku tak sehebat Ahmad Maslan tapi at least aku dapat 3 pointer gak tau!  Yang lelain subjek dalam course aku, ada yang dapat highscore juga.  Jangan tak tahu, aku selalu dapat highscore dalam subjek Communication Skills in Business which is subjek ini kan is more related to psychology.  Satu hari, lecturer aku suruh buat individual projek.  Dia suruh buat essay yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dan kaitkan dengan ciri-ciri psychology.  Korang fikir kena buat essay dalam bahasa Melayu ke macam yang aku tengah buat sekarang ni?  In English, hokey!  Mahunya tak menggila cari idea nak buat essay tentang apa, mengenai apa.  Lecturer tu siap bagi warning tau, jangan mengada-ngada nak copy paste cerita dari dalam Internet.  Kalo dia dapat detect cerita itu copy paste dari Internet, maka fail lar yang kitaorang dapat markah nanti.  Fuhh...terus terang aku cakap, lecturer psychology memang straight giler!

Di satu pagi yang indah, di kala mukaku tengah suci, tiba-tiba idea untuk menulis essay psychology datang mencurah-curah.  Di hujung penutup essay tu, aku sertakan puisi indah.  In English, hokey!  Dah nama pun pujangga kan?  Hok tuihh...!!  Kali ini memang aku tak bagi can lar nak bagi kawan-kawan aku tengok sipi-sipi essay aku.  Biarlah depa cakap kedekut ilmu.  Tu semua taktik kotor mereka saja untuk melemahkan semangat kita. Tengok-tengok and then terus curi idea dan isi penting essay aku.  So, orang macam ni, biarlah kita takde kawan pun takpe.  Yang penting, kita buat atas usaha kita sendiri dan bukannya meniru assignment orang lain.

Aku pernah sekali menanam cita-cita untuk menjadi seorang novelist.  Siap hantar email lagi kat publisher untuk tanya macam mana nak hantar karya novel tau!  Yang bestnya, publisher tu reply pulak email aku!  OMG...!!  Tapi akhirnya, betul kata orang...

" Pucuk dicita, ulam mendatang. "

Bukan cita-cita jer yang aku tanam, tapi hanya angan-angan kosong saja.  Macam takde kena mengena kan dengan peribahasa kat atas tu.

Disebabkan kesibukkan dengan urusan rumah tangga, maka aku ketepikan dulu niat untuk menjadi novelist.  Mungkin tunggu anak-anak aku dah besar panjang baru aku ada masa untuk mempersiapkan diri untuk menjadi seorang novelist ataupun writer.  Bukan senang untuk menghasilkan sebuah novel ataupun karya agung.  Bahasa perlu lar puitis dan mudah untuk difahami.  Jangan lar ko hentam saja karangan macam budak darjah 3, lintang pukang.

Meskipun begitu, sedikit banyak aku dapat luahkan segala isi penaku di dalam blog ini.  Satu-satunya medium yang dapat mengubat ketagihan aku untuk mencoret tentang apa yang terlintas di fikiran aku.  Jangan harap nak suruh aku buat vlog.  Aku masih tahu tahap di mana kemaluan ku sendiri.  Ehh?  Apsal bunyinya macam lucah jer ni?  

Apa-apa pun, setia lar bersama dengan blogku, mana lar tahu, datang bulan mengambang, aku menjadi seorang perindu.

Pppuiihh...!!





Mat lutfi, ko tunggu aku datang...!!


Nampak ada kena mengena tak?



Thanks for reading this entry!



Sunday, 12 April 2015

Celebrity Style That Can Turn Into Muslimah Style - Emma Watson

Assalammualaikum...


Beauty with a brain.

Tu saje yang aku dapat simpulkan tentang Emma Watson.

Dia seorang yang educated, berjaya abiskan pengajiannya di universiti terkemuka walaupun sesibuk mana dia dengan dalam bidang lakonan.  Kelantangan dia bersuara tentang hak wanita juga turut aku kagumi.

Muda-muda lagi sudah dilantik duta sebab kebijaksanaannya dalam memberikan dan mempertahankan pendapatnya tersendiri dalam suatu forum tentang hak wanita.

Jom kita tengok celebrity style, Emma Watson yang boleh diterapkan kepada muslimah style.  Yang seksi-seksi kita tak nak yerk!



Emma in draped top and dark trousers. Paris #EmmaWatson #Armani
I love her blouse.  Simple and longgar.  Dipadankan dengan bag hitam yang takde tulis huruf capital letters "C" besar-besar.  Just plain, ok.


Emma Watson stepped out in a casual yet preppy ensemble // #StreetStyle
Well, aku tak berapa minat jumpsuit macam ni tapi bila Emma padankan dengan kemeja berlengan panjang, nampak macam menarik pulak bagi aku.


Emma Watson: scarf + shades + white button down + folded pegged jeans + fall outfit
I love..love..love long blazer.  Tutup sekali hah punggung ko!  Even orang cakap style ni macam serial killer jer.  But I like this style.  Luckily, dalam wardrobe aku cuma ada sehelai jer long blazer macam ni.  Tunggu lar...aku tengah refashion lagi satu blazer aku nanti.


21 Times Emma Watson Proved She Is The Most Flawless Woman Of The Decade
Walaupun dress ni berlengan pendek tapi aku suka dress ni sebab lain dari yang lain.  Well, suka hati kan kalo tak nak pakai seluar kan, tapi Emma memilih untuk memakai pants dari menunjukkan pahanya.  Well, good job Emma!


http://louboutinishoesky.blogspot.com/   $128 for charistian louboutin shoes  for autumn/winter style.  Nice!
Rasanya Emma ni memang suka pakai pants yang singkat-singkat ataupun gulung seluar bahagian bawahnya.  Apa-apa pun I love your style.


Cate Blanchett, Emma Watson and More Stars Stun at Prince WIlliam's Windsor Castle Charity Dinner
OMG..!!  Dalam banyak-banyak punya Emma's style, style inilah yang paling aku suka sekali!  Loe your details of your maxi skirt.  Simple but is's gorgeous.


Emma Watson consistently manages to look appropriately youthful, fresh, and chic.
Sometimes Emma suka imej yang simple.  Just black and white.


Look of the Day - March 26, 2014 - Emma Watson in Saint Laurent from #InStyle
Imej boyish Emma memang amat mengagumkan pada pengkritik fashionista di luar sana.  Siapa sangka dengan hanya padankan dengan kemeja, blazer dan pants boleh menjadi stylo seperti begini.


Vogue Paris Foundation Gala - Emma Watson
Aku suka cara dia melilit belt di luar blazer or coat.  Nampak educated.


Emma Watson's street style. I love this so much. From her maroon leather pants to her scarf, to her jacket, to her gemstone headband and loafers. So awesome.
Musim sejuk boleh lar pakai macam ni.  Tapi kalo kat Malaysia nak pakai macam ni pun boleh gak.  Buang scarf kat leher tu, just pakai tudung yang sama color dengan pants.  But, seluar jangan ketat norr...


I love a great trench. Every girl needs one!
Aku jumpa coat ni kat butik pakaian.  Color khaki pulak.  Memang berkenan giler!  Harga toksah nak cakap ar.  RM90.00!  Tanya kat laki, boleh tak nak beli coat ni.  Laki cakap, nak pakai bila?  Malaysia ada musim salji ker?  Kecewa tau!  Tapi kalo untuk stylo dan selagi boleh menutup aurat, pejamkan jer lar mata tu kalo nak bayar.  


What the Frock? - Affordable Fashion Tips and Trends: Celebrity Look for Less: Emma Watson Style
Emma suka style like office wear.  


Emma Watson in Dior. Photo: Steve Sands/Getty Images
Beautiful hemline dress.  Kalo dilabuhkan lagi cantik.  Tapi kalo pakai pants lagi cantik giler untuk gaya muslimah kan?


She's magic: Emma looked wonderfully stylish in her simple black and white ensemble
Love this cape.  Emma padankan dengan kemeja di dalamnya.  Teringin juga dalam wardrobe aku nak ada cape macam ni.  Aku pun ada banyak juga kemeja berlengan panjang.  One day, aku akan jahit juga cape untuk diri sendiri.  


Emma Watson's Glasses #wearthemproudly #oyerevolution
So cute Emma when she wearing a big glasses.


I love Emma Watson's casual look! #justfabonline
Emma suka pakai long blazer.  Same with me.


Dark: Emma opted for a black long coat, jeans and boots to travel in on Sunday
Love her boots.  Memang smart giler!  Everything is just nice to cover your aurah.  Tinggal nak pakai tudung jer ni.


Emma Watson goes cozy in a grey soft turtleneck  and black flats.
Emma merupakan seorang petite.  Kaki pendek tapi badan memanjang.  Sesiapa yang mempunyai body shape seperti Emma Watson, boleh lar bergaya seperti dia.  



For the next entry, saya akan bagi tips and ideas lagi untuk design baju raya anda untuk tahun ini dan tahun-tahun akan datang.  Yang penting design tersebut bukan lar datang dari lambakan fesyen baju raya yang terdapat di dalam negara kita.  Kalo sorang buat baju dengan sulam tampal, maka semua orang pun berjemaah buat design sulam tampal jugak.  Kalo sorang buat kain berbelang-belang, semua orang berjemaah buat kain berbelang-belang color.  Ayoyo...mat yo!  Korang tau tak, design sulam tampal atau beads yang dijahit kat baju tu, dari zaman aku masa sekolah menengah dah pernah ada orang buat baju macam tu.  Tu pun makcik aku kat Singapore yang bagi.  Yeah, maybe trend macam tu dah naik semula kot.  Apa-apa pun memang aku tak suka ikut trend design orang yang selalu buat sekarang.

Jom kita tiru design dari negara luar pulak!  



Thanks for reading this entry!



Monday, 6 April 2015

House of Recipes : Only 3 Ingredients for Slow Cooker Recipes!

Assalammualaikum....


I guarantee...

Entry ni pastinya menarik minat golongan kaum wanita, sama ada bekerja mahupun surirumah untuk membacanya sehingga abis!

Lagi-lagi GST sudah pun bermula, pastinya semua benda nak berjimat cermat, bukan?

Selain daripada periuk nasi korang boleh digunakan untuk memasak nasi, ianya juga boleh digunakan sebagai slow cooker untuk memasak pelbagai resepi.  Itu pun kalo korang ada extra periuk nasi kan.  Macam aku ni, memang dah biasa masak nasi guna api dapur gas.  Ni semua arwah mak yang ajarkan.  Anak dara kalo tak reti masak nasi, baik tak payah kahwin!  Arwah mak selalu ngomong kat anak-anak dara dia.  So, aku nak kahwin cepat, aku kena belajar ar skill tu.  Tapi kat rumah aku still ada rice cooker walaupun aku jarang menggunakannya.  Daripada jarang digunakan, better aku jadikan rice cooker tu kepada slow cooker dan bukannya transformer decepticon.  Aku tak pernah masak resepi dengan menggunakan slow cooker ni.  So, bila aku jumpa entry tentang resepi slow cooker ni, aku rasa teruja sangat sehingga lompat ala-ala tapak sulaiman sampai terhantuk kat kepala kipas.  Dan yang paling best ialah resepi ini hanya menggunakan 3 bahan jer!  Senang giler!  Ko tak payah nak tumis bawang ke apa, ko main campak-campak jer!  Jangan ko main campak terkena kat tingkap jiran sebelah rumah sudah lar yerk!

Aku nak cuba kesemua resepi ni dan yang paling bertuah sekali ialah aku hanya kongsikan entry ni cuma di dalam blog aku jer!  Aku takde share kat dalam facebook or instagram.  Untung tak jadi pembaca blog aku?  Sama-sama kita kongsi ilmu yang bermanafaat yer!  Bukan kongsi gambar hadiah apa yang ko dapat yerk!  Tu bukan berkongsi, tu menunjuk nama.  Ramai lagi orang tak faham makna dan fungsi perkataan berkongsi dengan menunjuk?  Kat sekolah Bahasa Melayu dapat berapa hah?  Meh sini ketuk kepala sikit...

Kepada silent readers, cepat-cepat lar register sebagai followers blog ni sebelum saya privatekan blog ni khas untuk followers saya sahaja.  Sebab saya rasa kesemua entry dalam blog saya ini adalah sangat berharga untuk dikongsikan dengan orang luar dan saya tak perlukan populariti untuk naikkan rating blog saya.  Saya cuma suka kongsikan ilmu yang saya dapat bersama followers yang suka membaca blog ini.

Ok, that's it!

Jom kita terjah resepi slow cooker ni.


Slow Cooker BBQ Chicken Hip2Save
How to make root beer bbq chicken sandwiches Hip2Save
Bahan-bahannya :  
4 ketul dada ayam
Setengah botol atau tin root beer atau Coke
18 oz sos BBQ
Garam dan lada sulah secukup perasa.

Cara-caranya:
Masukkan dada ayam dan root beer ke dalam slow cooker dan masak sehingga 3 jam.  Toskan cecair dan tinggalkan sedikit kuah supaya ayam tu tidak kering.  Masukkan lada dan garam.  Masukkan sos BBQ setengah botol dan masak lagi sehingga 15-20 minutes.  Dah siap!  Boleh makan dengan roti hotdog, roti burger, roti canai, lempeng, tortilla, nan dan macam-macam lagi.



Step by Step Crock Pot Creamy Chicken Tacos - get recipe here!
Bahan-bahannya  :
3 ketul dada ayam
4 biji tomato dipotong dadu
Pati tomato dalam 3 sudu
Setengah buku cream cheese
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-caranya  :
Dada ayam dimasak dengan tomato dan pati tomato dalam 6-8 jam.  30 minit terakhir sebelum siap masak, angkat penutup slow cooker dan kecaikan isi ayam dengan garfu sehingga rata.  Tambahkan dengan cream cheese.  Jangan kacau cream cheese tu dan biarkan ianya cair di dalam slow cooker tu dalam masa 30 minit.  Dah siap masak 6-8 jam, baru lar digaulkan dengan cheese tersebut bersama dengan ayam which will now be perfectly softened and prevent any lumps into the meat mixture.



3-Ingredient Chicken Cacciatore in the Slow Cooker Recipe on Shockingly Delicious
Gina Rispoli Arrabbiata 25oz on Shockingly Delicious
Bahan-bahannya  :
6 ketul paha ayam tiada tulang
1 botol Arabbiata sos 
Spiral pasta
Perasa secukup hati


Cara-caranya  :
Salutkan periuk slow cooker dengan butter.  Masukkan ayam dan sos Arabbiata.  Kacaukan dengan rata dan masak sehingga 4-5 jam.  Jangan sesekali buka penutup slow cooker tadi sebab ianya akan merencatkan kepanasan pada slow cooker tersebut.  Rebus spiral pasta seperti biasa.  Bila dah siap masak, tuangkan sos ayam di atas pasta.  
* Jenama Kimball sekarang sudah ada sos spaghetti perisa baru seperti Rendang.  Rasa macam nak cuba pula sos baru tu. Nyum...nyum!


Easy 3-Ingredient Sweet and Sour Chicken in the Slow Cooker by @SeededTable
Easy 3-ingredient Sweet and Sour Chicken in the slow cooker by @SeededTable
Easy Slow Cooker Sweet and Sour Chicken by @SeededTable
Combine just 3 ingredients in a slow cooker to make a sweet and sour chicken recipe by @SeededTable
Bahan-bahannya  :
Isi ayam atau dada ayam dipotong dadu
( omputih ni guna frozen yang dah siap potong dadu, so kita gunakan yang fresh jer lar! )
Cili sos apa-apa jua jenama. 
1 tin apricot atau nenas dalam tin.
Perasa secukup hati

Cara-caranya  :
Masukkan isi ayam ke dalam slow cooker.  Dalam mangkuk yang asing, campurkan cili sos dengan aprikot atau nenas dan kacaukan sehingga rata.  Campurkan ke dalam ayam dan masak dengan slow cooker sehingga 2-3 jam.  Di sini anda boleh buat pertambahan resepi yang anda suka seperti tambahkan cili boh sikit supaya rasa lagi pedas-pedas manis.


Crock pot grape jelly meatballs on iheartnaptime.com -only takes 3 ingredients and 5 minutes to prep! YUM!
Sweet and sour smokies
Bahan-bahannya  :
Meatball frozen
1 cawan BBQ sos
1 cawan Jeli Anggur ataupun boleh gunakan jem anggur jer! (seriously?)

Cara-caranya  :
Campurkan sos BBQ dan jem anggur ke dalam slow cooker dan kacaukan hingga sebati.  Masukkan meatball dan masak selama 3 jam.  Boleh dicampurkan juga dengan hotdog smokey.  Boleh dimakan begitu sahaja atau diletakkan di atas spaghetti, tortilla dan juga tacos.  Nyum..nyum!


crock pot teriyaki chicken
Bahan-bahannya  :
Dada Ayam
Teriyaki sos yang halal
Sayur-sayur yang sewaktu dengannya.

Cara-caranya  :
Potong dada ayam nipis tapi memanjang.  Taburkan lapisan di bahagian bawah slow cooker anda dengan garam dan pepper.  Salutkan ayam anda dengan teriyaki sos sehingga rata.  Masak sehingga 30 minit.  Boleh juga masak di atas kuali leper dan rasanya pun sedap gak!  Sayur-sayur yang anda boleh tambah ke dalam teriyaki ayam ni ialah seperti brokoli, carrots, peas, bell pepper, onions dan juga taugeh.


crockpot-salsa-chicken-2
Bahan-bahannya  :
6 ketul dada ayam tanpa kulit
1 cawan sos salsa
1 cawan keju parut

Cara-caranya  :
Masukkan dada ayam ke dalam slow cooker dan tuangkan sos salsa ke dalamnya.  Masak sehingga 1 setengah jam hingga 2 jam.  Panaskan oven.  Masukkan ayam salsa ke dalam mangkuk pembakar.  Jangan lupa salutkan dulu butter pada mangkuk pembakar yerk!  Tuangkan baki sos salsa dalam slow cooker ke atas ayam.  Taburkan dengan keju.  Bakar dalam 15 minit sehingga keju dan sos salsa meletup-letup.  Yummy!


crock pot swedish meatballs
Bahan-bahannya  :
Frozen meatballs
1 mangkuk sour cream
1 botol sos savory beef ataupun anda boleh juga menggantikannya dengan sos hickory bbq, sos bbq, blackpepper, wochester dan pelbagai sos yang sesuai dengan rasa daging.

Cara-caranya  :
crock pot, swedish meatballs
Campurkan sour cream dengan sos daging dan kacaukan sehingga sebati.

crock pot, swedish meatballs
Masukkan meatball dan gaulkan sekata kesemua meatball tadi dengan sos.

crock pot swedish meatballs
Masak di dalam slow cooker sehingga meatball empuk dengan sempurna.

Boleh dihidangkan dengan noodles atau mash potato.  Guys, ni macam meatball yang jual IKEA tu jer kan?  Boleh lar cuba nanti resepi ni...



orange soda slow cooker crockpot chicken
Bahan-bahannya  :
4-5 ketul dada ayam
1 tin diet orange soda
1/3 cawan kicap

Cara-caranya  :
Campurkan kesemua sekali bahan-bahan di atas di dalam zipper bag plastik dan peramkan semalaman di dalam peti sejuk.  Masakkan di dalam slow cooker sehingga 6-8 jam.  Boleh dihidangkan bersama nasi.


crockpot
Bahan-bahannya  :
1 cawan dark chocolate
1 cawan coconut milk ( <---- santan kan? )
1/4 cawan madu

Cara-caranya  :
Campurkan kesemua bahan-bahan di dalam slow cooker.  Kacau sehingga sebati.  Bila dah sebati, baru lar masak sehingga 2 jam.  Selepas fudge masak, kacaukan lagi untuk elakkan fudge menjadi berketul dan berkerak.  Biarkan sejuk.  Masukkan fudge ke dalam bekas yang telah disapu dengan butter.  Ketika ini, anda boleh tambahkan kekacang atau kismis mengikut kesukaan anda.  Tutup fudge dengan plastik dan sejukkan selama 3 jam sebelum dimakan.  Yummy!!


3 Ingredient Slow Cooker Apple Sauce | Aunt Bee's Recipes
3 Ingredient Slow Cooker Apple Sauce | Aunt Bee's Recipes
Bahan-bahannya  :
12 biji apple, dikupas kulit, dipotong
2 batang kayu manis
1/4 kulit lemon dan sedikit jus lemon

Cara-caranya  :
Masukkan apple, batang kayu manis dan kulit lemon ke dalam slow cooker.  Perahkan dengan jus lemon.  Masakkan sehingga 5 - 7 jam.  Buangkan kayu manis dan kulit lemon setelah ia masak.  Kisar sos epal tadi supaya lebih sebati.  Biarkan sejuk.  Boleh dihidangkan bersama dengan crepes, pancakes, puff pastry dan boleh disapukan juga di atas roti!  


Recipe for 3-Ingredient Slow Cooker Peach Cobbler
Bahan-bahannya  :
Buah peaches dalam tin
1 kotak white cake mix ready made
1/2 cawan butter, dilembutkan

Cara-caranya  :
Masukkan peaches di dasar slow cooker.  Sementara itu di dalam mangkuk yang lain, masukkan butter ke dalam adunan cake yang ready made dan kacau sehingga ketul-ketul halus.  Taburkan adunan kek ke dalam peaches.  Letakkan tuala kain di atas slow cooker dan tutupkan dengan penutup slow cooker.  Masak sehingga 4 jam.  Hidangkan bersama dengan vanilla ice cream.  (Jejes pulak air liur ni!)


apple-dump
3ingredientappledumpingred
dumpcakecrockpot
goldenbrown
dumpcakefinal
Sama seperti di atas cuma tukarkan dengan apple jer!



Ok, that's enough!

It is awesome recipes, right?  Hanya gunakan 3 bahan jer!  Sekarang musim GST tak boleh banyak bunyi bila nak makan.  Makan jer lar apa yang ada.  Yang penting, kita bersyukur sebab dapat makan lagi dan bukannya kelaparan sebab takde makanan lagi atau disekat makan.  Ini semua terpulang pada kreativiti kita bagaimana untuk berjimat cermat dan cukup makan sekeluarga selama sebulan.  Sejak GST ni banyak yang kena cut cost kan?  Kurangkan makan kat luar, kurangkan makan di cafe yang mahal dan lebihkan masa memasak untuk keluarga kita.  Makan kat food court pun dah dikenakan GST.  Chipet betul!  

Bertabah lar wahai hati...


Thanks for reading this entry!